SPM

80+ days to go , wish the best for me

Friday, 7 August 2015

Bestfriend ?

Bestfriend ? Apa yang korang faham dengan word ' bestfriend ' ? . Bagi aku, bestfriend ialah seorang yg always setia dekat kita walau apa pun yang jadi. Bila kita jatuh, dia lah yang bangunkan kita. Lepas dia ketawa ! Bestfriend ? Dulu aku ada. Aku pernah ada bestfriend. Dulu. Tapi semuanya berubah. Aku tak tau siapa yang berubah. Aku atau dia ? Jujur aku katakan, aku rindu dia. Aku rindu macam mana kami ketawa sama-sama, aku rindu macam mana kami marah, sedih , gembira sama-sama. Aku rindu. Buat dia, aku rindu kau sangat-sangat. Mungkin sekarang kau dah tak perlukan aku. Mungkin sekarang kau dah ada teman baru. Tak apalah, aku bahagia asalkan kau bahagia. Lagipun aku masih ada dua sahabat baik yang terlalu baik untuk aku. Aku cuma rindu. Aku tau kau benci aku. Aku tau aku banyak salah kat kau. Aku selalu marah-marah dekat kau. Aku marah-marah sebab aku nak kau yang dulu. Kau dah berubah. Sebab kau, aku berubah. Again takpa, aku rasa lebih tenang sekarang. Aku masih ada tulang belakang yang setia bersamaku. Mereka berdua setia dengan aku. Betollah fakta yang aku pernah baca , 90% mereka yang mengaku bestfriend tidak lagi berkawan seperti sebelum. Apa-apa pun, aku nak cakap yang aku sayang kau sangat-sangat. Aku rindu.

Thursday, 6 August 2015

Luahan hati remaja

Mungkin kehidupan remaja aku tak sama macam orang lain. sedang kawan-kawan aku bermain di luar, berseronok bersama-sama rakan di pusat membeli-belah atau bermain bola di padang, aku di rumah bersama keluarga aku. Ya, aku bersyukur kepada Allah swt yang mengurniakan aku keluarga yang amat bahagia. Bapa yang bertanggungjawab dan prihatin. Ibu yang penyayang dan pandai memasak. Aku bersyukur. Kadang-kadang, aku cemburu dengan abang aku, dia menggunakan waktu remajanya dengan sangat berguna. Sedang aku , ajak kawan ke rumah pun aku jarang, apa lagi bersama dengan mereka di luar. Namun, aku masih ada dua orang sahabat baik ku di sekolah. Dengan izin Allah, mereka telah memberi sinar buat aku, aku rasa bahagia. Mungkin kami tak semegah mereka yang lain. Tapi aku percaya, merekalah yang terbaik buat aku. Apa gunanya mempunyai team yang sangat ramai ketika gembira tetapi ketika sedih, tiada satu pun yang sudi mendengar . Di sekolah, aku rasa bahagia terutamanya apabila bersama junior selain dua orang sahabat baik aku. Mereka tak sama macam batch aku. Bila dengan mereka, aku rasa dihormati . Aku rasa disayangi. Aku rasa bahagia. Aku rasa berguna. Aku sering dituduh sebagai gay dengan terlalu rapat dengan mereka. Biarlah apa orang nak kata, apa yang aku tahu, aku ikhlas . Aku seorang anak bongsu. Jujur aku katakan kehadiran mereka buat aku rasa sangat bertuah. Tapi semuanya tak lama, tahun ni tahun terakhir aku di sekolah aku, In Sha Allah, kenapa ? Sebab aku nak sangat ke U, aku nak dapat straight A, aku nak dapat biasiswa, aku nak buat parents aku gembira. Aku sedih melihat ibu bapa aku mengeluarkan wang yang sangat banyak untuk membiayai kelas tusyen aku. Semuanya sebab apa? Sebab ingin aku berjaya. Mak, Babah, satu hari nanti, percayalah , Aman akan balas balik. Aman akan bayar balik. Bila Aman dah berjaya nanti, dah murah rezeki, Aman nak beli banglo, nanti mak dengan babah tinggal sama Aman okay? Dengan keluarga Aman. Mungkin Aman bukan anak yang baik, Aman selalu menengking mak, menengking babah, ampunkan Aman ya mak, babah. Aman nak berjaya, Aman nak jadi anak yang baik. Aman nak mak dengan babah gembira tengok kejayaan Aman . Doakan Aman ya mak, babah.

Friday, 24 July 2015

BLOK - BAB 6

Iskandar berjalan perlahan ke kelas barunya, di sebelah Farid ada satu meja kosong dan dia tahu situlah tempat duduknya. Haikal menjeling Yazid dan membisikkan sesuatu. Pap ! Iskandar terjatuh tertiarap di tengah kelas. Semua pelajar mentertawakannya lebih-lebih lagi Yazid dan kuncu-kuncunya, Farid pantas membantu Iskandar berdiri dan membawanya ke meja. " Kau okay tak bro ? ", " Aku okay je ",
" Macam mana malam pertama kau kat asrama ? Okay tak ? ", " Okay je, kenapa ? ", " Taklah, selalunya budak baru ni kena ganggu oleh...", Farid tak menghabiskan ayatnya. " Oleh ? ", " Oleh benda tu, you know what i mean right ? ", " Hantu ?", " Ya, ", " Kenapa ? ", " Dulu time first night aku kat asrama, aku kena kacau ",


Disebabkan Farid belum terbiasa dengan keadaan asrama, dia berasa sukar untuk melelapkan mata. Farid pun mengambil baldi dan bajunya dan pergi ke bilik mandi. " Oi Farid, malam malam ni buat apa pergi bilik mandi ? Kau projek ek ? Haha ", ujar Sazlan . Mereka yang lain cuma ketawa. " Aku cuci baju, bukannya main sabun ", " Eh, aku tak cakap pun main sabun. Kau fikir apa ni? Haha ", gelak Sazlan. " Haha dahlah aku nak cepat ni, macam macam la korang ni ", Farid pun beredar ke bilik mandi. Farid terpaksa cuci bajunya di bilik mandi kerana bilik mencuci masih proses membaik pulih. Slyhh... Farid membiarkan air paip mengalir keluar. Fuhh.., bau jugak baju aku ni. Kan best kalau sekolah ni ada washing machine , tak perlu aku susah-susah basuh baju ni. Slyhhh . Eh , ada orang jugak . " Kau cuci baju jugak ke ? ", tegur Farid kepada orang sebelah. " Yela, bau sangat aku cium, tak suka ", " Oh haha , aku tak dapat tidur, sebab tu cuci baju ni ", Mereka terdiam sekejap. " Kau bilik mana ek ? Aku bilik 25, budak baru ", kata Farid. " Aku ? Bilik 10 ". "Oh, ", Farid menyambung kerjanya namun terhenti sekejap, ' Wait, bukan bilik 10 tu..takda penghuni ke ? ", Farid cepat menutup air dan memberhentikan kerjanya. " Kenapa ? Dah habis ke ? Tanya orang sebelah ", " Ya, nak balik bilik dululah ", " Dah habis ke..dah tahu..", kata suara tersebut dengan perlahan. Farid menoleh ke atas, dilihatnya seorang lelaki dengan kepala berdarah-darah mengintainya.


" Lepastu apa jadi ? ", tanya Iskandar. Bulu romanya meremang mendengar cerita Farid, lagi-lagi selepas insiden malam tadi. " Lepastu aku jerit lah, then penghuni lain keluar pergi kat aku. Seminggu aku demam Is ", ujar Farid. Gulp, Iskandar menelan liur.

Friday, 12 June 2015

BLOK - BAB 5


" Abang bangunlah, teman Dan pegi toilet ", Danial menggerak gerak tubuh Iskandar. " Malas la ", " Banggg teman la. ", Danial menggoncang-goncang tubuh Iskandar. " Ye la bangun la ni, pergi toilet pun nak teman ke, macam budak kecik ", rungut Iskandar. " Ala teman la , abang please tak tahan ni ", Danial menarik-narik tangan Iskandar. " Ye la abang bangun la ni ", Iskandar bergerak malas mengekori Danial ke tandas. Patutla Danial takut, gelap gila jalan nak pergi toilet ni, patutla Danial takut. Sekolah ni takda budget ke apa sampai nak beli lampu pun tak boleh ", rungut Iskandar. " Dan cepat tau abang ngantuk ni , kang tak pasal pasal abang tido atas sinki. ", ujar Iskandar dari luar. " Okay ", Danial terus menutup pintu tandas. Iskandar menjeling-jeling blok lama , tampak suram dan seram. Tiba-tiba Iskandar berasa seram sejuk  dan menjeling jam tangan BUM nya, 10 minit dah. " Dan kenapa lambat sangat ni, buat emas ke ", ketuk Iskandar. " Eh bunyi air tak ada , sembelit ke adik aku ni ", gumam Iskandar. " Dan...Danial..Danial Irfan, bukak pintu ni sayang ", Iskandar menolak lembut pintu tandas. " Tak kunci ? ", Iskandar hairan. Hati Iskandar mula rasa lain, berdebar-debar. Iskandar membuka pintu tandas dan pap ! Takda orang !  " Dia dah balik kot  ", teka Iskandar cuba untuk menenangkan diri. Tiba-tiba dia terasa seperti angin lembut menyapu lehernya. " Hmmm", Iskandar terdengar seperti bunyi hembusan nafas seseorang di belakangnya. Tiba-tiba Iskandar berasa bahunya dipegang seseorang dan terus berpaling ke belakang. Agrhhhhhhhhh !!!! Jerit Iskandar . 




" Woi kau pahal??! ", Sazlan menampar tengkuk Iskandar. " Aduhh!! La kau rupanya , terkejut gila aku, Kau buat apa sini ? ", tanya Iskandar mengah. " Toilet, kau rasa ? Aku nak shopping ? ", ejek Sazlan. " Eh ya tak ya , bodohnya soalan aku ", gumam Iskandar. " Takdela , aku tengah ni ", Sazlan menunjukkan sebatang rokok yang dipeganya. " Ohh by the way kau ada nampak Danial tak ", tanya Iskandar. " Kat bilik kot, aku nampak kau je daritadi kat sini ", jawab Sazlan hairan. " Hmm tak pe lah, aku balik dulu ", ujar Iskandar.  " Kau baliklah dulu, aku nak hisap sebatang lagi ", kata Sazlan. " Batang ? Oh rokok okay haha chaw " Iskandar balik ke biliknya dan sekali lagi merenung ke blok lama yang nampak jelas dari koridor biliknya. Seolah-olah ada sesuatu yang menarik perhatiannya kali ini. 

Thursday, 11 June 2015

BLOK - BAB 4


Selepas balik dari prep malam, mereka pergi ke Dewan Makan untuk supper. " laa bun lagi , penat betul aku tengok muka flawless bun ni ", keluh Farid. " Eh kau ni syukurlah sikit, kat Africa nun nak carik sebutir beras pun sakit tau ", ujar Zarul. " Aku syukur , aku cakap je pun, lepasni aku jugak yang makan bun tu ", jawab Farid. " Masuk ni dah berturut-turut bun, tekak aku pun dah penat , tapi bersyukur la kan, at least ada ", ujar Zarul . " Kan syok kalau sekolah kaya, hari-hari makan mewah", omel Rasyid. " Argh lantakla korang, bun ni favaourite aku ", kata Sazlan lalu masuk ke dalam dewan diikuti Farid dan Zarul. " Kami balik dulu ek , terliur pulak nak makan manggie, assalamualaikum ", ujar Haziq lalu pulang ke bilik bersama Aril, Ijai, Aidil dan Rasyid. " Ceh tengok, suka sangat makan makanan tak berkhasiat, patutla tak pandai macam aku, Waalaikumussalam, Is , jom la, first time right ", pelawa Sazlan. " Okay ", jawab Iskandar lalu menarik tangan Danial ke dewan makan/ " Is tadi aku tengok ramai perempuan dok jeling-jeling kau, banyak peminat dia ", kata Farid. " Yup yang hot macam Diana tu pun sama, tengok Is macam apa je tadi ", kata Zarul. " Eh ngarut la ", jawab Iskandar selamba. Danial di sebelahnya menarik muka masam. " Ceh, patula tak layan orang tadi, banyak peminat rupanya ", ujar Danial sambil mukanya menghala ke arah lain. " Ala merajuk pulak adik kau ni hahaha", kata Sazlan. " Eh kau kelas apa ek ?", tanya Zarul. " 5 Cempaka ", " Fuyoo kelas aku tu , sini aku nak habaq mai, kelaas aku tu tip top, sporting semua , kecuali sorang ", Farid tunjuk ke arah seorang lelaki yang membuat bising di meja paling hujung. 



Lagaknya macam ketua , " kenapa dengan dia ?", tanaya Iskandar. " Gengster taik kucing, ada dua anjing, Haikal dengan Karlos lah, menyampah gila aku, nak je aku tenyeh dengan lesung batu kat rumah aku ", ujar Sazlan geram. " Yazid nama dia ", tambah Zarul. " Pang ! " Tiba-tiba suasama menjadi kecoh. " Kau ni buta ke ??! ", tengking Yazid kepada salah seorang pekerja dewan makan yang terlanggarnya menyebabkan air tehnya tumpah ke baju dan lantai. " Maaf nak , makcik tak sengaja ", " dah malas aku, geng balik ! ", ujar Yazid . " Booooooo"  tindakan Yazid mendapat cemuhan daripada pelajar lain namun Yazid memekakkan telinga." Eh jom tolong ! Kesian aku tengok ! ", ujar Sazlan. "Jom ", Iskandar mengikut langkah Sazlan dan menghampiri makcik itu. " Makcik, biar kami tolong ", ujar Sazlan ramah. Iskandar mengambil perlahan kain buruk dari tangan makcik tersebut dan mengelap tumpahan air tadi. " takpe, kami tolong, makcik ada kerja lain kat belakang kan ", ujar Iskandar sopan. " Terima kasih nak ", makcik tersebut tersenyum dan melangkah perlahan ke dapur. Selepas beberapa langkah, makcik tersebut berpaling dan melihat Sazlan dan Iskandar yang sibuk mengelap . Wajahnya tersimpan beribu rahsia.


" Diana, lelaki tadi lah ! ", bisik Amira perlahan . " yang kau excited ni pahal pulak ?", tanya Diana kurang berminat. " Hensemmm la diaa ", Amira tersenyum sendiri. Diana tersenyum dan menjeling Iskandar, mata mereka berpaut. Diana menunduk wajahnya dan tersenyum malu. " Eleh tadi kata tak minat, ni kenapa pulak main-main mata, ", usik Amira. " Hee kau ni diam ah, baik kau makan bun kau tu, mana tau terus flawless macam bun tu ", gurau Diana. " Pang! ", "  Kesiannya makcik tu, jahat betul si Yazid tu, memang patut kau putus dengan dia ", umpat Amira. " Kan ? Kenapa la aku tolol sangat pernah jatuh hati kat beruk tu ", ujar Diana. " Dianaaa ", Amira menarik-narik baju Diana. " Ya Allah kau ni, kenapa pulak, kang tercabut baju aku tak pasal-pasal masuk KHK or sampah remaja kl ", " Budak baru tu tolong makcik tu la, dengan Sazlan ", Amira tersengih-sengih melihat Iskandar dan Sazlan. " Dah kau jangan nak mengada, Farid kau tu mana nak letak ?", " Eh ye tak ye kan haha, takpelah, aku puji je pun, dahlah hensem, baik pulak tu ", kata Amira. Ketika hendak melangkah keluar daripada dewan makan, Diana terlanggar bahu Iskandar dan hampir terjatuh namun sempat ditahan oleh Iskandar. Mata mereka berpaut selama beberapa saat. " Eh sorry maaf ", ucap Iskandar, malu. " Takpe, thanks ", ucap Diana dan terus meluru ke arah Amira yang sedang mencari seliparnya. Iskandar terus mengekori mereka yang lain balik ke bilik. Sekejap kejap dia berpaling dan melihat Diana. Begitu juga dengan Diana. " Ulat bulu dah naik daun nampak ", usik Sazlan. " Abang, sampai hati tinggalkan Danial, tengok perempuan cantik lalulah tinggalkan Danial ", Danial mengekori Iskandar . " Eh maaf, ala abang tak perasan la sorry hehe . Dah jom balik bilik ", Iskandar memimpin tangan Danial pergi dari situ.

