Kicauan burung memecah sepi ,
mengenangkan nasib diri ,
teganya kau buat ku begini ,
apa silap ku pun tak pasti .
Dinginya kau pada diriku ,
bak salji yang sejuk membeku ,
kau beri harapan palsu ,
kenapa harus aku ,
yang menjadi mangsa kasih dirimu .
Sampainya hatimu ,
melukakan hatiku ,
Perit rasa hatiku ,
bila kau pergi dari ku .
Banyak telah ku korbankan ,
semuanya hanya untukmu ,
beginilah caranya ,
kau membalas cintaku
written by Izz Ra'is
SPM
80+ days to go , wish the best for me
Tuesday, 17 February 2015
LOST - BAB 29
“ Sekarang tinggal kita bertujuh, kita mesti cari jalan
untuk selamatkan diri “, ujar Iskandar. “ Tapi macam mana ? Satu manusia pun
kita tak jumpa lagi “, keluh Izaq. “ Habis kita ni apa ? Beruk ? “, kata Marsha
selamba. “ Aku tak , kau ya “, jawab Izaq tersengih. Aduhh! , tak pasal-pasal
Masha membaling kasutnya ke muka Izaq. “ Punyalah macho aku ni beruk dikatanya
! “, “ Eh dah dah , tengah runsing pasal masalah ni main-main pulak korang “,
Iskandar menahan Izaq yang baru saja hendak membaling kasutnya pula ke arah
Marsha. “ Haha kena marah boyfriend ! “, Marhsa mentertawakan Izaq. “ Hoi
boyfiend taik kau ! Dah – dah aku tengah runsing ni “, Iskandar terduduk penat
melayan kerenah kawan-kawannya. “ Hei , sorry k , baik . Kita fikir sama-sama k
? Sorry tau Izz “, Izaq memegang lengan Iskandar. “ Takpalah, kita dah berdoa ,
dah berusaha. Sekarang kita bertawakal pada Allah, inshaAllah akan ada jalan
untuk kita keluar daripada sini “, kata Aisya selepas lama mendiamkan diri.
Mereka mengangguk dan mengiyakan kata-kata Aisya.
Sedang Fitri duduk , dia terpandang sesuatu di sebalik pokok.
Apa tu ? Desus hati Fitri lalu terus mengambilnya. “ Eh Fitri , nak ke mana tu
?”, tanya Iskandar apabila melihat adik lelakinya itu mendekati sepohon pokok
yang agak besar. “ Abang , tengok ni ! “, Fitri menunjukkan kertas yang
dijumpanya kepada Iskandar. “ Wait wait, semua ! Ni peta lah ! “ jerit
Iskandar. Yang lain terus menghampirinya. “ Apa ? Peta mana mana ? “, tanya
Marsha. “ Eh dia ni kalau ye pun sabarlah , orang lain pun nak jugak ! “, kata
Izaq. “ Diam ah kau ! “ Marsha menolak bahu Izaq. “ Tengok peta ni , dah lama “,
Iskandar membelek peta itu. “ Aku rasa ni jalan untuk kita keluar daripada
tempat ni kot, kita mesti cuba “, teka Haziq.
“ Ya tapi sayanglah , peta ni koyak kat ujung “, ujar Haslinda lemah. “
Takpa kak , yang penting ni adalah clue untuk kita. Mungkin kita jumpa bahagian
yang koyak tu kat tempat lain “, kata Iskandar bersemangat. “ Alhamdulillah, ni
lah peluang untuk kita “, ujar Aisya. “ Kalau tengok daripada peta ni , kita
kat …..sini ! “, Iskandar tunjuk ke arah satu tempat yang dilukis berupa kabus.
“ Baiklah , korang dah sedia ?”, tanya Iskandar. “ Dah ! “, sahut mereka semua.
“ Lets go ! “, Mereka kembali bersemangat, Sekurang-kurangnya harapan untuk
keluar daripada tempat misteri telah cerah.
