“ Abang , tunggu ! Fai,
Ina dan Siti takda !”, jerit Zafri apabila tersedar mereka telah tiada bersama
mereka. “ What ?? But how??! “, Izzul hairan. “ Maybe kita dah terpisah masa
lari tadi”, ujar Ifa. “ Damn ! “, Izzul menumbuk pokok dengan sekuat hatinya
hingga berdarah tangannya. Sebagai ketua, dia berasa bertanggungjawab dan
bersalah sekiranya apa-apa terjadi kepada mereka. “ Sabar bang, insha Allah
they will fine”, Zafri menepuk bahu abangnya.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . .
“ Dah 5 hari ni tuan, satu helicopter pun belum
datang “, keluh Izzue. Tangan gempalnya menguis-nguis tanah. “ Bukan kata helicopter,
satu manusia lain pun kita tak jumpa “, tambah Aman. “ Sabarlah, tengok tu ,
bekas tapak kaki anjing, mungkin anjing pemburu penduduk kampung “, ujar
Rosyam. Lama-lama ni Rosyam sudah mula membuka mulut, tidak lagi diam seperti
sebelum ni. “ Kita harus cepat, takut nanti ada benda-benda pelik yang muncul
lagi”, ujar Kapten Rahman. Sebelum ni mereka baru sahaja dikejar sekumpulan serigala
tetapi mempunyai bulu muka seperti singa jantan.
Ketika mereka hendak bergerak, Izzue terpandang satu gelang
yang sedikit berkarat di bawah satu pokok besar. Gelang apa ni ? desis Izzue.
Cantiknya. “ Wei Izzue cepatlah ! Nanti kau tertinggal pulak ! “, tempik Kapten
Rahman. “ Okay tunggu aku oi ! “, Izzue pun berlari-lari anak mengejar mereka.
Perutnya bergoyang-goyang masa berlari. Macam anak gajah pun ada aku tengok dia
ni. Hahaha, ketawa Aman.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
“ Wei., macam mana kita nak keluar ni ?”, tanya
Dzharif yang pastinya tiada jawapan untuk menjawab soalannya. “ Aku dah putus
asa . Macam mana kalau kita mati kat sini ?”, keluh Diyana hingga menangis. “
Sabar, kita pasti akan selamat. Percayalah “, Cik Vanida memeluk Diyana, cuba
memberinya semangat. Mengikut fakta, menyentuh atau memeluk dapat menurunkan
kadar keresahan seseorang, Tapi mesti muhrim ! Ariel melihat-lihat suasana dan
pemandangan sekeliling. Otaknya ligat berfikir macam mana mereka nak keluar
daripada tempat ni. Apa yang buat tempat ni ganijl sangat ek ? Macam ada
something yang tak kena. Fikir Ariel.
Dia kemudian berjalan-jalan jauh daripada kawasan mereka
berehat. Okay, mula-mula binatang pelik-pelik serang, then jatuh dalam tempat
apa ntah ni. Yang lagi pelik macam mana hutan macam ni ada banyak sangat pokok buah.
Aku pasti tempat ni ada simpan rahsia yang terselindung. Ariel meneruskan
jalannya tanpa menyedari dia sudah semakin jauh. Namun Ariel berasa hampa
kerana tak menjumpai sebarang jawapan. “ Hmm baik aku balik. Buang masa je “,
keluh Ariel. “ Wait, mana jalan balik ni ? Alamak !”, Ariel mula resah. Dia
menyedari tindakannya bodoh kerna tak mengikat sesuatu pada pokok untuk
dijadikan tanda. “ Ariel….. “, tiba-tiba Ariel terdengar satu suara
memanggilnya. “ Ariel…! “, Suara misteri itu semakin kuat. Tanpa berfikir
panjang Ariel bergerak kea rah suiara tersebut. Suara itu semakin kuat dan
jelas kedengaran apabila Ariel semakin dekat. “ Ariel., kau tiba jua akhirnya…”,
ucap satu suara. “ Kau….? Takkanlah…”
No comments:
Post a Comment