BLOK - BAB 3

Wowww besarnya sekolah ni , Iskandar tersenyum sendiri. Dari jauh, dia dapat melihat bangunan yang agak lama dan suram. Oh tu kot blok lama, tak menarik pun, tak ingin tahu. Selesai mendaftarkan diri, Iskandar pergi ke biliknya, bilik 25 untuk mengemas locker. Ketika sampai di bilik, Iskandar disambut oleh seorang lelaki yang agak tinggi. " budak baru ke ?", " ya baru je daftar ", kata Iskandar sedikit mengah, mungkin kerana bilik 25 berada di tingkat paling atas dan paling hujung, ditambah lagi dengan beg-beg yang dibawanya, kenapa la asrama ni takda lif, gumam Iskandar. " Nama aku Sazlan, ketua bilik ni. Sebelum kau masuk bilik ni , aku nak kau bayar dulu, cepat ! ", Iskandar terkejut dan terus meraba-raba poketnya untuk mencari duit. " Hahaha aku gurau je lah, masuklah bro ",  Hish dia ni aku tumbuk jugak kang, huhu sampai ke tangan aku kat muka dia tinggi kot haha. " Guys kita ada roomate baru ", " Hai , Iskandar " , " Aku Farid, yang kurus ni Zarul, yang putih tu Aril, yang rambut tegak-tegak tu Haziq dan yang si berbulu ni Ijai. ", ujar Farid. Si berbulu ? Haha maybe sebab Ijai ketika itu tidak memakai baju dan anda faham sendiri la. " Ha yang tu pulak Aidil dan Rasyid ", Sazlan tunjuk ke arah lelaki berkaca mata dan lelaki bertubuh gempal yang sedang tidur di atas katilnya. Sedang mereka berbual, masuk seorang lelaki yang berkulit cerah dan kecil sedikit berbanding mereka. " Yang ni Danial, budak form 2 , paling junior dalam bilik ni ", ujar Zarul. " Oh assalamualaikum ", Danial mencium tangan Iskandar untuk menunjukkan rasa hormat. " Comelnya ", puji Iskandar. Danial cuma tersengih. 


" Kau dari sekolah mana ?", tanya Sazlan. " SMK Putra ", " Sek Putra ? Wow sekolah budak kaya ", kata Farid. " Eh takdenya , biasa je . Urmm, tadi time aku daftar diorang cakap blok lama tu kawasan larangan. Kenapa ek ?", tanya Iskandar. " Bendullah kau ni , nama pun bangunan lama memanglah tak safe ", kata Zarul. " Yala kenapa tak runtuhkan je ? ", " Sampai masa nanti kau taulah ", ujar Sazlan perlahan. " Dahlah, baik kau kemas barang kau, nak mandi lagi, nak magrib dah ni, kami mandi dulu ek ", ujar Sazlan lalu bertuala pergi ke bilik mandi bersama Zarul dan Farid. Iskandar mengemas pakaian-pakaiannya ke dalam locker. " dah berapa locker ni terbiar, berhabuk nya, nasib elok lagi ", bebel Iskandar, seperti biasa. " Abang , Danial tolong okay ", Danial menggantung baju Iskandar yang sudah dihanger. " Thanks , Danial dah bersiap ? Lepas ni nak pergi surau kan. " Dah, tinggal pakai baju melayu je lagi, takkan la nak pergi surau pakai baju T shirt ni " , kata Danial. " Katial Danial mana ?", " Tu,  Danial menunjuk ke arah satu katil di sebelah tingkap, paling hujung. " Jauhnyerrr", " Alaa tiap malam kami angkat tilam letak kat lantai, baru sejuk ", ujar Danial. " Malam ni Danial teman abang tidur okay? Tak biasa la tidur sendiri, lagi-lagi tempat baru", senyum Iskandar. Danial cuma mengangguk dan tersenyum . " Dahla, baik abang mandi ", Iskandar membuka bajunya dan terselah badannya yang sedikit berotot namun masih slim. " Apa jeling-jeling abang ? Baru buka baju ", Iskandar mengangkat kening ke arah Danial. " Hee perasan , pergi mandi cepat kang lambat ", Danial menolak perlahan badan Iskandar. " yela yela ".


Ala lambat la Rasyid ni , omel Sazlan. Inilah kelebihan asrama, nak pergi mana-mana wajib tunggu kawan, dah jadi amalan. Harian takkan faham semua benda ni. " Sabarlah kau pun tau kan aku bawa berapa ton kalau jalan ", laung Rasyid dari dalam bilik. " Ha tu la aku suruh kawal makan, ajak jogging time petang taknak pulak tu ", ujar Farid. " Well at least aku ada additional protection, huhu ", " jangan nak huhu sangat dah cepat sikit before aku angkat kau ! ", jerit Zarul. Hahaha mereka semua gelak, logik ke cicak angkat badak air ? " Dah dah lets go ", mereka pun bergerak ke surau. Dari jauh Iskandar hanya memandang blok lama dengan penuh misteri. " Abang tengok apa tu ?", tegur Danial." Eh takda apa lah, dah jom ", Iskandar memimpin tangan Danial dan mengekori mereka yang lain yang sudah jauh meninggalkan mereka.

BLOK - BAB 2

" Macam mana rasa dapat tawaran masuk asrama penuh ni Is ? ", tanya Pak Abu. " Happy lah 

Pak Abu , 3 bulan kot tunggu tawaran ni. ", " tak nampak macam excited pun ", " Laa...tak kan 

la Pak Abu nak Is melompat-lompat macam kera kat jalan raya nun , nanti tak pasal-pasal 

kena tangkap masuk dalam zoo ", " Ish payah tu Is, nanti terpaksa Pak Abu beli tiket mahal-

mahal baru dapat jenguk Is. No fiding ( feeding) pulak tu, berhuhu la Pak Abu nanti , tak dapat 

bagi kuih buatan makcik kau ", Iskandar ketawa dengan gurauan Pak Abu. Itulah mereka, 

Iskandar sekeluarga tak pernah menganggap Pak Abu dan isterinya, Mak Jah sebagai orang 

luar, tetapi sebagai sebahagian daripada keluarga mereka. Pak Abu dan isterinya , Mak Jah 

sudah berkhidmat kepada ayah Iskandar sejak dia bujang lagi. " Is, dulu Pak Abu punya kawan 

ada anak yang sekolah kat sekolah baru Is ni ", " ye ke " , " ye , Pak Abu nak pesan ni , jangan 

sesekali pergi ke blok lama sekolah tu ", " kenapa ?", " ikut je kata Pak Abu , Is ", " yela, Is pun 

tak berminat sangat nak tahu ", jawab Iskandar selamba sambil melihat pemandangan luar. 

Kelihatan banyak penduduk bandar bergegas ke tempat kerja masing-masing. Mak aih , pakai 

tudung tapi seluar ketat nak mampus. Dah bagus dah kuantiti orang berhijab ni makin bagus 

tapi kualiti ? Bertudung tak semestinya menutup aurat tapi menutup aurat pastinya bertudung. , 

fikir Iskandar. Sementara Pak Abu cuma serius memandang jalan raya. Iskandar mendengar 

lagu Gilalah by Stacy di telefonnya. Em memang banyak orang gila sekarang. Gila dengan 

fesyen seluar ketat, perempuan pulak tu, urmm.

