SPM
80+ days to go , wish the best for me
Friday, 12 June 2015
BLOK - BAB 5
" Abang bangunlah, teman Dan pegi toilet ", Danial menggerak gerak tubuh Iskandar. " Malas la ", " Banggg teman la. ", Danial menggoncang-goncang tubuh Iskandar. " Ye la bangun la ni, pergi toilet pun nak teman ke, macam budak kecik ", rungut Iskandar. " Ala teman la , abang please tak tahan ni ", Danial menarik-narik tangan Iskandar. " Ye la abang bangun la ni ", Iskandar bergerak malas mengekori Danial ke tandas. Patutla Danial takut, gelap gila jalan nak pergi toilet ni, patutla Danial takut. Sekolah ni takda budget ke apa sampai nak beli lampu pun tak boleh ", rungut Iskandar. " Dan cepat tau abang ngantuk ni , kang tak pasal pasal abang tido atas sinki. ", ujar Iskandar dari luar. " Okay ", Danial terus menutup pintu tandas. Iskandar menjeling-jeling blok lama , tampak suram dan seram. Tiba-tiba Iskandar berasa seram sejuk dan menjeling jam tangan BUM nya, 10 minit dah. " Dan kenapa lambat sangat ni, buat emas ke ", ketuk Iskandar. " Eh bunyi air tak ada , sembelit ke adik aku ni ", gumam Iskandar. " Dan...Danial..Danial Irfan, bukak pintu ni sayang ", Iskandar menolak lembut pintu tandas. " Tak kunci ? ", Iskandar hairan. Hati Iskandar mula rasa lain, berdebar-debar. Iskandar membuka pintu tandas dan pap ! Takda orang ! " Dia dah balik kot ", teka Iskandar cuba untuk menenangkan diri. Tiba-tiba dia terasa seperti angin lembut menyapu lehernya. " Hmmm", Iskandar terdengar seperti bunyi hembusan nafas seseorang di belakangnya. Tiba-tiba Iskandar berasa bahunya dipegang seseorang dan terus berpaling ke belakang. Agrhhhhhhhhh !!!! Jerit Iskandar .
" Woi kau pahal??! ", Sazlan menampar tengkuk Iskandar. " Aduhh!! La kau rupanya , terkejut gila aku, Kau buat apa sini ? ", tanya Iskandar mengah. " Toilet, kau rasa ? Aku nak shopping ? ", ejek Sazlan. " Eh ya tak ya , bodohnya soalan aku ", gumam Iskandar. " Takdela , aku tengah ni ", Sazlan menunjukkan sebatang rokok yang dipeganya. " Ohh by the way kau ada nampak Danial tak ", tanya Iskandar. " Kat bilik kot, aku nampak kau je daritadi kat sini ", jawab Sazlan hairan. " Hmm tak pe lah, aku balik dulu ", ujar Iskandar. " Kau baliklah dulu, aku nak hisap sebatang lagi ", kata Sazlan. " Batang ? Oh rokok okay haha chaw " Iskandar balik ke biliknya dan sekali lagi merenung ke blok lama yang nampak jelas dari koridor biliknya. Seolah-olah ada sesuatu yang menarik perhatiannya kali ini.
Thursday, 11 June 2015
BLOK - BAB 4
Selepas balik dari prep malam, mereka pergi ke Dewan Makan untuk supper. " laa bun lagi , penat betul aku tengok muka flawless bun ni ", keluh Farid. " Eh kau ni syukurlah sikit, kat Africa nun nak carik sebutir beras pun sakit tau ", ujar Zarul. " Aku syukur , aku cakap je pun, lepasni aku jugak yang makan bun tu ", jawab Farid. " Masuk ni dah berturut-turut bun, tekak aku pun dah penat , tapi bersyukur la kan, at least ada ", ujar Zarul . " Kan syok kalau sekolah kaya, hari-hari makan mewah", omel Rasyid. " Argh lantakla korang, bun ni favaourite aku ", kata Sazlan lalu masuk ke dalam dewan diikuti Farid dan Zarul. " Kami balik dulu ek , terliur pulak nak makan manggie, assalamualaikum ", ujar Haziq lalu pulang ke bilik bersama Aril, Ijai, Aidil dan Rasyid. " Ceh tengok, suka sangat makan makanan tak berkhasiat, patutla tak pandai macam aku, Waalaikumussalam, Is , jom la, first time right ", pelawa Sazlan. " Okay ", jawab Iskandar lalu menarik tangan Danial ke dewan makan/ " Is tadi aku tengok ramai perempuan dok jeling-jeling kau, banyak peminat dia ", kata Farid. " Yup yang hot macam Diana tu pun sama, tengok Is macam apa je tadi ", kata Zarul. " Eh ngarut la ", jawab Iskandar selamba. Danial di sebelahnya menarik muka masam. " Ceh, patula tak layan orang tadi, banyak peminat rupanya ", ujar Danial sambil mukanya menghala ke arah lain. " Ala merajuk pulak adik kau ni hahaha", kata Sazlan. " Eh kau kelas apa ek ?", tanya Zarul. " 5 Cempaka ", " Fuyoo kelas aku tu , sini aku nak habaq mai, kelaas aku tu tip top, sporting semua , kecuali sorang ", Farid tunjuk ke arah seorang lelaki yang membuat bising di meja paling hujung.
