. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
“ Ariel ! “, “ Ariel , mana kau ?! “, Mereka menjerit
memanggil nama Ariel namun tak bersaut. “ Dah lama kita cari ni tapi tak jumpa
jugak “, keluh Shila. “ Jangan putus asa , mungkin Ariel ada di mana-mana “,
ujar Cik Vanida. Mereka terduduk kepenatan. “ Adoi mana la pergi budak hot ni .
Hee “, kata Dzharif sambil membaling batu-batu kecil pada pokok. “ Eh abang Din , duduklah dulu, nanti kita
cari Ariel lagi “, ujar Diyana. “ Saya nak kencing dulu “ , Din terus terus
berlalu dan pergi ke arah mata air yang berada tak jauh daripada mereka. “ Wei
, kenapa korang percayakan dia ek ? Kan dia perompak yang nk merampas kapal
terbang “, kata Dzharif. “ Aku pun mula-mula syak wasangka sikit , tapi entah
la lepas Ariel selamatkan dia , aku tengok macam dah baik je “, ujar Shila. “
Korang tak rasa ni semua agenda diorang ke ? “, celah Diyana. Dzharif dan Shila
mula berpandangan antara satu sama lain , mereka sudah mula termakan dengan
kata-kata Diyana. “ Ish kamu semua ni , tak baik berprasangka buruk. Kamu harus
beri dia peluang kedua untuk berubah. Bukannya tuduh sebarang “, tegur Cik
Vanida. Namun mereka tidak sedar perbualan mereka didengari oleh Din. “ Takpa,
aku memang layak terima kutukan . ‘ Bukan salah mereka untuk salahkan aku.
Biarlah aku berbakti kepada mereka walau apa pun berlaku ‘ bisik Din . Air
matanya mengalir tanpa disedari. Bukan menangis kerana kutukan tetapi menangis
mengenangkan dosa yang telah dibuatnya.
Sedang mereka berehat , tiba-tiba terdengar bunyi serunai.
Melodi yang mengerikan. ‘ Oh tidak.., bunyi itu lagi . Cepat lari ! “, jerit
Shila lalu mereka semua berlari dalam keadaan terpinga-pinga. Cuma Din dan
Shila yang tahu ‘maksud’ bunyi serunai itu. Tiba-tiba muncul beberapa makhluk
berwajah seperti anjing dan berbadan manusia, bergerak bagaikan zombie
menghampiri mereka. “ Kamu semua pergi dari sini ! Biar aku uruskan mereka ! “,
tempik Din. “ Tapi….”, Shila hendak membantah namun ditangkas oleh Din “, “
Pergi ! Biar aku berbakti ! “, Din mengeluarkan dua pucuk pistolnya yang berada
di pinggang lalu menembak makhluk-makhluk tersebut. Dzharif , Shila , Cik
Vanida dan Diyana terus berlari menyelamatkan diri. ‘ Semoga kau selamat abang
Din “, bisik Shila sampai anak matanya tumpah. Din terus menembak
makhluk-makhluk tersebut. Namun tak berhasil kerana mereka semakin banyak.
Peluru nya sudah hampir habis. Din dikeremuni oleh sekumpulan makhluk tersebut.
Din berusaha menyelamatkan dirinya dengan menumbuk dan menendang sekuat
hatinya. Bilangan makhluk tersebut semakin banyak. Kudrat Din semakin lemah.
Akhirnya seekor makhluk tersebut berjaya menggigit leher Din dan mengoyakkannya
menggunakan gigi yang sangat tajam. Din akhirnya meninggal dunia dan menjadi
hidangan kepada makhluk-makhluk tersebut.
No comments:
Post a Comment