BLOK - BAB 1


Iskandar menekan-nekan punat dengan rakus. Cis Channel beribu satu pun takda yang best. Dia membuka RTM1, tak abis2 dengan rancangan semasalah , beritalah, lagu patriotik , bosan aku. ye la, sayang sayang jugak dengan negara takpayah kot 24 jam nak lagu patriotik. Dia membuka lagi Tv3 , Qu Puteh Qu Puteh, tak bersyukur ke dengan kulit sedia ada ? Tak paham aku, tau tak kulit sawo matang macam melayu ni kulit tercantik dan tersihat ? Mana2 kau lah , asal kau kaya, jelez jugak aku hmm.  Punat ditekan ke 104 Astro Ria, ala cerita si Emma ni lagi, mula-mula benci, gaduh lepastu happy lepastu konflik lepastu mengandung, hmm typical sangat, orang Malaysia ni takde idea lain ke. 105 Astro Prima, cerita hantu, hmm sama jugak orang demi sorang mati , lepastu ending tiba-tiba misteri, same, typical. bebel Iskandar. 705, Hits Tv menayangkan lagu Baek by Joe Flizzow. Ni lagi satu , lagu entah apa apa lirik ulang-ulang, tengoklah, lagu ni la yang popular nanti menang macam-macam anugerah. Pelik betul aku.Yang menyanyi sambil menari tu ada orang hargai ? Yang menyanyi vokal mantap gila tu ada orang hargai ? Hmm kesiannya.. 



" Iskandar, dah siap ke tak ?", jerit maknya dari dapur. " dah ", jawab Iskandar sepatah. " dah ready semua ? Baldi ? Baju ? Tuala ? Colgate ? ", tanya maknya lagi. " Ye", jawab Iskandar singkat. " Ni la anak zaman sekarang, tanya satu jawab satu, tanya sepuluh jawab sepuluh ", leter mak Iskandar. " La abis mak nak Is jawab macam ne ? Semua barang yang bonda sebutkan tadi telah anakanda siapkan bonda , macam tu ke ", kata Iskandar sambil tersengih , " Ha menjawab cakap mak ", " la tadi kata panjang ", gumam Iskandar. " Dah jangan nak mengarut lagi, Pak Abu dah tunggu tu ", ujar maknya. " Okay , kirim salam kat ayah ye mak ", Iskandar mencium tangan dan pipi ibunya. " Jaga diri elok-elok, jangan lupa solat,belajar. Sebelum tidur jangan lupa cuci baju, jangan menggatal nak cari calon bini dulu ", pesan maknya. " Ya baik, pandailah Iskandar jaga diri nanti , Is pergi dulu ye , assalamualaikum sayang mak ! ", lambai Iskandar. " Waalaikumussalam , Pak Abu hati-hati tau drive ", " Ye Puan , kami pergi dulu ye ", ucap Pak Abu lalu masuk ke dalam Toyota Camry milik majikannya. Puan Mariam melambai Iskandar .

Tuesday, 17 February 2015

Perit

Kicauan burung memecah sepi ,
mengenangkan nasib diri ,
teganya kau buat ku begini ,
apa silap ku pun tak pasti .

Dinginya kau pada diriku ,
bak salji yang sejuk membeku ,
kau beri harapan palsu ,
kenapa harus aku ,
yang menjadi mangsa kasih dirimu .

Sampainya hatimu ,
melukakan hatiku ,
Perit rasa hatiku ,
bila kau pergi dari ku .

Banyak telah ku korbankan ,
semuanya hanya untukmu ,
beginilah caranya ,
kau membalas cintaku

written by Izz Ra'is

LOST - BAB 29

“ Sekarang tinggal kita bertujuh, kita mesti cari jalan untuk selamatkan diri “, ujar Iskandar. “ Tapi macam mana ? Satu manusia pun kita tak jumpa lagi “, keluh Izaq. “ Habis kita ni apa ? Beruk ? “, kata Marsha selamba. “ Aku tak , kau ya “, jawab Izaq tersengih. Aduhh! , tak pasal-pasal Masha membaling kasutnya ke muka Izaq. “ Punyalah macho aku ni beruk dikatanya ! “, “ Eh dah dah , tengah runsing pasal masalah ni main-main pulak korang “, Iskandar menahan Izaq yang baru saja hendak membaling kasutnya pula ke arah Marsha. “ Haha kena marah boyfriend ! “, Marhsa mentertawakan Izaq. “ Hoi boyfiend taik kau ! Dah – dah aku tengah runsing ni “, Iskandar terduduk penat melayan kerenah kawan-kawannya. “ Hei , sorry k , baik . Kita fikir sama-sama k ? Sorry tau Izz “, Izaq memegang lengan Iskandar. “ Takpalah, kita dah berdoa , dah berusaha. Sekarang kita bertawakal pada Allah, inshaAllah akan ada jalan untuk kita keluar daripada sini “, kata Aisya selepas lama mendiamkan diri. Mereka mengangguk dan mengiyakan kata-kata Aisya.


  
Sedang Fitri duduk , dia terpandang sesuatu di sebalik pokok. Apa tu ? Desus hati Fitri lalu terus mengambilnya. “ Eh Fitri , nak ke mana tu ?”, tanya Iskandar apabila melihat adik lelakinya itu mendekati sepohon pokok yang agak besar. “ Abang , tengok ni ! “, Fitri menunjukkan kertas yang dijumpanya kepada Iskandar. “ Wait wait, semua ! Ni peta lah ! “ jerit Iskandar. Yang lain terus menghampirinya. “ Apa ? Peta mana mana ? “, tanya Marsha. “ Eh dia ni kalau ye pun sabarlah , orang lain pun nak jugak ! “, kata Izaq. “ Diam ah kau ! “ Marsha menolak bahu Izaq. “ Tengok peta ni , dah lama “, Iskandar membelek peta itu. “ Aku rasa ni jalan untuk kita keluar daripada tempat ni kot, kita mesti cuba “, teka Haziq.  “ Ya tapi sayanglah , peta ni koyak kat ujung “, ujar Haslinda lemah. “ Takpa kak , yang penting ni adalah clue untuk kita. Mungkin kita jumpa bahagian yang koyak tu kat tempat lain “, kata Iskandar bersemangat. “ Alhamdulillah, ni lah peluang untuk kita “, ujar Aisya. “ Kalau tengok daripada peta ni , kita kat …..sini ! “, Iskandar tunjuk ke arah satu tempat yang dilukis berupa kabus. “ Baiklah , korang dah sedia ?”, tanya Iskandar. “ Dah ! “, sahut mereka semua. “ Lets go ! “, Mereka kembali bersemangat, Sekurang-kurangnya harapan untuk keluar daripada tempat misteri telah cerah. 

Monday, 16 February 2015

LOST - BAB 28

Seorang lelaki berjubah hitam memegang sebilah pedang dan mengejarnya dari belakang. Izzue berlari sepenuh hatinya. Rebah bangun rebah bangun akibat tersadung akar tidak menjadi penghalangnya untuk terus menyelamatkan diri. Kabus tebal sedikit menganggu penglihatan dan pergerakannya. Lelaki berjubah hitam itu terus mengejarnya dengan tangkas. Akhirnya Izzue tewas , dia terjatuh lalu lelaki berjubah hitam itu mencengkam lehernya dan menghayunkan pedang. " Arghh! " , Izzue terjaga daripada tidur. Tubuhnya berpeluh. Izzue melihat kawasan sekeliling. Alhamdulillah, Izzue bersyukur kerana kawannya masih sekitar sini. Baru saja hendak melelapkan mata tiba-tiba Izzue terdengar bunyi derap kaki orang berjalan. Dia memberanikan diri untuk mendekati si pemilik bunyi tersebut. ' Izzue.. ' tegur lelaki misteri tersebut. " Siapa ?! ", Izzue hairan namun terus mendekati dia . Lelaki misteri itu memunculkan dirinya di hadapan Izzue. " Kau ? Maksudnya semua ni kerja kau ?? ", Izzue terkejut dan terus menumbuk lelaki tersebut. Namun lelaki misteri itu bertindak pantas, tumbukan Izzue ditahan dan menghunuskan pisau di perut Izzue. Darahnya menyeruak. Mata Izzue terbuntang luas  dan mulutnya ternganga. Tikaman pisau  itu terlalu dalam , Izzue rebah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Lelaki misteri itu mengambil gelang di tangan Izzue lalu beredar dari situ, " Bodoh ! ", katanya lalu menghilangkan diri dalam semak.