Monday, 16 February 2015
LOST - BAB 28
Seorang lelaki berjubah hitam memegang sebilah pedang dan mengejarnya dari belakang. Izzue berlari sepenuh hatinya. Rebah bangun rebah bangun akibat tersadung akar tidak menjadi penghalangnya untuk terus menyelamatkan diri. Kabus tebal sedikit menganggu penglihatan dan pergerakannya. Lelaki berjubah hitam itu terus mengejarnya dengan tangkas. Akhirnya Izzue tewas , dia terjatuh lalu lelaki berjubah hitam itu mencengkam lehernya dan menghayunkan pedang. " Arghh! " , Izzue terjaga daripada tidur. Tubuhnya berpeluh. Izzue melihat kawasan sekeliling. Alhamdulillah, Izzue bersyukur kerana kawannya masih sekitar sini. Baru saja hendak melelapkan mata tiba-tiba Izzue terdengar bunyi derap kaki orang berjalan. Dia memberanikan diri untuk mendekati si pemilik bunyi tersebut. ' Izzue.. ' tegur lelaki misteri tersebut. " Siapa ?! ", Izzue hairan namun terus mendekati dia . Lelaki misteri itu memunculkan dirinya di hadapan Izzue. " Kau ? Maksudnya semua ni kerja kau ?? ", Izzue terkejut dan terus menumbuk lelaki tersebut. Namun lelaki misteri itu bertindak pantas, tumbukan Izzue ditahan dan menghunuskan pisau di perut Izzue. Darahnya menyeruak. Mata Izzue terbuntang luas dan mulutnya ternganga. Tikaman pisau itu terlalu dalam , Izzue rebah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Lelaki misteri itu mengambil gelang di tangan Izzue lalu beredar dari situ, " Bodoh ! ", katanya lalu menghilangkan diri dalam semak.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
“ Ariel ! “, “ Ariel , mana kau ?! “, Mereka menjerit
memanggil nama Ariel namun tak bersaut. “ Dah lama kita cari ni tapi tak jumpa
jugak “, keluh Shila. “ Jangan putus asa , mungkin Ariel ada di mana-mana “,
ujar Cik Vanida. Mereka terduduk kepenatan. “ Adoi mana la pergi budak hot ni .
Hee “, kata Dzharif sambil membaling batu-batu kecil pada pokok. “ Eh abang Din , duduklah dulu, nanti kita
cari Ariel lagi “, ujar Diyana. “ Saya nak kencing dulu “ , Din terus terus
berlalu dan pergi ke arah mata air yang berada tak jauh daripada mereka. “ Wei
, kenapa korang percayakan dia ek ? Kan dia perompak yang nk merampas kapal
terbang “, kata Dzharif. “ Aku pun mula-mula syak wasangka sikit , tapi entah
la lepas Ariel selamatkan dia , aku tengok macam dah baik je “, ujar Shila. “
Korang tak rasa ni semua agenda diorang ke ? “, celah Diyana. Dzharif dan Shila
mula berpandangan antara satu sama lain , mereka sudah mula termakan dengan
kata-kata Diyana. “ Ish kamu semua ni , tak baik berprasangka buruk. Kamu harus
beri dia peluang kedua untuk berubah. Bukannya tuduh sebarang “, tegur Cik
Vanida. Namun mereka tidak sedar perbualan mereka didengari oleh Din. “ Takpa,
aku memang layak terima kutukan . ‘ Bukan salah mereka untuk salahkan aku.
Biarlah aku berbakti kepada mereka walau apa pun berlaku ‘ bisik Din . Air
matanya mengalir tanpa disedari. Bukan menangis kerana kutukan tetapi menangis
mengenangkan dosa yang telah dibuatnya.
Sedang mereka berehat , tiba-tiba terdengar bunyi serunai.
Melodi yang mengerikan. ‘ Oh tidak.., bunyi itu lagi . Cepat lari ! “, jerit
Shila lalu mereka semua berlari dalam keadaan terpinga-pinga. Cuma Din dan
Shila yang tahu ‘maksud’ bunyi serunai itu. Tiba-tiba muncul beberapa makhluk
berwajah seperti anjing dan berbadan manusia, bergerak bagaikan zombie
menghampiri mereka. “ Kamu semua pergi dari sini ! Biar aku uruskan mereka ! “,
tempik Din. “ Tapi….”, Shila hendak membantah namun ditangkas oleh Din “, “
Pergi ! Biar aku berbakti ! “, Din mengeluarkan dua pucuk pistolnya yang berada
di pinggang lalu menembak makhluk-makhluk tersebut. Dzharif , Shila , Cik
Vanida dan Diyana terus berlari menyelamatkan diri. ‘ Semoga kau selamat abang
Din “, bisik Shila sampai anak matanya tumpah. Din terus menembak
makhluk-makhluk tersebut. Namun tak berhasil kerana mereka semakin banyak.
