SPM
80+ days to go , wish the best for me
Thursday, 11 June 2015
BLOK - BAB 4
Selepas balik dari prep malam, mereka pergi ke Dewan Makan untuk supper. " laa bun lagi , penat betul aku tengok muka flawless bun ni ", keluh Farid. " Eh kau ni syukurlah sikit, kat Africa nun nak carik sebutir beras pun sakit tau ", ujar Zarul. " Aku syukur , aku cakap je pun, lepasni aku jugak yang makan bun tu ", jawab Farid. " Masuk ni dah berturut-turut bun, tekak aku pun dah penat , tapi bersyukur la kan, at least ada ", ujar Zarul . " Kan syok kalau sekolah kaya, hari-hari makan mewah", omel Rasyid. " Argh lantakla korang, bun ni favaourite aku ", kata Sazlan lalu masuk ke dalam dewan diikuti Farid dan Zarul. " Kami balik dulu ek , terliur pulak nak makan manggie, assalamualaikum ", ujar Haziq lalu pulang ke bilik bersama Aril, Ijai, Aidil dan Rasyid. " Ceh tengok, suka sangat makan makanan tak berkhasiat, patutla tak pandai macam aku, Waalaikumussalam, Is , jom la, first time right ", pelawa Sazlan. " Okay ", jawab Iskandar lalu menarik tangan Danial ke dewan makan/ " Is tadi aku tengok ramai perempuan dok jeling-jeling kau, banyak peminat dia ", kata Farid. " Yup yang hot macam Diana tu pun sama, tengok Is macam apa je tadi ", kata Zarul. " Eh ngarut la ", jawab Iskandar selamba. Danial di sebelahnya menarik muka masam. " Ceh, patula tak layan orang tadi, banyak peminat rupanya ", ujar Danial sambil mukanya menghala ke arah lain. " Ala merajuk pulak adik kau ni hahaha", kata Sazlan. " Eh kau kelas apa ek ?", tanya Zarul. " 5 Cempaka ", " Fuyoo kelas aku tu , sini aku nak habaq mai, kelaas aku tu tip top, sporting semua , kecuali sorang ", Farid tunjuk ke arah seorang lelaki yang membuat bising di meja paling hujung.
Lagaknya macam ketua , " kenapa dengan dia ?", tanaya Iskandar. " Gengster taik kucing, ada dua anjing, Haikal dengan Karlos lah, menyampah gila aku, nak je aku tenyeh dengan lesung batu kat rumah aku ", ujar Sazlan geram. " Yazid nama dia ", tambah Zarul. " Pang ! " Tiba-tiba suasama menjadi kecoh. " Kau ni buta ke ??! ", tengking Yazid kepada salah seorang pekerja dewan makan yang terlanggarnya menyebabkan air tehnya tumpah ke baju dan lantai. " Maaf nak , makcik tak sengaja ", " dah malas aku, geng balik ! ", ujar Yazid . " Booooooo" tindakan Yazid mendapat cemuhan daripada pelajar lain namun Yazid memekakkan telinga." Eh jom tolong ! Kesian aku tengok ! ", ujar Sazlan. "Jom ", Iskandar mengikut langkah Sazlan dan menghampiri makcik itu. " Makcik, biar kami tolong ", ujar Sazlan ramah. Iskandar mengambil perlahan kain buruk dari tangan makcik tersebut dan mengelap tumpahan air tadi. " takpe, kami tolong, makcik ada kerja lain kat belakang kan ", ujar Iskandar sopan. " Terima kasih nak ", makcik tersebut tersenyum dan melangkah perlahan ke dapur. Selepas beberapa langkah, makcik tersebut berpaling dan melihat Sazlan dan Iskandar yang sibuk mengelap . Wajahnya tersimpan beribu rahsia.
" Diana, lelaki tadi lah ! ", bisik Amira perlahan . " yang kau excited ni pahal pulak ?", tanya Diana kurang berminat. " Hensemmm la diaa ", Amira tersenyum sendiri. Diana tersenyum dan menjeling Iskandar, mata mereka berpaut. Diana menunduk wajahnya dan tersenyum malu. " Eleh tadi kata tak minat, ni kenapa pulak main-main mata, ", usik Amira. " Hee kau ni diam ah, baik kau makan bun kau tu, mana tau terus flawless macam bun tu ", gurau Diana. " Pang! ", " Kesiannya makcik tu, jahat betul si Yazid tu, memang patut kau putus dengan dia ", umpat Amira. " Kan ? Kenapa la aku tolol sangat pernah jatuh hati kat beruk tu ", ujar Diana. " Dianaaa ", Amira menarik-narik baju Diana. " Ya Allah kau ni, kenapa pulak, kang tercabut baju aku tak pasal-pasal masuk KHK or sampah remaja kl ", " Budak baru tu tolong makcik tu la, dengan Sazlan ", Amira tersengih-sengih melihat Iskandar dan Sazlan. " Dah kau jangan nak mengada, Farid kau tu mana nak letak ?", " Eh ye tak ye kan haha, takpelah, aku puji je pun, dahlah hensem, baik pulak tu ", kata Amira. Ketika hendak melangkah keluar daripada dewan makan, Diana terlanggar bahu Iskandar dan hampir terjatuh namun sempat ditahan oleh Iskandar. Mata mereka berpaut selama beberapa saat. " Eh sorry maaf ", ucap Iskandar, malu. " Takpe, thanks ", ucap Diana dan terus meluru ke arah Amira yang sedang mencari seliparnya. Iskandar terus mengekori mereka yang lain balik ke bilik. Sekejap kejap dia berpaling dan melihat Diana. Begitu juga dengan Diana. " Ulat bulu dah naik daun nampak ", usik Sazlan. " Abang, sampai hati tinggalkan Danial, tengok perempuan cantik lalulah tinggalkan Danial ", Danial mengekori Iskandar . " Eh maaf, ala abang tak perasan la sorry hehe . Dah jom balik bilik ", Iskandar memimpin tangan Danial pergi dari situ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment