Mereka tiba di satu kawasan yang dipenuhi dengan kabus. “
Berkabusnya tempat ni , tak nampaklah “, ujar Haslinda. “ Kenapa tiba-tiba
berkabus ni “, tanya Fitri hairan. Mereka meneruskan perjalanan dan tiba-tiba
suasana sekitar berubah. Tiada lagi hutan belukar tetapi kali ini satu taman
atau padang yang sangat luas dan indah. Tumbuhannya berwarna-warni. Binatang
ganjil yang comel-comel berkeliaran di sana sini. “ Wah, cantiknya tempat ni ! “,
ujar Marsha dan Fitri. Mereka berlari-lari anak macam budak-budak kecik .
Pemandangan indah dan udara yang nyaman membuat mereka terpesona dengan kawasan
tersebut. “ Pelik , kenapa tetiba ada tempat macam ni pulak ? “, Iskandar
keliru dan melilau ke sana sini. “ Alaa tak kisah lah ! Jom Izz ! “, Izaq
menarik tangan Iskandar dan mengajaknya melihat binatang-binatang yang comel di
kawasan tersebut. Fitri dan Marhsa yang nampak terlalu teruja, siap
baring-baring atas rumput. Ya lah, rasanya dah lama mereka tak menikmati
suasana macam ni sejak tersesat. “ Kan bagus kalau kita jumpa tempat ni dari
awal “, ujar Milla. Aisya , Milla dan Haslinda pula sedang menikmati
buah-buahan yang terdapat di satu kawasan. Macam-macam buah ada. Seolah-olah
memang sudah disajikan kepada mereka. “ Ah ada ku kisah siapa punya buah ni,
sedap gila ! “, Marsha makan dengan gelojoh. Dah lama tak makan banyak, inilah
masanya, heheh, detik Marsha.
Iskandar yang ingin menghampiri mereka terhenti apabila
melihat Haziq tidak bergerak daripada tempat asalnya. Aik, berdiri je dia ni,
dahlah tinggi, sebijik macam traffic light aku tengok. “ Hei ziq, kenapa ni ?”,
tanya Iskandar. “ Entahlah, kau tak rasa something ke ? Macam mana boleh ada tempat macam ni kat sini
?”, ujar Haziq. “ Aku rasa camtu jugak. Tak sedap hati. Tapi takpalah, aku rasa
nil ah masanya kita rehat kot “, kata Iskandar. “ Aku nak gi situ lah, lapar
bro perut “, Haziq terus menghampiri Aisya, Marsha dan Haslinda untuk menikmati
buah-buahan. Em aku pun lapar jugak ni , bisik Iskandar. Sebelum ini mereka cuma
makan ikan dan buah pisang, kalau minum, air hujan dan sungai. Iskandar
tersenyum melihat rakan-rakannya.
Ketika Iskandar hendak mendekati mereka, dia tercium debunga
lalu bersin. “ Achew! “, Iskandar tergamam selepas sahaja dia bersin. Kawasan
indah yang mereka lihat sebentar tadi bertukar menjadi tempat yang kotor dan
jijik. Tumbuhan berwarna hitam, ulat dan serangga di sana sini. Iskandar
terperanjat melihat Fitri, Milla dan Izaq sedang berbaring di atas tempat yang
penuh dengan lender-lendir hijau yang melekit. Haslinda , Marsha, Haziq dan
Aisya pula sedang asyik menjamah ulat dan serangga yang disangkanya buah. “ Apa
yang berlaku ni ?? Khalayan ??”, Iskandar panic. “ Hoi!! Ni semua khayalan ! “,
jerit Iskandar namun tiada hasil. Mereka sudah tertipu dengan khayalan mereka
sendiri.
Aku kena cari akal untuk sedarkan mereka ! Bisik Iskandar.
Fikir Izz fakir.. Dahi Iskandar berkerut memikirkan apa yang patut dilakukanya.
“ Debunga tadi ! “, Iskandar terus mencabut beberapa kuntum bunga yang
dijumpainya. Juga tidak seindah tadi namun masih mengeluarkan debunga. Iskandar
pun dengan segera menghampiri rakan-rakannya dan mengipaskan bunga tersebut di
muka mereka. Debunga yang sangat kuat itu menyebabkan mereka semua bersin dan
terjaga. “ ha ? Tempat apa ni ?! “, jerit Marsha. “Cepat lari ! Tadi hanya
khayalan kita ! “, “ Lari menuju ke kabus tadi ! “, tempik Iskandar. Sedang
mereka hendak melarikan diri, beberapa makhluk berupa ghoul memunculkan diri
dan mengejar mereka. “ Cepat lari ! “, jerit Haziq. Ghoul itu semakin banyak
mengejar mereka. Entah apalah nasibnya, kaki Milla tersadung akar-akar pokok
lalu rebah ke tanah. “ Milla ! “, jerit Aisya lalu patah balik untuk selamatkan
Milla. “ Cepat ! “, jerit Aisya. “ Tak boleh, kaki aku tersepit ! “, ujar Milla
ketakutan. “ Milla ! “, Iskandar pusing dan terus membuka golongan akar di kaki
Milla. Akhirnya juntaian akar berjaya dirungkaikan. Ghoul itu semakin
menghampiri mereka. “ Cepat sikit lagi nak sampai ke kabus ! “, ujar Iskandar.
Baru sahaja mereka bertiga sampai ke kabus tersebut, seekor ghoul telah berjaya
menarik Milla tanpa sempat Iskandar dan Aisya menyambut tangannya. “ Tidak!!!!”,
jerit Aisya.. “ Arghh!!”, kedengaran jeritan Milla di sebalik kabus namun
mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana kabus itu semakin mengecil. “
Milla!!!! “, Aisya menangis dan terus dipeluk oleh Haslinda. “ Kau sentiasa
dalam ingatan Milla “, bisik Aisya.
No comments:
Post a Comment