Peluru nya sudah hampir habis. Din dikeremuni oleh sekumpulan makhluk tersebut.
Din berusaha menyelamatkan dirinya dengan menumbuk dan menendang sekuat
hatinya. Bilangan makhluk tersebut semakin banyak. Kudrat Din semakin lemah.
Akhirnya seekor makhluk tersebut berjaya menggigit leher Din dan mengoyakkannya
menggunakan gigi yang sangat tajam. Din akhirnya meninggal dunia dan menjadi
hidangan kepada makhluk-makhluk tersebut.
Sunday, 15 February 2015
LOST - BAB 27
Sudah seharian Megat , Asyraf dan Syahmina menjadi seperti pelarian. Hari ini mereka terpaksa melarikan diri dan bersembunyi daripada sekumpulan Centaur , separuh kuda dan separuh manusia yang menyerang mereka . " Tempat apa ni sebenarnya ? Makhluk camtu sepatutnya tak wujud ! ", tempik Megat. " Kita di dunia yang lain ", ujar Syahmina. " What ?? ", tanya Asyraf kehairanan. " Apa kau merepek ni ?! ", tanya Megat lagi. " Kita di dimensi yang lain ! Terperangkap di relung masa ! ", kata Syahmina sambil matanya tajam menerkam ke arah Megat dan Asyraf. " Lambat laun kita akan mati kat sini ", kata Syahmina. " Merepek ! Aku tak kan tewas dengan tempat ni ! ", jerit Megat angkuh. Jangan caya dengan perempuan gila ni ! Sejak kau ada , macam-macam yang jadi ! Sial ! ", tempik Megat lagi. Kewarasan akalnya terjejas dek terpengaruh dengan amarah yang dihasut syaitan laknatullah. " Aku tak gila ! ", jerit Syahmina lalu mencekik leher Megat. Kudratnya luar biasa, mengalahkan tenaga lelaki hingga Megat tak dapat melawan. Genggamannya semakin kuat. " Wei , Syahmina lepaskan Megat ! ", Asyraf cuba untuk menahan Syahmina namun tak mampu. " Urmmm! ", Megat semakin tak bermaya . Cengkaman Syahmina semakin kuat dan akhirnya Megat terkulai tidak bermaya lalu rebah. " Megat ! ", Asyraf menghampiri Megat dan memeriksa nadinya. " Megat dah tiada ", Asyraf bersuara lemah. " Aku...aku dah bunuh orang ! ", Syahmina seperti orang gila. Dia meracau-racau dan menarik-narik rambutnya lalu rebah . " Syahmina ! ", jerit Asyraf.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
" Tolong ! " . " Eh , suara siapa tu ? ", tanya Ifa. Izzul , Zafri dan Ifa pun mencari-cari arah suara tersebut. Kemudian mereka ternampak seorang gadis berkulit sawo matang dikeremuni oleh tiga lelaki . " Oi ! ", jerit Izzul lalu berlari dan menendang salah seorang daripada mereka. Zafri melakukan perkara yang sama. Tiga lelaki itu terus menyerang pasangan adik beradik itu. Ifa terus membantu gadis berkulit sawo matang itu. Izzul dan Zafri pula terus melawan ketiga-tiga lelaki tersebut. Salah seorang daripada mereka berjaya menendang dada Zafri hingga jatuh ke tanah . " Arghh! ", Zafri mengerang kesakitan. Tendangan lelaki itu sangat kuat. " Zafri ! ", Izzul terus menumbuk lelaki itu dan dua lagi lelaki yang menyerangnya dari belakang disepak dengan pantas sekali. Tidak sia-sia lah mereka berdua mengikuti kelas mempertahankan diri sejak kecil. Sungguh , Izzul membuktikan bahwa dia memang layak menerima anugerah multial art dulu. Ketiga-tiga lelaki itu bangun dan terus melarikan diri dalam keadaan terhuyung hayang. " Adik okay ? ", tanya Izzul lalu mencapai tangan Zafri membantu adiknya bangun. " Okay , rasa macam kena sepak zirafah je , heheh ", gurau Zafri. " Ceh main-main pulak dia , abang sepak kang baru tau ",
" Terima kasih sebab selamatkan saya " , ujar gadis tersebut. Zafri terpana melihat gadis tersebut. Fulamak, cantiknya , bisik Zafri. Gadis itu merenungnya. Mata mereka bertaut buat seketika terus tersenyum. " Nama kamu ni siapa ? Tinggal kat mana ? Ada perkampungan ke kat sini ? ", tanya Izzul bertubi-tubi. " Adoi bang ni , kalau ye pun satu-satu lah ", tegur Zafri. Izzul tersengih, bukan apa, dia teruja apabila melihat ada manusia lain dekat hutan tersebut. " Nama saya Mawar , kampung saya tidaklah jauh dari sini. Mari Mawar tunjukkan " Zafri , Izzul dan Ifa pun mengikut Mawar ke perkampungan yang dikatanya.Semasa dalam perjalanan , Zafri kerap mencuri pandang wajah Mawar. Begitu juga dengan Mawar. Izzul menyedarinya dan tersenyum. " Dah besar adik aku ni. haha ", bisik Izzul.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Faizal membuka kelopak mata. Dia kini terbaring di atas katil kayu yang kecil. Dia melihat sekeliling. Dinding kayu ? Faizal kebingungan seketika. Aku kat mana ni . Fikir Faizal lagi. Otaknya gagal mengingat apa yang berlaku sebentar tadi. Mimpi ke sebelum ni ? Tapi ni bukan rumah aku . " Arghh! ", Faizal ingin bergerak namun badannya terasa sakit-sakit. Tiba-tiba pintu bilik terbuka dan muncul seorang gadis yang hanya berkemban. " Siapa kau ? ", Faizal terkejut. " Kamu dah sedar . Baguslah, biar saya panggilkan bapa ", kata gadis itu. " Tunggu ! ", tanya Faizal. Gadis itu mendekati Faizal. " Ya ? ", " Saya kat mana ni ? Awak siapa ? Mana kawan saya yang lain ? ", tanya Faizal. Sebagai lelaki yang normal, Faizal berasa tidak selesa apabila gadis yang hanya berkemban itu mendekatinya. Lagi-lagi dia kini hanya mengenakan seluar yang diperbuat daripada kain, seperti orang dulu-dulu. " Nama saya Dewi , kamu sekarang dekat Kampung Melai. Kumpulan pemburu terjumpa kamu dan seorang gadis serta seorang budak terjatuh di gaung. Mujurlah gaung itu tidak tinggi. ", kata Dewi. " Kenapa saya kat sini pulak ? ", tanya Faizal. " Kamu dihantar kepada penghulu. Penghulu tu bapa Dewi. ", ujar Dewi. " Err.. siapa yang tukarkan pakaian saya ? Mana pakaian saya yang betul ?" " Dekat luar, sedang dijemur . Tentulah bapa yang tukar , tak kan Dewi. Lainlah kalau kamu yang mahu ", Dewi berkata sambil tersenyum . Faizal tergamam mendengar kata jujur daripada Dewi. " Kamu masih sakit bukan ? Biar Dewi urut. Dewi pandai, ibu Dewi yang ajar " Faizal berasa tidak senang namun dalam keadaan yang sakit dan sukar untuk bergerak , dia terpaksa membiarkan.

