SPM

80+ days to go , wish the best for me

Thursday, 11 June 2015

BLOK - BAB 2

" Macam mana rasa dapat tawaran masuk asrama penuh ni Is ? ", tanya Pak Abu. " Happy lah 

Pak Abu , 3 bulan kot tunggu tawaran ni. ", " tak nampak macam excited pun ", " Laa...tak kan 

la Pak Abu nak Is melompat-lompat macam kera kat jalan raya nun , nanti tak pasal-pasal 

kena tangkap masuk dalam zoo ", " Ish payah tu Is, nanti terpaksa Pak Abu beli tiket mahal-

mahal baru dapat jenguk Is. No fiding ( feeding) pulak tu, berhuhu la Pak Abu nanti , tak dapat 

bagi kuih buatan makcik kau ", Iskandar ketawa dengan gurauan Pak Abu. Itulah mereka, 

Iskandar sekeluarga tak pernah menganggap Pak Abu dan isterinya, Mak Jah sebagai orang 

luar, tetapi sebagai sebahagian daripada keluarga mereka. Pak Abu dan isterinya , Mak Jah 

sudah berkhidmat kepada ayah Iskandar sejak dia bujang lagi. " Is, dulu Pak Abu punya kawan 

ada anak yang sekolah kat sekolah baru Is ni ", " ye ke " , " ye , Pak Abu nak pesan ni , jangan 

sesekali pergi ke blok lama sekolah tu ", " kenapa ?", " ikut je kata Pak Abu , Is ", " yela, Is pun 

tak berminat sangat nak tahu ", jawab Iskandar selamba sambil melihat pemandangan luar. 

Kelihatan banyak penduduk bandar bergegas ke tempat kerja masing-masing. Mak aih , pakai 

tudung tapi seluar ketat nak mampus. Dah bagus dah kuantiti orang berhijab ni makin bagus 

tapi kualiti ? Bertudung tak semestinya menutup aurat tapi menutup aurat pastinya bertudung. , 

fikir Iskandar. Sementara Pak Abu cuma serius memandang jalan raya. Iskandar mendengar 

lagu Gilalah by Stacy di telefonnya. Em memang banyak orang gila sekarang. Gila dengan 

fesyen seluar ketat, perempuan pulak tu, urmm.

No comments:

Post a Comment