SPM

80+ days to go , wish the best for me

Friday, 24 July 2015

BLOK - BAB 6

Iskandar berjalan perlahan ke kelas barunya, di sebelah Farid ada satu meja kosong dan dia tahu situlah tempat duduknya. Haikal menjeling Yazid dan membisikkan sesuatu. Pap ! Iskandar terjatuh tertiarap di tengah kelas. Semua pelajar mentertawakannya lebih-lebih lagi Yazid dan kuncu-kuncunya, Farid pantas membantu Iskandar berdiri dan membawanya ke meja. " Kau okay tak bro ? ", " Aku okay je ",
" Macam mana malam pertama kau kat asrama ? Okay tak ? ", " Okay je, kenapa ? ", " Taklah, selalunya budak baru ni kena ganggu oleh...", Farid tak menghabiskan ayatnya. " Oleh ? ", " Oleh benda tu, you know what i mean right ? ", " Hantu ?", " Ya, ", " Kenapa ? ", " Dulu time first night aku kat asrama, aku kena kacau ",


Disebabkan Farid belum terbiasa dengan keadaan asrama, dia berasa sukar untuk melelapkan mata. Farid pun mengambil baldi dan bajunya dan pergi ke bilik mandi. " Oi Farid, malam malam ni buat apa pergi bilik mandi ? Kau projek ek ? Haha ", ujar Sazlan . Mereka yang lain cuma ketawa. " Aku cuci baju, bukannya main sabun ", " Eh, aku tak cakap pun main sabun. Kau fikir apa ni? Haha ", gelak Sazlan. " Haha dahlah aku nak cepat ni, macam macam la korang ni ", Farid pun beredar ke bilik mandi. Farid terpaksa cuci bajunya di bilik mandi kerana bilik mencuci masih proses membaik pulih. Slyhh... Farid membiarkan air paip mengalir keluar. Fuhh.., bau jugak baju aku ni. Kan best kalau sekolah ni ada washing machine , tak perlu aku susah-susah basuh baju ni. Slyhhh . Eh , ada orang jugak . " Kau cuci baju jugak ke ? ", tegur Farid kepada orang sebelah. " Yela, bau sangat aku cium, tak suka ", " Oh haha , aku tak dapat tidur, sebab tu cuci baju ni ", Mereka terdiam sekejap. " Kau bilik mana ek ? Aku bilik 25, budak baru ", kata Farid. " Aku ? Bilik 10 ". "Oh, ", Farid menyambung kerjanya namun terhenti sekejap, ' Wait, bukan bilik 10 tu..takda penghuni ke ? ", Farid cepat menutup air dan memberhentikan kerjanya. " Kenapa ? Dah habis ke ? Tanya orang sebelah ", " Ya, nak balik bilik dululah ", " Dah habis ke..dah tahu..", kata suara tersebut dengan perlahan. Farid menoleh ke atas, dilihatnya seorang lelaki dengan kepala berdarah-darah mengintainya.


" Lepastu apa jadi ? ", tanya Iskandar. Bulu romanya meremang mendengar cerita Farid, lagi-lagi selepas insiden malam tadi. " Lepastu aku jerit lah, then penghuni lain keluar pergi kat aku. Seminggu aku demam Is ", ujar Farid. Gulp, Iskandar menelan liur.