SPM

80+ days to go , wish the best for me

Thursday, 27 March 2014

Ciri-Ciri Wanita yang Tidak Disukai Lelaki

Assalamualaikum .

Selalunya orang share pasal ciri2 yang disukai kan ? Tapi kali ni aman nak kongsikan ciri2 wanita yang tidak disukai oleh para jejaka. Jom kita baca ! :)



1) Cemburu Buta

Memang orang cakap cemburu tu maknanya cinta . Tapi kalau dah cemburu buta sampai nak bergurau senda dengan kawan wanita yang lain pun tak boleh, tu agak melampau. Jadi kepada wanita diluar sana, biarlah cemburu tu berpada-pada okay ?

2) Terlalu Manja

Lelaki memang suka wanita yang manja2. Tapi kalau dah terlalu manja sampai  kat tempat awam pun nak lebih-lebih manja tu, mestilah kaum lelaki ni malu. Dan agak annoying kalau terlalu manja ni.

3) Terlampau mengongkong

Ni lebih kurang macam cemburu tapi lain sedikit. Wanita yang suka memberi peraturan-peraturan kepada lelaki bukanlah satu perbuatan yang elok. Sebagai manusia normal, kita mestilah memberi sedikit kebebasan kepada orang lain kan ? Tak kan lah keluar makan dengan kawan lain pun tak boleh kot.

4) Gila Harta

Haa..ni boleh dikatakan seperti pisau cukur lah. Asyik2 keja dia nak habiskan wang si lelaki ni saja. Macam mana lelaki ni tak menyampah. Boleh minta belanja2 ni, tapi biarlah berpada2. Tak kan lah dalam sehari nak habiskan duit je keja kan ?

5) Ego Tinggi

Selalunya ego ni dikaitkan dengan lelaki tetapi sebenarnya sebahagian kaum hawa juga mempunyai ego yang sangat tinggi. Ego ni perkara biasa untuk sesetengah orang. Tapi macam biasa, biarlah berpada-pada. Tak kan lah boyfriend dan minta maaf banyak-banyak kali dengan setulus ikhlas masih nak menafikan perasaan dekat dia kan.

Gambar Hiasan




Baiklah, itu saja yang boleh dikongsikan. Memang dalam dunia ni tidak ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW . Tetapi, kita boleh cuba untuk berubah menjadi lebih baik. Jangan menjadi hipokrit, jangan menjadi diri orang lain. Just be yourself. Semoga lepas baca ni, kaum wanita diluar sana terbuka hati untuk berubah menjadi lebih baik. assalamualaikum :)

Friday, 14 March 2014

Ciri-ciri lelaki metroseksual

Tahukah anda maksud lelaki metroseksual ? Ia bermaksud lelaki urban yang mementingkan rupa dan fesyen. Istilah ini diperkenalkan oleh Mark Simpson. Adakah korang lelaki metroseksual? Jom kita tengok tanda2 lelaki metroseksual .

1 ) Sentiasa menjaga Penampilan
     
Kebiasaannya, hanya perempuan yg suka menjaga penampilan utk kelihatan menarik. Tetapi lelaki metroseksual juga sama . Mereka akan memilih pakaian yg trendy supaya kelihatan ranggi dan menarik di mataa gadis.

2) Gemarkan seni berbanding sukan

Lelaki lebih gemar dengan aktiviti sukan seperti futsal tetapi lelaki metroseksual lebih gemarkan seni seperti teater,muzik dan lain2. Macam saya , satu2 nya sukan yg diminati  adalah bola baling n badminton. yg lain mmg x minat sbb saya mmg lbih minat dekat seni macam muzik. terutamanya lagu stacy ! :)

3) Buat rawatan muka dan terapi

Senang kata, kulit yg licin dan x berminyak amat bermakna bagi lelaki metroseksual. Selain itu, mereka juga suka mencuci muka di kedai2 yg tertentu utk membersihkan wajah. Rambut yg trendy juga antara ciri2 lelaki metroseksual.