Lagaknya macam ketua , " kenapa dengan dia ?", tanaya Iskandar. " Gengster taik kucing, ada dua anjing, Haikal dengan Karlos lah, menyampah gila aku, nak je aku tenyeh dengan lesung batu kat rumah aku ", ujar Sazlan geram. " Yazid nama dia ", tambah Zarul. " Pang ! " Tiba-tiba suasama menjadi kecoh. " Kau ni buta ke ??! ", tengking Yazid kepada salah seorang pekerja dewan makan yang terlanggarnya menyebabkan air tehnya tumpah ke baju dan lantai. " Maaf nak , makcik tak sengaja ", " dah malas aku, geng balik ! ", ujar Yazid . " Booooooo" tindakan Yazid mendapat cemuhan daripada pelajar lain namun Yazid memekakkan telinga." Eh jom tolong ! Kesian aku tengok ! ", ujar Sazlan. "Jom ", Iskandar mengikut langkah Sazlan dan menghampiri makcik itu. " Makcik, biar kami tolong ", ujar Sazlan ramah. Iskandar mengambil perlahan kain buruk dari tangan makcik tersebut dan mengelap tumpahan air tadi. " takpe, kami tolong, makcik ada kerja lain kat belakang kan ", ujar Iskandar sopan. " Terima kasih nak ", makcik tersebut tersenyum dan melangkah perlahan ke dapur. Selepas beberapa langkah, makcik tersebut berpaling dan melihat Sazlan dan Iskandar yang sibuk mengelap . Wajahnya tersimpan beribu rahsia.
" Diana, lelaki tadi lah ! ", bisik Amira perlahan . " yang kau excited ni pahal pulak ?", tanya Diana kurang berminat. " Hensemmm la diaa ", Amira tersenyum sendiri. Diana tersenyum dan menjeling Iskandar, mata mereka berpaut. Diana menunduk wajahnya dan tersenyum malu. " Eleh tadi kata tak minat, ni kenapa pulak main-main mata, ", usik Amira. " Hee kau ni diam ah, baik kau makan bun kau tu, mana tau terus flawless macam bun tu ", gurau Diana. " Pang! ", " Kesiannya makcik tu, jahat betul si Yazid tu, memang patut kau putus dengan dia ", umpat Amira. " Kan ? Kenapa la aku tolol sangat pernah jatuh hati kat beruk tu ", ujar Diana. " Dianaaa ", Amira menarik-narik baju Diana. " Ya Allah kau ni, kenapa pulak, kang tercabut baju aku tak pasal-pasal masuk KHK or sampah remaja kl ", " Budak baru tu tolong makcik tu la, dengan Sazlan ", Amira tersengih-sengih melihat Iskandar dan Sazlan. " Dah kau jangan nak mengada, Farid kau tu mana nak letak ?", " Eh ye tak ye kan haha, takpelah, aku puji je pun, dahlah hensem, baik pulak tu ", kata Amira. Ketika hendak melangkah keluar daripada dewan makan, Diana terlanggar bahu Iskandar dan hampir terjatuh namun sempat ditahan oleh Iskandar. Mata mereka berpaut selama beberapa saat. " Eh sorry maaf ", ucap Iskandar, malu. " Takpe, thanks ", ucap Diana dan terus meluru ke arah Amira yang sedang mencari seliparnya. Iskandar terus mengekori mereka yang lain balik ke bilik. Sekejap kejap dia berpaling dan melihat Diana. Begitu juga dengan Diana. " Ulat bulu dah naik daun nampak ", usik Sazlan. " Abang, sampai hati tinggalkan Danial, tengok perempuan cantik lalulah tinggalkan Danial ", Danial mengekori Iskandar . " Eh maaf, ala abang tak perasan la sorry hehe . Dah jom balik bilik ", Iskandar memimpin tangan Danial pergi dari situ.