Saturday, 14 February 2015
Frozen let it go multilanguage ( 42 version )
De sneeuw glanst zacht in het maanlicht vannacht ,
Nici-o urma nu-i pe ea ,
Geu-noogoodo um-neun wang-goog nega igod yuwang-iya ,
in veter vpije ko vrtinee v menitli ,
durduramadim oysa denedim .,
No dejes que sepan de ti ,
Ty horosha i bude tak zavzhdy ,
feldu beldu seg peim ei fra ,
woi mong zi ngo ,
*vol volar , el deixo nar,
vioc to v sebe neskryvam ,
*fang kai shou , fang kai shou ,
ovi vanha taaksee jaa ,
man vis vien , ka galvoja jie ,
sniega vetra nak ,
lite sno har val aldrig stortmig .,
A ja begu vse vyse ,
vai tudo sauvizar ,
og mit liv i frygtens i genker
je loutka be zmocna.,
sing mai yang ror hai long hai ru ,
leghen hat minden jeg es ho ,
an vgo afti ti filaki ,
lepaskanlah.,
*ari no mama de
na krilla vetta sam ,
*la den ga , la den ga ,
no me veran llorar ,
zhege jia rang wa liu xia ,
en de storm raast door .,
il mio potere si diffonde intorno a me ,
i lako poalize se snjezni dvorac na moj znak ,
membentuk permata menjadi mahkota .,
Ana hatman lan a'aood ,
na minaloto plen ,
*hay buoc di , mot minh ta ,
desormais plus rien ne m'arrecte ,
*ich bin frei , enlich frei ,
juz nie ma temtej mnie ,
siin ma nuud paevavalguses,
tempestade vem ,
the cold never bothered me anyway

LOST - BAB 26
Mereka tiba di satu kawasan yang dipenuhi dengan kabus. “
Berkabusnya tempat ni , tak nampaklah “, ujar Haslinda. “ Kenapa tiba-tiba
berkabus ni “, tanya Fitri hairan. Mereka meneruskan perjalanan dan tiba-tiba
suasana sekitar berubah. Tiada lagi hutan belukar tetapi kali ini satu taman
atau padang yang sangat luas dan indah. Tumbuhannya berwarna-warni. Binatang
ganjil yang comel-comel berkeliaran di sana sini. “ Wah, cantiknya tempat ni ! “,
ujar Marsha dan Fitri. Mereka berlari-lari anak macam budak-budak kecik .
Pemandangan indah dan udara yang nyaman membuat mereka terpesona dengan kawasan
tersebut. “ Pelik , kenapa tetiba ada tempat macam ni pulak ? “, Iskandar
keliru dan melilau ke sana sini. “ Alaa tak kisah lah ! Jom Izz ! “, Izaq
menarik tangan Iskandar dan mengajaknya melihat binatang-binatang yang comel di
kawasan tersebut. Fitri dan Marhsa yang nampak terlalu teruja, siap
baring-baring atas rumput. Ya lah, rasanya dah lama mereka tak menikmati
suasana macam ni sejak tersesat. “ Kan bagus kalau kita jumpa tempat ni dari
awal “, ujar Milla. Aisya , Milla dan Haslinda pula sedang menikmati
buah-buahan yang terdapat di satu kawasan. Macam-macam buah ada. Seolah-olah
memang sudah disajikan kepada mereka. “ Ah ada ku kisah siapa punya buah ni,
sedap gila ! “, Marsha makan dengan gelojoh. Dah lama tak makan banyak, inilah
masanya, heheh, detik Marsha.
Iskandar yang ingin menghampiri mereka terhenti apabila
melihat Haziq tidak bergerak daripada tempat asalnya. Aik, berdiri je dia ni,
dahlah tinggi, sebijik macam traffic light aku tengok. “ Hei ziq, kenapa ni ?”,
tanya Iskandar. “ Entahlah, kau tak rasa something ke ? Macam mana boleh ada tempat macam ni kat sini
?”, ujar Haziq. “ Aku rasa camtu jugak. Tak sedap hati. Tapi takpalah, aku rasa
nil ah masanya kita rehat kot “, kata Iskandar. “ Aku nak gi situ lah, lapar
bro perut “, Haziq terus menghampiri Aisya, Marsha dan Haslinda untuk menikmati
buah-buahan. Em aku pun lapar jugak ni , bisik Iskandar. Sebelum ini mereka cuma
makan ikan dan buah pisang, kalau minum, air hujan dan sungai. Iskandar
tersenyum melihat rakan-rakannya.
