“ Sekarang tinggal kita bertujuh, kita mesti cari jalan
untuk selamatkan diri “, ujar Iskandar. “ Tapi macam mana ? Satu manusia pun
kita tak jumpa lagi “, keluh Izaq. “ Habis kita ni apa ? Beruk ? “, kata Marsha
selamba. “ Aku tak , kau ya “, jawab Izaq tersengih. Aduhh! , tak pasal-pasal
Masha membaling kasutnya ke muka Izaq. “ Punyalah macho aku ni beruk dikatanya
! “, “ Eh dah dah , tengah runsing pasal masalah ni main-main pulak korang “,
Iskandar menahan Izaq yang baru saja hendak membaling kasutnya pula ke arah
Marsha. “ Haha kena marah boyfriend ! “, Marhsa mentertawakan Izaq. “ Hoi
boyfiend taik kau ! Dah – dah aku tengah runsing ni “, Iskandar terduduk penat
melayan kerenah kawan-kawannya. “ Hei , sorry k , baik . Kita fikir sama-sama k
? Sorry tau Izz “, Izaq memegang lengan Iskandar. “ Takpalah, kita dah berdoa ,
dah berusaha. Sekarang kita bertawakal pada Allah, inshaAllah akan ada jalan
untuk kita keluar daripada sini “, kata Aisya selepas lama mendiamkan diri.
Mereka mengangguk dan mengiyakan kata-kata Aisya.
Sedang Fitri duduk , dia terpandang sesuatu di sebalik pokok.
Apa tu ? Desus hati Fitri lalu terus mengambilnya. “ Eh Fitri , nak ke mana tu
?”, tanya Iskandar apabila melihat adik lelakinya itu mendekati sepohon pokok
yang agak besar. “ Abang , tengok ni ! “, Fitri menunjukkan kertas yang
dijumpanya kepada Iskandar. “ Wait wait, semua ! Ni peta lah ! “ jerit
Iskandar. Yang lain terus menghampirinya. “ Apa ? Peta mana mana ? “, tanya
Marsha. “ Eh dia ni kalau ye pun sabarlah , orang lain pun nak jugak ! “, kata
Izaq. “ Diam ah kau ! “ Marsha menolak bahu Izaq. “ Tengok peta ni , dah lama “,
Iskandar membelek peta itu. “ Aku rasa ni jalan untuk kita keluar daripada
tempat ni kot, kita mesti cuba “, teka Haziq.
“ Ya tapi sayanglah , peta ni koyak kat ujung “, ujar Haslinda lemah. “
Takpa kak , yang penting ni adalah clue untuk kita. Mungkin kita jumpa bahagian
yang koyak tu kat tempat lain “, kata Iskandar bersemangat. “ Alhamdulillah, ni
lah peluang untuk kita “, ujar Aisya. “ Kalau tengok daripada peta ni , kita
kat …..sini ! “, Iskandar tunjuk ke arah satu tempat yang dilukis berupa kabus.
“ Baiklah , korang dah sedia ?”, tanya Iskandar. “ Dah ! “, sahut mereka semua.
“ Lets go ! “, Mereka kembali bersemangat, Sekurang-kurangnya harapan untuk
keluar daripada tempat misteri telah cerah.
No comments:
Post a Comment