BLOK - BAB 3
Wowww besarnya sekolah ni , Iskandar tersenyum sendiri. Dari jauh, dia dapat melihat bangunan yang agak lama dan suram. Oh tu kot blok lama, tak menarik pun, tak ingin tahu. Selesai mendaftarkan diri, Iskandar pergi ke biliknya, bilik 25 untuk mengemas locker. Ketika sampai di bilik, Iskandar disambut oleh seorang lelaki yang agak tinggi. " budak baru ke ?", " ya baru je daftar ", kata Iskandar sedikit mengah, mungkin kerana bilik 25 berada di tingkat paling atas dan paling hujung, ditambah lagi dengan beg-beg yang dibawanya, kenapa la asrama ni takda lif, gumam Iskandar. " Nama aku Sazlan, ketua bilik ni. Sebelum kau masuk bilik ni , aku nak kau bayar dulu, cepat ! ", Iskandar terkejut dan terus meraba-raba poketnya untuk mencari duit. " Hahaha aku gurau je lah, masuklah bro ", Hish dia ni aku tumbuk jugak kang, huhu sampai ke tangan aku kat muka dia tinggi kot haha. " Guys kita ada roomate baru ", " Hai , Iskandar " , " Aku Farid, yang kurus ni Zarul, yang putih tu Aril, yang rambut tegak-tegak tu Haziq dan yang si berbulu ni Ijai. ", ujar Farid. Si berbulu ? Haha maybe sebab Ijai ketika itu tidak memakai baju dan anda faham sendiri la. " Ha yang tu pulak Aidil dan Rasyid ", Sazlan tunjuk ke arah lelaki berkaca mata dan lelaki bertubuh gempal yang sedang tidur di atas katilnya. Sedang mereka berbual, masuk seorang lelaki yang berkulit cerah dan kecil sedikit berbanding mereka. " Yang ni Danial, budak form 2 , paling junior dalam bilik ni ", ujar Zarul. " Oh assalamualaikum ", Danial mencium tangan Iskandar untuk menunjukkan rasa hormat. " Comelnya ", puji Iskandar. Danial cuma tersengih.
" Kau dari sekolah mana ?", tanya Sazlan. " SMK Putra ", " Sek Putra ? Wow sekolah budak kaya ", kata Farid. " Eh takdenya , biasa je . Urmm, tadi time aku daftar diorang cakap blok lama tu kawasan larangan. Kenapa ek ?", tanya Iskandar. " Bendullah kau ni , nama pun bangunan lama memanglah tak safe ", kata Zarul. " Yala kenapa tak runtuhkan je ? ", " Sampai masa nanti kau taulah ", ujar Sazlan perlahan. " Dahlah, baik kau kemas barang kau, nak mandi lagi, nak magrib dah ni, kami mandi dulu ek ", ujar Sazlan lalu bertuala pergi ke bilik mandi bersama Zarul dan Farid. Iskandar mengemas pakaian-pakaiannya ke dalam locker. " dah berapa locker ni terbiar, berhabuk nya, nasib elok lagi ", bebel Iskandar, seperti biasa. " Abang , Danial tolong okay ", Danial menggantung baju Iskandar yang sudah dihanger. " Thanks , Danial dah bersiap ? Lepas ni nak pergi surau kan. " Dah, tinggal pakai baju melayu je lagi, takkan la nak pergi surau pakai baju T shirt ni " , kata Danial. " Katial Danial mana ?", " Tu, Danial menunjuk ke arah satu katil di sebelah tingkap, paling hujung. " Jauhnyerrr", " Alaa tiap malam kami angkat tilam letak kat lantai, baru sejuk ", ujar Danial. " Malam ni Danial teman abang tidur okay? Tak biasa la tidur sendiri, lagi-lagi tempat baru", senyum Iskandar. Danial cuma mengangguk dan tersenyum . " Dahla, baik abang mandi ", Iskandar membuka bajunya dan terselah badannya yang sedikit berotot namun masih slim. " Apa jeling-jeling abang ? Baru buka baju ", Iskandar mengangkat kening ke arah Danial. " Hee perasan , pergi mandi cepat kang lambat ", Danial menolak perlahan badan Iskandar. " yela yela ".