Ketika Iskandar hendak mendekati mereka, dia tercium debunga
lalu bersin. “ Achew! “, Iskandar tergamam selepas sahaja dia bersin. Kawasan
indah yang mereka lihat sebentar tadi bertukar menjadi tempat yang kotor dan
jijik. Tumbuhan berwarna hitam, ulat dan serangga di sana sini. Iskandar
terperanjat melihat Fitri, Milla dan Izaq sedang berbaring di atas tempat yang
penuh dengan lender-lendir hijau yang melekit. Haslinda , Marsha, Haziq dan
Aisya pula sedang asyik menjamah ulat dan serangga yang disangkanya buah. “ Apa
yang berlaku ni ?? Khalayan ??”, Iskandar panic. “ Hoi!! Ni semua khayalan ! “,
jerit Iskandar namun tiada hasil. Mereka sudah tertipu dengan khayalan mereka
sendiri.
Aku kena cari akal untuk sedarkan mereka ! Bisik Iskandar.
Fikir Izz fakir.. Dahi Iskandar berkerut memikirkan apa yang patut dilakukanya.
“ Debunga tadi ! “, Iskandar terus mencabut beberapa kuntum bunga yang
dijumpainya. Juga tidak seindah tadi namun masih mengeluarkan debunga. Iskandar
pun dengan segera menghampiri rakan-rakannya dan mengipaskan bunga tersebut di
muka mereka. Debunga yang sangat kuat itu menyebabkan mereka semua bersin dan
terjaga. “ ha ? Tempat apa ni ?! “, jerit Marsha. “Cepat lari ! Tadi hanya
khayalan kita ! “, “ Lari menuju ke kabus tadi ! “, tempik Iskandar. Sedang
mereka hendak melarikan diri, beberapa makhluk berupa ghoul memunculkan diri
dan mengejar mereka. “ Cepat lari ! “, jerit Haziq. Ghoul itu semakin banyak
mengejar mereka. Entah apalah nasibnya, kaki Milla tersadung akar-akar pokok
lalu rebah ke tanah. “ Milla ! “, jerit Aisya lalu patah balik untuk selamatkan
Milla. “ Cepat ! “, jerit Aisya. “ Tak boleh, kaki aku tersepit ! “, ujar Milla
ketakutan. “ Milla ! “, Iskandar pusing dan terus membuka golongan akar di kaki
Milla. Akhirnya juntaian akar berjaya dirungkaikan. Ghoul itu semakin
menghampiri mereka. “ Cepat sikit lagi nak sampai ke kabus ! “, ujar Iskandar.
Baru sahaja mereka bertiga sampai ke kabus tersebut, seekor ghoul telah berjaya
menarik Milla tanpa sempat Iskandar dan Aisya menyambut tangannya. “ Tidak!!!!”,
jerit Aisya.. “ Arghh!!”, kedengaran jeritan Milla di sebalik kabus namun
mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana kabus itu semakin mengecil. “
Milla!!!! “, Aisya menangis dan terus dipeluk oleh Haslinda. “ Kau sentiasa
dalam ingatan Milla “, bisik Aisya.
Kisah Kasih
Di petang yang suram,
ku terkenangkan kisah kasih kita,
kasih yang abadi
Awan hitam berarak menutupi langit yang biru,
dedaunan bagaikan melambai kesayuan,
alam seolah turut bersedih dengan kisah kasih kita
Kau datang tanpa dijangka,
menambah sinar dalam hatiku yang lara,
Dulu aku sendiri,
kini engkau sentiasa menemani di sisi
Titis hujan jatuh ke bumi,
mencipta alunan muzik yang tersendiri,
kenangan kita tak akan ku lupai,
menjadi kisah kasih yang suci
Masa kian berlalu laju,
aku kini harus pergi,
sayang jangan kau bersedih
ini sudah suratan takdir
percayalah suatu hari nanti kita akan bertemu jua
mencipta semula kisah kasih kita
written by : Izz Ra'is

LOST - BAB 25
Mereka tercungap-cungap selepas berlari menyelamatkan diri daripada kelawar-kelawar ganjil. Kelawar yang mempunyai tanduk di kepala dan saiz sebesar anjing. Mujur mereka sempat melarikan diri sebelum
kelawar-kelawar itu balik ke sarang mereka selepas bunyi serunai kedengaran. “
Kenapa banyak sangat binatang pelik tempat ni ? “, keluh Ifa. “ Pelik hutan ni
. Even pasukan penyelamat pun belum selamatkan kita “, ujar Izzul. Mereka
terduduk keletihan. “ Sampai bila kita nak macam ni ? Kita mesti cari pantai.
