SPM

80+ days to go , wish the best for me

Friday, 2 January 2015

LOST- BAB 24

Krook krook . Bunyi katak selepas hujan memecah kesunyian antara mereka. Asyraf, Megat dan Syahmina lebih kerap membisu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bukan bergaduh tapi mereka sememangnya bukanlah rapat sangat. Sekadar kawan biasa. Sebenarnya mereka masih risau, kalau-kalau bunyi seruling itu kedengaran lagi. Kalau ada, habislah mereka. Mereka cuma bertiga, pasti sukar untuk menyelamatkan diri. Syahmina termenung jauh. Terkenangkan zaman kanak-kanaknya . Zaman kanak-kanak yang sunyi dan sepi.


Syahmina duduk termenung di ruang tamu yang besar sambil ditemani oleh dua orang gaji rumahnya. Di atas meja terhidang satu kek harijadi berperisa vanilla dan strawberri yang besar. Sebenarnya hari ini merupakan hari lahirnya dan ibu bapanya berjanji hendak memeberikannya hadiah dan balik awal daripada kerja.Namun jam sudah menunjukkan tepat 11 malam , ibu bapanya belum juga balik. " Tuan muda , ada baiknya kalau tuan muda masuk tidur, sudah lewat malam ni ", ujar Mak Jah. Umurnya sudah 60 tahun namun tangkas bekerja, seperti lipas kudung. " No, daddy and mummy janji nak celebrate birthday Ina !", jerit Syahmina. Mak Jah memandang Bibik, sayu hati mereka lihat Syahmina menunggu ibu bapanya daripada tadi. Sejak petang tadi Syahmina begitu teruja hendak menyambut hari lahirnya. Siap memakai bajunya yang paling cantik lagi. Jam menunjukkan tepat tengah malam, Syahmina sudah terlelap di ruang tamu topi birthday yang masih dipakainya.


Kedengaran bunyi enjin kereta di luar banglo besar itu. Mak Jah dan Bibik membuka pintu rumah dan Dato' Rahim dengan Datin Maimun masuk dalam keadaan yang terhuyung-hayang dan mabuk. Syahmina terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi pintu rumah ditutup. " Mummy ! Daddy ! ", Syahmina bangkit berdiri dan terus berlari ke arah mereka. " Mummy n Daddy penipu!!", jerit Syahmina lalu berlari masuk ke biliknya. "Papp!!!" Kedengaran pintu bilik dihempas dengan kuat. Namun Dato' Rahim dan Datin Maimun yang masih dalam keadaan mabuk tidak peduli dengan anaknya malah melakukan aksi melampau di ruang tamu tanpa segan silu. Mereka masih di bawah sedar kesan meneguk air kencing syaitan.



Air mata Syahmina tumpah apabila mengenangkan peristiwa silamnya. Ibu bapanya meninggal dunia sehari selepas insiden malam itu. Dikatakan ibu bapanya bertengkar sebelum meninggal dunia. Dia kemudian dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya., iaitu ibu bapa Marsha. Di sanalah dia menumpang kasih. Tangisan Syahmina semakin lebat. Asyraf dan Megat saling berpandangan. Gadis yang paling pendiam itu memang jarang mempamerkan emosi. " Hei..Syahmina..awak okay ?", tanya Asyraf. " Pergi ! Jangan pedulikan aku ", Syahmina menangis lagi. ' Gila ' , bisik Megat.

No comments:

Post a Comment