. . . .  . . . . .  . . . . . . . .  . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .



“ Ariel ! “, “ Ariel , mana kau ?! “, Mereka menjerit memanggil nama Ariel namun tak bersaut. “ Dah lama kita cari ni tapi tak jumpa jugak “, keluh Shila. “ Jangan putus asa , mungkin Ariel ada di mana-mana “, ujar Cik Vanida. Mereka terduduk kepenatan. “ Adoi mana la pergi budak hot ni . Hee “, kata Dzharif sambil membaling batu-batu kecil pada pokok.  “ Eh abang Din , duduklah dulu, nanti kita cari Ariel lagi “, ujar Diyana. “ Saya nak kencing dulu “ , Din terus terus berlalu dan pergi ke arah mata air yang berada tak jauh daripada mereka. “ Wei , kenapa korang percayakan dia ek ? Kan dia perompak yang nk merampas kapal terbang “, kata Dzharif. “ Aku pun mula-mula syak wasangka sikit , tapi entah la lepas Ariel selamatkan dia , aku tengok macam dah baik je “, ujar Shila. “ Korang tak rasa ni semua agenda diorang ke ? “, celah Diyana. Dzharif dan Shila mula berpandangan antara satu sama lain , mereka sudah mula termakan dengan kata-kata Diyana. “ Ish kamu semua ni , tak baik berprasangka buruk. Kamu harus beri dia peluang kedua untuk berubah. Bukannya tuduh sebarang “, tegur Cik Vanida. Namun mereka tidak sedar perbualan mereka didengari oleh Din. “ Takpa, aku memang layak terima kutukan . ‘ Bukan salah mereka untuk salahkan aku. Biarlah aku berbakti kepada mereka walau apa pun berlaku ‘ bisik Din . Air matanya mengalir tanpa disedari. Bukan menangis kerana kutukan tetapi menangis mengenangkan dosa yang telah dibuatnya.



Sedang mereka berehat , tiba-tiba terdengar bunyi serunai. Melodi yang mengerikan. ‘ Oh tidak.., bunyi itu lagi . Cepat lari ! “, jerit Shila lalu mereka semua berlari dalam keadaan terpinga-pinga. Cuma Din dan Shila yang tahu ‘maksud’ bunyi serunai itu. Tiba-tiba muncul beberapa makhluk berwajah seperti anjing dan berbadan manusia, bergerak bagaikan zombie menghampiri mereka. “ Kamu semua pergi dari sini ! Biar aku uruskan mereka ! “, tempik Din. “ Tapi….”, Shila hendak membantah namun ditangkas oleh Din “, “ Pergi ! Biar aku berbakti ! “, Din mengeluarkan dua pucuk pistolnya yang berada di pinggang lalu menembak makhluk-makhluk tersebut. Dzharif , Shila , Cik Vanida dan Diyana terus berlari menyelamatkan diri. ‘ Semoga kau selamat abang Din “, bisik Shila sampai anak matanya tumpah. Din terus menembak makhluk-makhluk tersebut. Namun tak berhasil kerana mereka semakin banyak. Peluru nya sudah hampir habis. Din dikeremuni oleh sekumpulan makhluk tersebut. Din berusaha menyelamatkan dirinya dengan menumbuk dan menendang sekuat hatinya. Bilangan makhluk tersebut semakin banyak. Kudrat Din semakin lemah. Akhirnya seekor makhluk tersebut berjaya menggigit leher Din dan mengoyakkannya menggunakan gigi yang sangat tajam. Din akhirnya meninggal dunia dan menjadi hidangan kepada makhluk-makhluk tersebut. 

Sunday, 15 February 2015

LOST - BAB 27

Sudah seharian Megat , Asyraf dan Syahmina menjadi seperti pelarian. Hari ini mereka terpaksa melarikan diri dan bersembunyi daripada sekumpulan Centaur , separuh kuda dan separuh manusia yang menyerang mereka . " Tempat apa ni sebenarnya ? Makhluk camtu sepatutnya tak wujud ! ", tempik Megat. " Kita di dunia yang lain ", ujar Syahmina. " What ?? ", tanya Asyraf kehairanan. " Apa kau merepek ni ?! ", tanya Megat lagi. " Kita di dimensi yang lain ! Terperangkap di relung masa ! ", kata Syahmina sambil matanya tajam menerkam ke arah Megat dan Asyraf. " Lambat laun kita akan mati kat sini ", kata Syahmina. " Merepek ! Aku tak kan tewas dengan tempat ni ! ", jerit Megat angkuh. Jangan caya dengan perempuan gila ni ! Sejak kau ada , macam-macam yang jadi ! Sial ! ", tempik Megat lagi. Kewarasan akalnya terjejas dek terpengaruh dengan amarah yang dihasut syaitan laknatullah. " Aku tak gila ! ", jerit Syahmina lalu mencekik leher Megat. Kudratnya luar biasa, mengalahkan tenaga lelaki hingga Megat tak dapat melawan. Genggamannya semakin kuat. " Wei , Syahmina lepaskan Megat ! ", Asyraf cuba untuk menahan Syahmina namun tak mampu. " Urmmm! ", Megat semakin tak bermaya . Cengkaman Syahmina semakin kuat dan akhirnya Megat terkulai tidak bermaya lalu rebah. " Megat ! ", Asyraf menghampiri Megat dan memeriksa nadinya. " Megat dah tiada ", Asyraf bersuara lemah. " Aku...aku dah bunuh orang ! ", Syahmina seperti orang gila. Dia meracau-racau dan menarik-narik rambutnya lalu rebah . " Syahmina ! ", jerit Asyraf.


. . . . . . . . . .  . . . . . . . . . . . . . .  . ..  . . . . . . . . . .  . . . . . . . . . .  . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


" Tolong ! " . " Eh , suara siapa tu ? ", tanya Ifa. Izzul , Zafri dan Ifa pun mencari-cari arah suara tersebut. Kemudian mereka ternampak seorang gadis berkulit sawo matang dikeremuni oleh tiga lelaki . " Oi ! ", jerit Izzul lalu berlari dan menendang salah seorang daripada mereka. Zafri melakukan perkara yang sama. Tiga lelaki itu terus menyerang pasangan adik beradik itu. Ifa terus membantu gadis berkulit sawo matang itu. Izzul dan Zafri pula terus melawan ketiga-tiga lelaki tersebut. Salah seorang daripada mereka berjaya menendang dada Zafri hingga jatuh ke tanah . " Arghh! ", Zafri mengerang kesakitan. Tendangan lelaki itu sangat kuat. " Zafri ! ", Izzul terus menumbuk lelaki itu dan dua lagi lelaki yang menyerangnya dari belakang disepak dengan pantas sekali. Tidak sia-sia lah mereka berdua mengikuti kelas mempertahankan diri sejak kecil. Sungguh , Izzul membuktikan bahwa dia memang layak menerima anugerah multial art dulu. Ketiga-tiga lelaki itu bangun dan terus melarikan diri dalam keadaan terhuyung hayang. " Adik okay ? ", tanya Izzul lalu mencapai tangan Zafri membantu adiknya bangun. " Okay , rasa macam kena sepak zirafah je , heheh ", gurau Zafri. " Ceh main-main pulak dia , abang sepak kang baru tau ",



" Terima kasih sebab selamatkan saya " , ujar gadis tersebut. Zafri terpana melihat gadis tersebut. Fulamak, cantiknya , bisik Zafri. Gadis itu merenungnya. Mata mereka bertaut buat seketika terus tersenyum. " Nama kamu ni siapa ? Tinggal kat mana ? Ada perkampungan ke kat sini ? ", tanya Izzul bertubi-tubi. " Adoi bang ni , kalau ye pun satu-satu lah ", tegur Zafri. Izzul tersengih, bukan apa, dia teruja apabila melihat ada manusia lain dekat hutan tersebut. " Nama saya Mawar , kampung saya tidaklah jauh dari sini. Mari Mawar tunjukkan " Zafri , Izzul dan Ifa pun mengikut Mawar ke perkampungan yang dikatanya.Semasa dalam perjalanan , Zafri kerap mencuri pandang wajah Mawar. Begitu juga dengan Mawar. Izzul menyedarinya dan tersenyum. " Dah besar adik aku ni. haha ", bisik Izzul.