4) Suka shopping

Jika ada waktu kelapangan, mereka x akan jenuh mencari pakaian mengikut fesyen terkini untuk menggayakan di hadapan kekasih hati.

5) Banyak wang

Tidak dinafikan lelaki metroseksual kebanyakkannya adalah golongan yg kaya. Jika banyak wang,senanglah untuk mengikuti fesyen terkini.

6) Boleh harap 

Ketika dating, lelaki metroseksual lebih bersikap gentleman. Mereka juga tidak bosan menunggu wanita membeli belah dan disuruh memegang beg tangan milik wanita pilihan mereka.



.Gambar Hiasan.


Jadi macam mana? Adakah korang tergolong dalam lelaki metroseksual ? Lelaki yang biasa2 korang nampak atau umumnya dipanggil heteroseksual . Untuk aman , 50% metroseksual n 50% heteroseksual. Jangan risau, lelaki metroseksual x smestinya lembut @ gay,so korang jgn lh slh fhm. cuma minat lelaki metroseksual ni lbih kpd perempuan sedikit.


Sumber : Harian Metro 10 Mac 2014

Saturday, 8 March 2014

Cara-cara kuruskan badan

assalamualaikum n morning ! baru2 ni aman ada tengok 1 iklan kt dinding pasal masalah berat badan kat Shah Alam . Apa yang aman baca., Malaysia merupakan negara nombor 1 di Asia yang mempunyai masalah berat badan di kalangan penduduk. So now aman nak kongsikan kat korang cara untuk kuruskan badan dengan sihat .


 1.Kawal pemakanan
korang mestilah pandai kawal makan. kalau sebelum ni makan 3 pinggan, kurangkan jadi 1. mestilah pandai kawal nafsu makan. masa taun 6 aman pun boleh dikatakan hampir gemuk tapi aman kawal pemakanan n now alhamdulillah ia berkesan.Ingat., berhenti makan sebelum kenyang

.
 2. Kecilkan saiz hidangan
 jangan guna pinggan besar! sebaliknya gunalah pinggan yang lebih kecil dan penuhkan pinggan dengan makanan. Secara x langsung,minda anda akan menyatakan yang anda sudah makan dengan kuantiti yang banyak walaupun sebenarnya sedikit.


 3. Rajin Bersenam
ha! ini yang paling penting. jangan biarkan anda kurus tetapi tidak bersenam. bersenam ni x semestinya berjogging. naik turun tangga juga merupakan exercise. kalau pergi pejabat or keluar dari LRT tu , janganlah guna lif or escalator. guna lah tangga lagi baik. melipat kain juga merupakan exercise kalau korang nak tau.


 4. Jaga waktu makan
 hendak kurus tak semestinya mesti berlapar. korang kena disiplinkan waktu makan korang. jangan sesekali tinggalkan sarapan kerana ia meningkatkan kadar metabolisma anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat! Lunch dan dinner pun jangan lupa. tapi jangan sesekali makan makanan berat sebelum tidur.


 5. Rajin mencari maklumat di Internet dan majalah
kalau nak sesuatu,mestilah berusaha. so kalau nak kurangkan berat badan, rajin2 lah cari maklumat di internet dan majalah. salah satu majalah yang bagus ialah majalah I-sihat . kalau tak caya coba korang beli majalah tu.


 6. Semangat tinggi
the last one is semangat, korang mestilah betul2 nak kuruskan badan. korang aim kan berat badan anda secara berperingkat. misalnya,kalau berat anda 100kg., mungkin minggu depan korang sasarkan 95kg. dan minggu seterusnya korang sasarkan 85kg.,ha..itulah caranya.jangan lah terus aim menjadi 45kg.
 Semoga berjaya ! :)

 

Friday, 7 March 2014

Hai

Assalamualaikum n hai. saya mulakan blog saya dengan lafaz bismillahirahmanirrahim