Krook krook . Bunyi katak selepas hujan memecah kesunyian antara mereka. Asyraf, Megat dan Syahmina lebih kerap membisu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bukan bergaduh tapi mereka sememangnya bukanlah rapat sangat. Sekadar kawan biasa. Sebenarnya mereka masih risau, kalau-kalau bunyi seruling itu kedengaran lagi. Kalau ada, habislah mereka. Mereka cuma bertiga, pasti sukar untuk menyelamatkan diri. Syahmina termenung jauh. Terkenangkan zaman kanak-kanaknya . Zaman kanak-kanak yang sunyi dan sepi.
Syahmina duduk termenung di ruang tamu yang besar sambil ditemani oleh dua orang gaji rumahnya. Di atas meja terhidang satu kek harijadi berperisa vanilla dan strawberri yang besar. Sebenarnya hari ini merupakan hari lahirnya dan ibu bapanya berjanji hendak memeberikannya hadiah dan balik awal daripada kerja.Namun jam sudah menunjukkan tepat 11 malam , ibu bapanya belum juga balik. " Tuan muda , ada baiknya kalau tuan muda masuk tidur, sudah lewat malam ni ", ujar Mak Jah. Umurnya sudah 60 tahun namun tangkas bekerja, seperti lipas kudung. " No, daddy and mummy janji nak celebrate birthday Ina !", jerit Syahmina. Mak Jah memandang Bibik, sayu hati mereka lihat Syahmina menunggu ibu bapanya daripada tadi. Sejak petang tadi Syahmina begitu teruja hendak menyambut hari lahirnya. Siap memakai bajunya yang paling cantik lagi. Jam menunjukkan tepat tengah malam, Syahmina sudah terlelap di ruang tamu topi birthday yang masih dipakainya.
Kedengaran bunyi enjin kereta di luar banglo besar itu. Mak Jah dan Bibik membuka pintu rumah dan Dato' Rahim dengan Datin Maimun masuk dalam keadaan yang terhuyung-hayang dan mabuk. Syahmina terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi pintu rumah ditutup. " Mummy ! Daddy ! ", Syahmina bangkit berdiri dan terus berlari ke arah mereka. " Mummy n Daddy penipu!!", jerit Syahmina lalu berlari masuk ke biliknya. "Papp!!!" Kedengaran pintu bilik dihempas dengan kuat. Namun Dato' Rahim dan Datin Maimun yang masih dalam keadaan mabuk tidak peduli dengan anaknya malah melakukan aksi melampau di ruang tamu tanpa segan silu. Mereka masih di bawah sedar kesan meneguk air kencing syaitan.
Air mata Syahmina tumpah apabila mengenangkan peristiwa silamnya. Ibu bapanya meninggal dunia sehari selepas insiden malam itu. Dikatakan ibu bapanya bertengkar sebelum meninggal dunia. Dia kemudian dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya., iaitu ibu bapa Marsha. Di sanalah dia menumpang kasih. Tangisan Syahmina semakin lebat. Asyraf dan Megat saling berpandangan. Gadis yang paling pendiam itu memang jarang mempamerkan emosi. " Hei..Syahmina..awak okay ?", tanya Asyraf. " Pergi ! Jangan pedulikan aku ", Syahmina menangis lagi. ' Gila ' , bisik Megat.
SPM
80+ days to go , wish the best for me
Friday, 2 January 2015
LOST - BAB 23
Iskandar duduk di batu besar di gigi sungai, termenung. Matanya melihat ke satu arah namun fikirannya jauh melayang. ' Diyana '... Iskandar mengeluh. Gadis pujaan hatinya sudah hilang entah ke mana. Entah masih hidup atau tak. Saban malam Iskandar mendoakan keselamatan mereka. Nama Diyana tak pernah hilang di mindanya. " Wei ! ", jerkah Izaq daripada belakang. " Opocot kau !", Iskandar terperanjat lalu tertolak Izaq hingga menyebabkan dia terjatuh ke dalam sungai. " Woi tolong ! Kaki aku kejang ni ", jerit Izaq. Tanpa berfikir panjang, Iskandar terus membuka bajunya dan terjun ke dalam sungai. Iskandar terus membawa Izaq ke tebing. " Wei, kau okay ke ?" Sorry lah aku terperanjat tadi ", Iskandar menepuk-nepuk belakang Izaq. " Nak cpr ", seloroh Izaq. " Ceh ngada-ngada !", Izaq terus ketawa sampai terbatuk-batuk."Hahaha
teruk jugak kau terkejut kan, macam Marsha ", " Ish bukan reti nak terima kasih", Iskandar menolak bahu Izaq. " Ye la ,thanks sayang ", Izaq mencium pipi Iskandar dan Iskandar terus mengelap pipinya. Ish dia ni
" Sekali lagi kau cium aku, aku cium kau balik baru tahu ", ujar Iskandar. " Wah, ciumlah heheh ", gurau Izaq. " Dahlah jom balik ", Iskandar terus bergerak untuk balik ke kawasan mereka rehat. " Nanti ", Izaq menarik lengan Iskandar membuatkan badan mereka berlanggar. " Iz aku...", ujar Izaq sambil memegang badan Iskandar yang tidak berbaju. Iskandar mula panik. Apa la mamat ni nak buat, getus Iskandar hairan. " Aku sayang kau Iz ", ujar Izaq lalu perlahan-lahan menekapkan bibirnya di bibir Iskandar. Iskandar ter-
peranjat dengan tindakan Izaq namun tidak juga melawannya. Izaq semakin galak apabila Iskandar tidak melawan. Seketika Iskandar terbayangkan kekasihnya, Diyana.