. . . . . . . . . . . . . . . .  . . . . . . . . . . . . .  . . . . . . . . . . . . .  . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .  . . . . . . .


Faizal membuka kelopak mata. Dia kini terbaring di atas katil kayu yang kecil. Dia melihat sekeliling. Dinding kayu ? Faizal kebingungan seketika. Aku kat mana ni . Fikir Faizal lagi. Otaknya gagal mengingat apa yang berlaku sebentar tadi. Mimpi ke sebelum ni ? Tapi ni bukan rumah aku . " Arghh! ", Faizal ingin bergerak namun badannya terasa sakit-sakit. Tiba-tiba pintu bilik terbuka dan muncul seorang gadis yang hanya berkemban. " Siapa kau ? ", Faizal terkejut. " Kamu dah sedar . Baguslah, biar saya panggilkan bapa ", kata gadis itu. " Tunggu ! ", tanya Faizal. Gadis itu mendekati Faizal. " Ya ? ", " Saya kat mana ni ? Awak siapa ? Mana kawan saya yang lain ? ", tanya Faizal. Sebagai lelaki yang normal, Faizal berasa tidak selesa apabila gadis yang hanya berkemban itu mendekatinya. Lagi-lagi dia kini hanya mengenakan seluar yang diperbuat daripada kain, seperti orang dulu-dulu. " Nama saya Dewi , kamu sekarang dekat Kampung Melai. Kumpulan pemburu terjumpa kamu dan seorang gadis serta seorang budak terjatuh di gaung. Mujurlah gaung itu tidak tinggi. ", kata Dewi. " Kenapa saya kat sini pulak ? ", tanya Faizal. " Kamu dihantar kepada penghulu. Penghulu tu bapa Dewi. ", ujar Dewi. " Err.. siapa yang tukarkan pakaian saya ? Mana pakaian saya yang betul ?" " Dekat luar, sedang dijemur . Tentulah bapa yang tukar , tak kan Dewi. Lainlah kalau kamu yang mahu ", Dewi berkata sambil tersenyum . Faizal tergamam mendengar kata jujur daripada Dewi. " Kamu masih sakit bukan ? Biar Dewi urut. Dewi pandai, ibu Dewi yang ajar " Faizal berasa tidak senang namun dalam keadaan yang sakit dan sukar untuk bergerak , dia terpaksa membiarkan.



Saturday, 14 February 2015

Frozen let it go multilanguage ( 42 version )

De sneeuw glanst zacht in het maanlicht vannacht ,
Nici-o urma nu-i pe ea ,
Geu-noogoodo um-neun wang-goog nega igod yuwang-iya ,
in veter vpije ko vrtinee v menitli ,
durduramadim oysa denedim .,

No dejes que sepan de ti ,
Ty horosha i bude tak zavzhdy ,
feldu beldu seg peim ei fra ,
woi mong zi ngo ,

 *vol volar , el deixo nar,
vioc to v sebe neskryvam ,
*fang kai shou , fang kai shou ,
ovi vanha taaksee jaa ,

man vis vien , ka galvoja jie ,
sniega vetra nak ,
lite sno har val aldrig stortmig .,

A ja begu vse vyse ,
vai tudo sauvizar ,
og mit liv i frygtens i genker
je loutka be zmocna.,

sing mai yang ror hai long hai ru ,
leghen hat minden jeg es ho ,
an vgo afti ti filaki ,
lepaskanlah.,

*ari no mama de
na krilla vetta sam ,
*la den ga , la den ga ,
no me veran llorar ,
zhege jia rang wa liu xia ,
en de storm raast door .,

il mio potere si diffonde intorno a me ,
i lako poalize se snjezni dvorac na moj znak ,
membentuk permata menjadi mahkota .,

Ana hatman lan a'aood ,
na minaloto plen ,

*hay buoc di , mot minh ta ,
desormais plus rien ne m'arrecte ,
*ich bin frei , enlich frei ,
juz nie ma temtej mnie ,
siin ma nuud paevavalguses,
tempestade vem ,
the cold never bothered me anyway



LOST - BAB 26

Mereka tiba di satu kawasan yang dipenuhi dengan kabus. “ Berkabusnya tempat ni , tak nampaklah “, ujar Haslinda. “ Kenapa tiba-tiba berkabus ni “, tanya Fitri hairan. Mereka meneruskan perjalanan dan tiba-tiba suasana sekitar berubah. Tiada lagi hutan belukar tetapi kali ini satu taman atau padang yang sangat luas dan indah. Tumbuhannya berwarna-warni. Binatang ganjil yang comel-comel berkeliaran di sana sini. “ Wah, cantiknya tempat ni ! “, ujar Marsha dan Fitri. Mereka berlari-lari anak macam budak-budak kecik . Pemandangan indah dan udara yang nyaman membuat mereka terpesona dengan kawasan tersebut. “ Pelik , kenapa tetiba ada tempat macam ni pulak ? “, Iskandar keliru dan melilau ke sana sini. “ Alaa tak kisah lah ! Jom Izz ! “, Izaq menarik tangan Iskandar dan mengajaknya melihat binatang-binatang yang comel di kawasan tersebut. Fitri dan Marhsa yang nampak terlalu teruja, siap baring-baring atas rumput. Ya lah, rasanya dah lama mereka tak menikmati suasana macam ni sejak tersesat. “ Kan bagus kalau kita jumpa tempat ni dari awal “, ujar Milla. Aisya , Milla dan Haslinda pula sedang menikmati buah-buahan yang terdapat di satu kawasan. Macam-macam buah ada. Seolah-olah memang sudah disajikan kepada mereka. “ Ah ada ku kisah siapa punya buah ni, sedap gila ! “, Marsha makan dengan gelojoh. Dah lama tak makan banyak, inilah masanya, heheh, detik Marsha.


Iskandar yang ingin menghampiri mereka terhenti apabila melihat Haziq tidak bergerak daripada tempat asalnya. Aik, berdiri je dia ni, dahlah tinggi, sebijik macam traffic light aku tengok. “ Hei ziq, kenapa ni ?”, tanya Iskandar. “ Entahlah, kau tak rasa something ke ?  Macam mana boleh ada tempat macam ni kat sini ?”, ujar Haziq. “ Aku rasa camtu jugak. Tak sedap hati. Tapi takpalah, aku rasa nil ah masanya kita rehat kot “, kata Iskandar. “ Aku nak gi situ lah, lapar bro perut “, Haziq terus menghampiri Aisya, Marsha dan Haslinda untuk menikmati buah-buahan. Em aku pun lapar jugak ni , bisik Iskandar. Sebelum ini mereka cuma makan ikan dan buah pisang, kalau minum, air hujan dan sungai. Iskandar tersenyum melihat rakan-rakannya.


Ketika Iskandar hendak mendekati mereka, dia tercium debunga lalu bersin. “ Achew! “, Iskandar tergamam selepas sahaja dia bersin. Kawasan indah yang mereka lihat sebentar tadi bertukar menjadi tempat yang kotor dan jijik. Tumbuhan berwarna hitam, ulat dan serangga di sana sini. Iskandar terperanjat melihat Fitri, Milla dan Izaq sedang berbaring di atas tempat yang penuh dengan lender-lendir hijau yang melekit. Haslinda , Marsha, Haziq dan Aisya pula sedang asyik menjamah ulat dan serangga yang disangkanya buah. “ Apa yang berlaku ni ?? Khalayan ??”, Iskandar panic. “ Hoi!! Ni semua khayalan ! “, jerit Iskandar namun tiada hasil. Mereka sudah tertipu dengan khayalan mereka sendiri.

