" Encik Azmi dan Puan Lisa menunggu ketibaan Iskandar ditemani oleh 3 orang lagi anaknya. " Mana abang Is ni?", keluh Fitri, tak sabar mahu berjumpa dengan abang kesayangannya. Sudah lama dia tunggu sampai naik lenguh kakinya. " Sabar lah , nanti kalau dia sampai aku dulu peluk dia ! ", ujar Faizal lalu menjelir lidah pada adiknya. Adik beradik Iskandar semuanya tak pandai berbahasa Sarawak kerana mereka membesar di Johor. Encik Azmi dan Puan Lisa cuma tersenyum melihat telatah anak mereka.
Lihat saja keluarga daripada jauh, Iskandar terus memeluk ayah dan ibunya. Rindu ya amat ! Lama dah tak balik. Puan Lisa mencium dahi anaknya. Kemudian Faizal, Fitri dan Helmi berebut-rebut hendak memeluk abangya, Iskandar tertawa melihat ulah mereka. " Haha rindunya kat adik-adik abang ni ", ujar Iskandar lalu memeluk ketiga-tiganya sekali. " Abang Iz! Mana hadiah? Hehe..", tanya Faizal. " Lah..tak ikhlas rupanya peluk abang ni. Haha.". " Eh ma , abang aman mana? ", tanya Iskandar apabila sedar yang abang sulungnya tidak ada bersama dengan mereka. " Abang kamu ada kerja, dia tak dapat datang", jawab Puan Lisa. " Bah, jom balik rumah. Muka Iskandar macam tak sabar-sabar je abah tengok nak baring kat katil. Haha"
" Ah rindunya bilik ni ! ", Iskandar terus mencium-cium dinding biliknya. Lagaknya macam Mr bean. " Amboi ni kenapa adik abang cium-cium bilik macam orang kena sampuk ni ?", Aman ketawa dengan gelagat adiknya. Haih macam budak-budak perangai. Aku fire jugak dia ni karang. " Abang Aman ! ", Iskandar terus meluru ke arah abangnya hingga terlanggar." Ya Allah budak ni, nasib tak jatuh abang. Perangai dari dulu sampai sekarang tak ubah-ubah", " Hehe sorry abang", Iskandar terus bersalaman dengan abangnya. " Ni dah solat ke belum?", tanya Aman. " Err belum lagi, nak solat la ni", " Dah pergi solat cepat, waktu zohor nak habis dah ni", Iskandar terus pergi ke bilik air dan mengambil wuduk untuk mengerjakan solat.
No comments:
Post a Comment