Lebih senang untuk kita keluar daripada tempat ni “, kata Izzul. Izzul
merupakan ketua dalam kumpulan mereka. Sikap Izzul yang matang menyenangkan
mereka.
“ Abang , tunggu ! Fai,
Ina dan Siti takda !”, jerit Zafri apabila tersedar mereka telah tiada bersama
mereka. “ What ?? But how??! “, Izzul hairan. “ Maybe kita dah terpisah masa
lari tadi”, ujar Ifa. “ Damn ! “, Izzul menumbuk pokok dengan sekuat hatinya
hingga berdarah tangannya. Sebagai ketua, dia berasa bertanggungjawab dan
bersalah sekiranya apa-apa terjadi kepada mereka. “ Sabar bang, insha Allah
they will fine”, Zafri menepuk bahu abangnya.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . .
“ Dah 5 hari ni tuan, satu helicopter pun belum
datang “, keluh Izzue. Tangan gempalnya menguis-nguis tanah. “ Bukan kata helicopter,
satu manusia lain pun kita tak jumpa “, tambah Aman. “ Sabarlah, tengok tu ,
bekas tapak kaki anjing, mungkin anjing pemburu penduduk kampung “, ujar
Rosyam. Lama-lama ni Rosyam sudah mula membuka mulut, tidak lagi diam seperti
sebelum ni. “ Kita harus cepat, takut nanti ada benda-benda pelik yang muncul
lagi”, ujar Kapten Rahman. Sebelum ni mereka baru sahaja dikejar sekumpulan serigala
tetapi mempunyai bulu muka seperti singa jantan.
Ketika mereka hendak bergerak, Izzue terpandang satu gelang
yang sedikit berkarat di bawah satu pokok besar. Gelang apa ni ? desis Izzue.
Cantiknya. “ Wei Izzue cepatlah ! Nanti kau tertinggal pulak ! “, tempik Kapten
Rahman. “ Okay tunggu aku oi ! “, Izzue pun berlari-lari anak mengejar mereka.
Perutnya bergoyang-goyang masa berlari. Macam anak gajah pun ada aku tengok dia
ni. Hahaha, ketawa Aman.
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
“ Wei., macam mana kita nak keluar ni ?”, tanya
Dzharif yang pastinya tiada jawapan untuk menjawab soalannya. “ Aku dah putus
asa . Macam mana kalau kita mati kat sini ?”, keluh Diyana hingga menangis. “
Sabar, kita pasti akan selamat. Percayalah “, Cik Vanida memeluk Diyana, cuba
memberinya semangat. Mengikut fakta, menyentuh atau memeluk dapat menurunkan
kadar keresahan seseorang, Tapi mesti muhrim ! Ariel melihat-lihat suasana dan
pemandangan sekeliling. Otaknya ligat berfikir macam mana mereka nak keluar
daripada tempat ni. Apa yang buat tempat ni ganijl sangat ek ? Macam ada
something yang tak kena. Fikir Ariel.
Dia kemudian berjalan-jalan jauh daripada kawasan mereka
berehat. Okay, mula-mula binatang pelik-pelik serang, then jatuh dalam tempat
apa ntah ni. Yang lagi pelik macam mana hutan macam ni ada banyak sangat pokok buah.
Aku pasti tempat ni ada simpan rahsia yang terselindung. Ariel meneruskan
jalannya tanpa menyedari dia sudah semakin jauh. Namun Ariel berasa hampa
kerana tak menjumpai sebarang jawapan. “ Hmm baik aku balik. Buang masa je “,
keluh Ariel. “ Wait, mana jalan balik ni ? Alamak !”, Ariel mula resah. Dia
menyedari tindakannya bodoh kerna tak mengikat sesuatu pada pokok untuk
dijadikan tanda. “ Ariel….. “, tiba-tiba Ariel terdengar satu suara
memanggilnya. “ Ariel…! “, Suara misteri itu semakin kuat. Tanpa berfikir
panjang Ariel bergerak kea rah suiara tersebut. Suara itu semakin kuat dan
jelas kedengaran apabila Ariel semakin dekat. “ Ariel., kau tiba jua akhirnya…”,
ucap satu suara. “ Kau….? Takkanlah…”
Subscribe to:
Posts (Atom)