Aku kena cari akal untuk sedarkan mereka ! Bisik Iskandar. Fikir Izz fakir.. Dahi Iskandar berkerut memikirkan apa yang patut dilakukanya. “ Debunga tadi ! “, Iskandar terus mencabut beberapa kuntum bunga yang dijumpainya. Juga tidak seindah tadi namun masih mengeluarkan debunga. Iskandar pun dengan segera menghampiri rakan-rakannya dan mengipaskan bunga tersebut di muka mereka. Debunga yang sangat kuat itu menyebabkan mereka semua bersin dan terjaga. “ ha ? Tempat apa ni ?! “, jerit Marsha. “Cepat lari ! Tadi hanya khayalan kita ! “, “ Lari menuju ke kabus tadi ! “, tempik Iskandar. Sedang mereka hendak melarikan diri, beberapa makhluk berupa ghoul memunculkan diri dan mengejar mereka. “ Cepat lari ! “, jerit Haziq. Ghoul itu semakin banyak mengejar mereka. Entah apalah nasibnya, kaki Milla tersadung akar-akar pokok lalu rebah ke tanah. “ Milla ! “, jerit Aisya lalu patah balik untuk selamatkan Milla. “ Cepat ! “, jerit Aisya. “ Tak boleh, kaki aku tersepit ! “, ujar Milla ketakutan. “ Milla ! “, Iskandar pusing dan terus membuka golongan akar di kaki Milla. Akhirnya juntaian akar berjaya dirungkaikan. Ghoul itu semakin menghampiri mereka. “ Cepat sikit lagi nak sampai ke kabus ! “, ujar Iskandar. Baru sahaja mereka bertiga sampai ke kabus tersebut, seekor ghoul telah berjaya menarik Milla tanpa sempat Iskandar dan Aisya menyambut tangannya. “ Tidak!!!!”, jerit Aisya.. “ Arghh!!”, kedengaran jeritan Milla di sebalik kabus namun mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana kabus itu semakin mengecil. “ Milla!!!! “, Aisya menangis dan terus dipeluk oleh Haslinda. “ Kau sentiasa dalam ingatan Milla “, bisik Aisya.

Kisah Kasih

Di petang yang suram,
ku terkenangkan kisah kasih kita,
kasih yang abadi

Awan hitam berarak menutupi langit yang biru,
dedaunan bagaikan melambai kesayuan,
alam seolah turut bersedih dengan kisah kasih kita

Kau datang tanpa dijangka,
menambah sinar dalam hatiku yang lara,
Dulu aku sendiri,
kini engkau sentiasa menemani di sisi

Titis hujan jatuh ke bumi,
mencipta alunan muzik yang tersendiri,
kenangan kita tak akan ku lupai,
menjadi kisah kasih yang suci

Masa kian berlalu laju,
aku kini harus pergi,
sayang jangan kau bersedih
ini sudah suratan takdir
percayalah suatu hari nanti kita akan bertemu jua
mencipta semula kisah kasih kita


written by : Izz Ra'is

LOST - BAB 25

Mereka tercungap-cungap selepas berlari menyelamatkan diri daripada kelawar-kelawar ganjil. Kelawar yang mempunyai tanduk di kepala dan saiz sebesar anjing. Mujur mereka sempat melarikan diri sebelum kelawar-kelawar itu balik ke sarang mereka selepas bunyi serunai kedengaran. “ Kenapa banyak sangat binatang pelik tempat ni ? “, keluh Ifa. “ Pelik hutan ni . Even pasukan penyelamat pun belum selamatkan kita “, ujar Izzul. Mereka terduduk keletihan. “ Sampai bila kita nak macam ni ? Kita mesti cari pantai. Lebih senang untuk kita keluar daripada tempat ni “, kata Izzul. Izzul merupakan ketua dalam kumpulan mereka. Sikap Izzul yang matang menyenangkan mereka.
 

 “ Abang , tunggu ! Fai, Ina dan Siti takda !”, jerit Zafri apabila tersedar mereka telah tiada bersama mereka. “ What ?? But how??! “, Izzul hairan. “ Maybe kita dah terpisah masa lari tadi”, ujar Ifa. “ Damn ! “, Izzul menumbuk pokok dengan sekuat hatinya hingga berdarah tangannya. Sebagai ketua, dia berasa bertanggungjawab dan bersalah sekiranya apa-apa terjadi kepada mereka. “ Sabar bang, insha Allah they will fine”, Zafri menepuk bahu abangnya.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . .


“ Dah 5 hari ni tuan, satu helicopter pun belum datang “, keluh Izzue. Tangan gempalnya menguis-nguis tanah. “ Bukan kata helicopter, satu manusia lain pun kita tak jumpa “, tambah Aman. “ Sabarlah, tengok tu , bekas tapak kaki anjing, mungkin anjing pemburu penduduk kampung “, ujar Rosyam. Lama-lama ni Rosyam sudah mula membuka mulut, tidak lagi diam seperti sebelum ni. “ Kita harus cepat, takut nanti ada benda-benda pelik yang muncul lagi”, ujar Kapten Rahman. Sebelum ni mereka baru sahaja dikejar sekumpulan serigala tetapi mempunyai bulu muka seperti singa jantan.

Ketika mereka hendak bergerak, Izzue terpandang satu gelang yang sedikit berkarat di bawah satu pokok besar. Gelang apa ni ? desis Izzue. Cantiknya. “ Wei Izzue cepatlah ! Nanti kau tertinggal pulak ! “, tempik Kapten Rahman. “ Okay tunggu aku oi ! “, Izzue pun berlari-lari anak mengejar mereka. Perutnya bergoyang-goyang masa berlari. Macam anak gajah pun ada aku tengok dia ni. Hahaha, ketawa Aman.


. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 


“ Wei., macam mana kita nak keluar ni ?”, tanya Dzharif yang pastinya tiada jawapan untuk menjawab soalannya. “ Aku dah putus asa . Macam mana kalau kita mati kat sini ?”, keluh Diyana hingga menangis. “ Sabar, kita pasti akan selamat. Percayalah “, Cik Vanida memeluk Diyana, cuba memberinya semangat. Mengikut fakta, menyentuh atau memeluk dapat menurunkan kadar keresahan seseorang, Tapi mesti muhrim ! Ariel melihat-lihat suasana dan pemandangan sekeliling. Otaknya ligat berfikir macam mana mereka nak keluar daripada tempat ni. Apa yang buat tempat ni ganijl sangat ek ? Macam ada something yang tak kena. Fikir Ariel.


Dia kemudian berjalan-jalan jauh daripada kawasan mereka berehat. Okay, mula-mula binatang pelik-pelik serang, then jatuh dalam tempat apa ntah ni. Yang lagi pelik macam mana hutan macam ni ada banyak sangat pokok buah. Aku pasti tempat ni ada simpan rahsia yang terselindung. Ariel meneruskan jalannya tanpa menyedari dia sudah semakin jauh. Namun Ariel berasa hampa kerana tak menjumpai sebarang jawapan. “ Hmm baik aku balik. Buang masa je “, keluh Ariel. “ Wait, mana jalan balik ni ? Alamak !”, Ariel mula resah. Dia menyedari tindakannya bodoh kerna tak mengikat sesuatu pada pokok untuk dijadikan tanda. “ Ariel….. “, tiba-tiba Ariel terdengar satu suara memanggilnya. “ Ariel…! “, Suara misteri itu semakin kuat. Tanpa berfikir panjang Ariel bergerak kea rah suiara tersebut. Suara itu semakin kuat dan jelas kedengaran apabila Ariel semakin dekat. “ Ariel., kau tiba jua akhirnya…”, ucap satu suara. “ Kau….? Takkanlah…” 

Friday, 2 January 2015

LOST- BAB 24

Krook krook . Bunyi katak selepas hujan memecah kesunyian antara mereka. Asyraf, Megat dan Syahmina lebih kerap membisu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bukan bergaduh tapi mereka sememangnya bukanlah rapat sangat. Sekadar kawan biasa. Sebenarnya mereka masih risau, kalau-kalau bunyi seruling itu kedengaran lagi. Kalau ada, habislah mereka. Mereka cuma bertiga, pasti sukar untuk menyelamatkan diri. Syahmina termenung jauh. Terkenangkan zaman kanak-kanaknya . Zaman kanak-kanak yang sunyi dan sepi.