teruk jugak kau terkejut kan, macam Marsha ", " Ish bukan reti nak terima kasih", Iskandar menolak bahu Izaq. " Ye la ,thanks sayang ", Izaq mencium pipi Iskandar dan Iskandar terus mengelap pipinya. Ish dia ni
" Sekali lagi kau cium aku, aku cium kau balik baru tahu ", ujar Iskandar. " Wah, ciumlah heheh ", gurau Izaq. " Dahlah jom balik ", Iskandar terus bergerak untuk balik ke kawasan mereka rehat. " Nanti ", Izaq menarik lengan Iskandar membuatkan badan mereka berlanggar. " Iz aku...", ujar Izaq sambil memegang badan Iskandar yang tidak berbaju. Iskandar mula panik. Apa la mamat ni nak buat, getus Iskandar hairan. " Aku sayang kau Iz ", ujar Izaq lalu perlahan-lahan menekapkan bibirnya di bibir Iskandar. Iskandar ter-
peranjat dengan tindakan Izaq namun tidak juga melawannya. Izaq semakin galak apabila Iskandar tidak melawan. Seketika Iskandar terbayangkan kekasihnya, Diyana.
Thursday, 1 January 2015
LOST - BAB 22
" Macam mana korang boleh masuk sini ? ", tanya Dzharif . Ariel pun menceritakan semua peristiwa yang berlaku terhadap mereka kepada mereka semua. " Masa kami selamatkan diri, kami bertiga terjatuh dalam lubang then terus ke sini. Din mengangguk, mengiakan kenyataan Ariel. " Macam mana dengan Iskandar ? ", celah Diyana tiba-tiba. " Maaf, kami tak jumpa Iskandar ", jawab Shila. Diyana terduduk. Air matanya mula tumpah gugur ke bumi. Dia begitu sayangkan Iskandar. Hatinya begitu merana bila berjauhan dengan Iskandar. Cik Vanida dan Shila terus memeluk Iskandar. " Jangan risau, Iskandar kan kuat. Dia tak kan tewas dengan semua ni. Percayalah ", pujuk Cik Vanida. Ariel dan Din cuma diam memerhati. Din memandang dengan penuh simpati. Ariel pula melihat Diyana dengan penuh rasa cemburu. Rasa dengkinya semakin menguasai diri.
Imbas Kembali
Ariel berjalan di laluan pejalan kaki beratap dengan penuh yakin. Berpakaian smart dan rambut tersikat kemas. Di tangannya tergenggam sejambak bunga ros berwarna merah. Sepanjang perjalanannya, banyak mata-mata gadis yang mencuri-curi pandangnya. Dengan muka ala-ala artis Korea, jejaka campuran melayu cina ini begitu digilai ramai. Ariel melihat bunga di geggamannya, mesti dia suka. Fikirnya lalu tersenyum sendiri. Dari jauh, Ariel melihat gadis yang dicintainya sedang duduk di bangku menunggu kehadirannya. " Hai Diyana ", tegur Ariel. " Hai, kenapa tetiba nak jumpa Yana ni ?", tanya Diyana bila Ariel melabuhkan punggung di tepinya. Ariel cuma tersenyum memandangnya. Senyuman yang penuh makna. Mereka terdiam seketika.
Awan hitam mula berarak menutupi langit. " Yana ", tegur Ariel. " Ya ?", Diyana hairan melihat Ariel. " Yana, saya..cintakan awak. Sudi tak awak jadi teman hidup saya ?", Ariel memberi bunga itu kepada Diyana. Dia melafazkan dengan penuh bersungguh-sungguh. Diyana berasa serba salah. " Maaf Ariel., saya tak boleh ", jawab Diyana. " Tapi Yana ", Ariel cuba memegang tangan namun ditepis Diyana. " Maaf Ariel, saya harus pergi ", Diyana terus berjalan meninggalkan Ariel bersendirian.
" Eh hai Is ", tegur Diyana. " Eh hai yana ", Iskandar tersenyum. " Awak hantar saya balik boleh ?", " Boleh, masuklah ", Iskandar membukan pintu untuk Diyana. Dari jauh, Ariel dapat melihat macam mana rapatnya kawan baiknya dengan pujaan hatinya. Hujan mula turun dengan lebat. Kelihatan banyak mahasiswa mahasiswi yang berlari untuk berteduh. Ariel membiarkan dirinya dibasahi hujan, agar air mata yang mengalir di pipinya tersembunyi di sebalik air hujan.
Subscribe to:
Posts (Atom)