Ala lambat la Rasyid ni , omel Sazlan. Inilah kelebihan asrama, nak pergi mana-mana wajib tunggu kawan, dah jadi amalan. Harian takkan faham semua benda ni. " Sabarlah kau pun tau kan aku bawa berapa ton kalau jalan ", laung Rasyid dari dalam bilik. " Ha tu la aku suruh kawal makan, ajak jogging time petang taknak pulak tu ", ujar Farid. " Well at least aku ada additional protection, huhu ", " jangan nak huhu sangat dah cepat sikit before aku angkat kau ! ", jerit Zarul. Hahaha mereka semua gelak, logik ke cicak angkat badak air ? " Dah dah lets go ", mereka pun bergerak ke surau. Dari jauh Iskandar hanya memandang blok lama dengan penuh misteri. " Abang tengok apa tu ?", tegur Danial." Eh takda apa lah, dah jom ", Iskandar memimpin tangan Danial dan mengekori mereka yang lain yang sudah jauh meninggalkan mereka.
Ala lambat la Rasyid ni , omel Sazlan. Inilah kelebihan asrama, nak pergi mana-mana wajib tunggu kawan, dah jadi amalan. Harian takkan faham semua benda ni. " Sabarlah kau pun tau kan aku bawa berapa ton kalau jalan ", laung Rasyid dari dalam bilik. " Ha tu la aku suruh kawal makan, ajak jogging time petang taknak pulak tu ", ujar Farid. " Well at least aku ada additional protection, huhu ", " jangan nak huhu sangat dah cepat sikit before aku angkat kau ! ", jerit Zarul. Hahaha mereka semua gelak, logik ke cicak angkat badak air ? " Dah dah lets go ", mereka pun bergerak ke surau. Dari jauh Iskandar hanya memandang blok lama dengan penuh misteri. " Abang tengok apa tu ?", tegur Danial." Eh takda apa lah, dah jom ", Iskandar memimpin tangan Danial dan mengekori mereka yang lain yang sudah jauh meninggalkan mereka.
BLOK - BAB 2
" Macam mana rasa dapat tawaran masuk asrama penuh ni Is ? ", tanya Pak Abu. " Happy lah
Pak Abu , 3 bulan kot tunggu tawaran ni. ", " tak nampak macam excited pun ", " Laa...tak kan
la Pak Abu nak Is melompat-lompat macam kera kat jalan raya nun , nanti tak pasal-pasal
kena tangkap masuk dalam zoo ", " Ish payah tu Is, nanti terpaksa Pak Abu beli tiket mahal-
mahal baru dapat jenguk Is. No fiding ( feeding) pulak tu, berhuhu la Pak Abu nanti , tak dapat
bagi kuih buatan makcik kau ", Iskandar ketawa dengan gurauan Pak Abu. Itulah mereka,
Iskandar sekeluarga tak pernah menganggap Pak Abu dan isterinya, Mak Jah sebagai orang
luar, tetapi sebagai sebahagian daripada keluarga mereka. Pak Abu dan isterinya , Mak Jah
sudah berkhidmat kepada ayah Iskandar sejak dia bujang lagi. " Is, dulu Pak Abu punya kawan
ada anak yang sekolah kat sekolah baru Is ni ", " ye ke " , " ye , Pak Abu nak pesan ni , jangan
sesekali pergi ke blok lama sekolah tu ", " kenapa ?", " ikut je kata Pak Abu , Is ", " yela, Is pun
tak berminat sangat nak tahu ", jawab Iskandar selamba sambil melihat pemandangan luar.
Kelihatan banyak penduduk bandar bergegas ke tempat kerja masing-masing. Mak aih , pakai
tudung tapi seluar ketat nak mampus. Dah bagus dah kuantiti orang berhijab ni makin bagus
tapi kualiti ? Bertudung tak semestinya menutup aurat tapi menutup aurat pastinya bertudung. ,
fikir Iskandar. Sementara Pak Abu cuma serius memandang jalan raya. Iskandar mendengar
lagu Gilalah by Stacy di telefonnya. Em memang banyak orang gila sekarang. Gila dengan
fesyen seluar ketat, perempuan pulak tu, urmm.
