Ketika ini , Encik Azmi sekeluarga sedang menikmati makan malam mereka. Semuanya dimasak oleh Puan Lisa dan Mak Su , orang gaji di rumah mereka. Ada kari ayam, bubur pedas ( makanan tradisional Sarawak), ia adalah campuran rempah-rempah, seafood , ikan siakap 3 rasa , fuyoo...sedap gila menu malam ni, lama dah tak pekenan masakan mak. Iskandar tersenyum sendiri. " Eh Iskandar ni dah kenapa senyum sorang-sorang?", tanya Puan Lisa kehairanan. " Biasalah mak, orang dah jatuh cinta. Hehe ", jawab Aman. "Oi, mana da. Iz rindu sangat dengan masakan mak dengan mak su.", jawab Iskandar tersengih-sengih. "Haih, pandai anak ayah ni cover, hahaha ", usik Encik Azman. Dinner mereka malam ni penuh dengan gelak ketawa. " Alhamdulillah, aku gembira tengok keluarga ni happy, walaupun aku bukan keluarga mereka, tapi mereka tak pernah menganggap aku orang asing", bisik Mak Su.
" Ma, Pa , awa eda ish wak cakap ", tanya Iskandar sambil mulutnya penuh dengan makanan. " Ha? Cubalah telan dulu,baru cakap. Ni tak, satu apa kami tak paham", tegur Puan Lisa. Adohai, macam-macam betul la anak aku ni. " Iz nak cakap, tak lama lagi Iz ada ikut trip dengan Cik Vanida dan beberapa pelajar lain kat UM. Cik Vanida cakap,boleh bawa familiy, tapi kos tanggung sendiri lah. Iz kira nak ajak kita semua, boleh tak?", tanya Iskandar. Encik Azmi senyum kemudian menggeleng. " Maaf Iz, Papa tak dapat ikut. Papa sibuk sangat dengan urusan syarikat sekarang. Papa harap Iz faham", Encik Azmi hati-hati ketika berkata demikian, takut anaknya berkecil hati. Al maklum anak kedua dia ni walaupun dah berbulu kata orang, masih kuat merajuk. " Kalau papa tak dapat ikut, mama pun tak dapat lah", ujar Puan Lisa. Iskandar sedikit kecewa tetapi dia sembunyikan perasaannya kerana dia faham . Lagipun dia bersyukur sebab walaupun ayahnya pemilik syarikat Eriza sdn.bhd , ayahnya tetap berusaha meluangkan masa bersama mereka walau sesibuk mana pun dia. " Takpalah, abang ikut Iz ek? Abang cuti. Yang lain pun ikut, jangan dok terperap dalam rumah cuti ni. Buat outdoor activities sikit", tegur Aman kepada adik-adiknya. Mereka yang lain hanya mengangguk.
No comments:
Post a Comment