Syahmina duduk termenung di ruang tamu yang besar sambil ditemani oleh dua orang gaji rumahnya. Di atas meja terhidang satu kek harijadi berperisa vanilla dan strawberri yang besar. Sebenarnya hari ini merupakan hari lahirnya dan ibu bapanya berjanji hendak memeberikannya hadiah dan balik awal daripada kerja.Namun jam sudah menunjukkan tepat 11 malam , ibu bapanya belum juga balik. " Tuan muda , ada baiknya kalau tuan muda masuk tidur, sudah lewat malam ni ", ujar Mak Jah. Umurnya sudah 60 tahun namun tangkas bekerja, seperti lipas kudung. " No, daddy and mummy janji nak celebrate birthday Ina !", jerit Syahmina. Mak Jah memandang Bibik, sayu hati mereka lihat Syahmina menunggu ibu bapanya daripada tadi. Sejak petang tadi Syahmina begitu teruja hendak menyambut hari lahirnya. Siap memakai bajunya yang paling cantik lagi. Jam menunjukkan tepat tengah malam, Syahmina sudah terlelap di ruang tamu topi birthday yang masih dipakainya.


Kedengaran bunyi enjin kereta di luar banglo besar itu. Mak Jah dan Bibik membuka pintu rumah dan Dato' Rahim dengan Datin Maimun masuk dalam keadaan yang terhuyung-hayang dan mabuk. Syahmina terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi pintu rumah ditutup. " Mummy ! Daddy ! ", Syahmina bangkit berdiri dan terus berlari ke arah mereka. " Mummy n Daddy penipu!!", jerit Syahmina lalu berlari masuk ke biliknya. "Papp!!!" Kedengaran pintu bilik dihempas dengan kuat. Namun Dato' Rahim dan Datin Maimun yang masih dalam keadaan mabuk tidak peduli dengan anaknya malah melakukan aksi melampau di ruang tamu tanpa segan silu. Mereka masih di bawah sedar kesan meneguk air kencing syaitan.



Air mata Syahmina tumpah apabila mengenangkan peristiwa silamnya. Ibu bapanya meninggal dunia sehari selepas insiden malam itu. Dikatakan ibu bapanya bertengkar sebelum meninggal dunia. Dia kemudian dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya., iaitu ibu bapa Marsha. Di sanalah dia menumpang kasih. Tangisan Syahmina semakin lebat. Asyraf dan Megat saling berpandangan. Gadis yang paling pendiam itu memang jarang mempamerkan emosi. " Hei..Syahmina..awak okay ?", tanya Asyraf. " Pergi ! Jangan pedulikan aku ", Syahmina menangis lagi. ' Gila ' , bisik Megat.

LOST - BAB 23

Iskandar duduk di batu besar di gigi sungai, termenung. Matanya melihat ke satu arah namun fikirannya jauh melayang. ' Diyana '... Iskandar mengeluh. Gadis pujaan hatinya sudah hilang entah ke mana. Entah masih hidup atau tak. Saban malam Iskandar mendoakan keselamatan mereka. Nama Diyana tak pernah hilang di mindanya. " Wei ! ", jerkah Izaq daripada belakang. " Opocot kau !", Iskandar terperanjat lalu tertolak Izaq hingga menyebabkan dia terjatuh ke dalam sungai. " Woi tolong ! Kaki aku kejang ni ", jerit Izaq. Tanpa berfikir panjang, Iskandar terus membuka bajunya dan terjun ke dalam sungai. Iskandar terus membawa Izaq ke tebing. " Wei, kau okay ke ?" Sorry lah aku terperanjat tadi ", Iskandar menepuk-nepuk belakang Izaq. " Nak cpr ", seloroh Izaq. " Ceh ngada-ngada !", Izaq terus ketawa sampai terbatuk-batuk."Hahaha
teruk jugak kau terkejut kan, macam Marsha ", " Ish bukan reti nak terima kasih", Iskandar menolak bahu Izaq. " Ye la ,thanks sayang ", Izaq mencium pipi Iskandar dan Iskandar terus mengelap pipinya. Ish dia ni


" Sekali lagi kau cium aku, aku cium kau balik baru tahu ", ujar Iskandar. " Wah, ciumlah heheh ", gurau Izaq. " Dahlah jom balik ", Iskandar terus bergerak untuk balik ke kawasan mereka rehat. " Nanti ", Izaq menarik lengan Iskandar membuatkan badan mereka berlanggar. " Iz aku...", ujar Izaq sambil memegang badan Iskandar yang tidak berbaju. Iskandar mula panik. Apa la mamat ni nak buat, getus Iskandar hairan. " Aku sayang kau Iz ", ujar Izaq lalu perlahan-lahan menekapkan bibirnya di bibir Iskandar. Iskandar ter-
peranjat dengan tindakan Izaq namun tidak juga melawannya. Izaq semakin galak apabila Iskandar tidak melawan. Seketika Iskandar terbayangkan kekasihnya, Diyana.

Thursday, 1 January 2015

LOST - BAB 22

" Macam mana korang boleh masuk sini ? ", tanya Dzharif . Ariel pun menceritakan semua peristiwa yang berlaku terhadap mereka kepada mereka semua. " Masa kami selamatkan diri, kami bertiga terjatuh dalam lubang then terus ke sini. Din mengangguk, mengiakan kenyataan Ariel. " Macam mana dengan Iskandar ? ", celah Diyana tiba-tiba. " Maaf, kami tak jumpa Iskandar ", jawab Shila. Diyana terduduk. Air matanya mula tumpah gugur ke bumi. Dia begitu sayangkan Iskandar. Hatinya begitu merana bila berjauhan dengan Iskandar. Cik Vanida dan Shila terus memeluk Iskandar. " Jangan risau, Iskandar kan kuat. Dia tak kan tewas dengan semua ni. Percayalah ", pujuk Cik Vanida. Ariel dan Din cuma diam memerhati. Din memandang dengan penuh simpati. Ariel pula melihat Diyana dengan penuh rasa cemburu. Rasa dengkinya semakin menguasai diri.


Imbas Kembali

Ariel berjalan di laluan pejalan kaki beratap dengan penuh yakin. Berpakaian smart dan rambut tersikat kemas. Di tangannya tergenggam sejambak bunga ros berwarna merah. Sepanjang perjalanannya, banyak mata-mata gadis yang mencuri-curi pandangnya. Dengan muka ala-ala artis Korea, jejaka campuran melayu cina ini begitu digilai ramai. Ariel melihat bunga di geggamannya, mesti dia suka. Fikirnya lalu tersenyum sendiri. Dari jauh, Ariel melihat gadis yang dicintainya sedang duduk di bangku menunggu kehadirannya. " Hai Diyana ", tegur Ariel. " Hai, kenapa tetiba nak jumpa Yana ni ?", tanya Diyana bila Ariel melabuhkan punggung di tepinya. Ariel cuma tersenyum memandangnya. Senyuman yang penuh makna. Mereka terdiam seketika. 


Awan hitam mula berarak menutupi langit. " Yana ", tegur Ariel. " Ya ?", Diyana hairan melihat Ariel. " Yana, saya..cintakan awak. Sudi tak awak jadi teman hidup saya ?", Ariel memberi bunga itu kepada Diyana. Dia melafazkan dengan penuh bersungguh-sungguh. Diyana berasa serba salah. " Maaf Ariel., saya tak boleh ", jawab Diyana. " Tapi Yana ", Ariel cuba memegang tangan namun ditepis Diyana. " Maaf Ariel, saya harus pergi ", Diyana terus berjalan meninggalkan Ariel bersendirian. 


" Eh hai Is ", tegur Diyana. " Eh hai yana ", Iskandar tersenyum. " Awak hantar saya balik boleh ?", " Boleh, masuklah ", Iskandar membukan pintu untuk Diyana. Dari jauh, Ariel dapat melihat macam mana rapatnya kawan baiknya dengan pujaan hatinya. Hujan mula turun dengan lebat. Kelihatan banyak mahasiswa mahasiswi yang berlari untuk berteduh. Ariel membiarkan dirinya dibasahi hujan, agar air mata yang mengalir di pipinya tersembunyi di sebalik air hujan.