Pak Abu , 3 bulan kot tunggu tawaran ni. ", " tak nampak macam excited pun ", " Laa...tak kan
la Pak Abu nak Is melompat-lompat macam kera kat jalan raya nun , nanti tak pasal-pasal
kena tangkap masuk dalam zoo ", " Ish payah tu Is, nanti terpaksa Pak Abu beli tiket mahal-
mahal baru dapat jenguk Is. No fiding ( feeding) pulak tu, berhuhu la Pak Abu nanti , tak dapat
bagi kuih buatan makcik kau ", Iskandar ketawa dengan gurauan Pak Abu. Itulah mereka,
Iskandar sekeluarga tak pernah menganggap Pak Abu dan isterinya, Mak Jah sebagai orang
luar, tetapi sebagai sebahagian daripada keluarga mereka. Pak Abu dan isterinya , Mak Jah
sudah berkhidmat kepada ayah Iskandar sejak dia bujang lagi. " Is, dulu Pak Abu punya kawan
ada anak yang sekolah kat sekolah baru Is ni ", " ye ke " , " ye , Pak Abu nak pesan ni , jangan
sesekali pergi ke blok lama sekolah tu ", " kenapa ?", " ikut je kata Pak Abu , Is ", " yela, Is pun
tak berminat sangat nak tahu ", jawab Iskandar selamba sambil melihat pemandangan luar.
Kelihatan banyak penduduk bandar bergegas ke tempat kerja masing-masing. Mak aih , pakai
tudung tapi seluar ketat nak mampus. Dah bagus dah kuantiti orang berhijab ni makin bagus
tapi kualiti ? Bertudung tak semestinya menutup aurat tapi menutup aurat pastinya bertudung. ,
fikir Iskandar. Sementara Pak Abu cuma serius memandang jalan raya. Iskandar mendengar
lagu Gilalah by Stacy di telefonnya. Em memang banyak orang gila sekarang. Gila dengan
fesyen seluar ketat, perempuan pulak tu, urmm.
BLOK - BAB 1
Iskandar menekan-nekan punat dengan rakus. Cis Channel beribu satu pun takda yang best. Dia membuka RTM1, tak abis2 dengan rancangan semasalah , beritalah, lagu patriotik , bosan aku. ye la, sayang sayang jugak dengan negara takpayah kot 24 jam nak lagu patriotik. Dia membuka lagi Tv3 , Qu Puteh Qu Puteh, tak bersyukur ke dengan kulit sedia ada ? Tak paham aku, tau tak kulit sawo matang macam melayu ni kulit tercantik dan tersihat ? Mana2 kau lah , asal kau kaya, jelez jugak aku hmm. Punat ditekan ke 104 Astro Ria, ala cerita si Emma ni lagi, mula-mula benci, gaduh lepastu happy lepastu konflik lepastu mengandung, hmm typical sangat, orang Malaysia ni takde idea lain ke. 105 Astro Prima, cerita hantu, hmm sama jugak orang demi sorang mati , lepastu ending tiba-tiba misteri, same, typical. bebel Iskandar. 705, Hits Tv menayangkan lagu Baek by Joe Flizzow. Ni lagi satu , lagu entah apa apa lirik ulang-ulang, tengoklah, lagu ni la yang popular nanti menang macam-macam anugerah. Pelik betul aku.Yang menyanyi sambil menari tu ada orang hargai ? Yang menyanyi vokal mantap gila tu ada orang hargai ? Hmm kesiannya..
" Iskandar, dah siap ke tak ?", jerit maknya dari dapur. " dah ", jawab Iskandar sepatah. " dah ready semua ? Baldi ? Baju ? Tuala ? Colgate ? ", tanya maknya lagi. " Ye", jawab Iskandar singkat. " Ni la anak zaman sekarang, tanya satu jawab satu, tanya sepuluh jawab sepuluh ", leter mak Iskandar. " La abis mak nak Is jawab macam ne ? Semua barang yang bonda sebutkan tadi telah anakanda siapkan bonda , macam tu ke ", kata Iskandar sambil tersengih , " Ha menjawab cakap mak ", " la tadi kata panjang ", gumam Iskandar. " Dah jangan nak mengarut lagi, Pak Abu dah tunggu tu ", ujar maknya. " Okay , kirim salam kat ayah ye mak ", Iskandar mencium tangan dan pipi ibunya. " Jaga diri elok-elok, jangan lupa solat,belajar. Sebelum tidur jangan lupa cuci baju, jangan menggatal nak cari calon bini dulu ", pesan maknya. " Ya baik, pandailah Iskandar jaga diri nanti , Is pergi dulu ye , assalamualaikum sayang mak ! ", lambai Iskandar. " Waalaikumussalam , Pak Abu hati-hati tau drive ", " Ye Puan , kami pergi dulu ye ", ucap Pak Abu lalu masuk ke dalam Toyota Camry milik majikannya. Puan Mariam melambai Iskandar .
Subscribe to:
Posts (Atom)