SPM

80+ days to go , wish the best for me

Thursday, 11 December 2014

LOST - BAB 4

" Kau tunggu sini ek",ujar Izaq. Izaq menyuruh Iskandar tunggu di depan rumah sewanya.Selepas beberapa minit,Iskandar terkejut melihat Izaq keluar dengan beberapa beg pakaian. "Eh kenapa ni?",tanya Iskandar,hairan. "Aku tak nak tinggal sini. Roomate aku selalu bawa masuk awek diorang,kadang-kadang minum-minum lagi.Aku tak tahan.Boleh tak aku tinggal dengan korang?Pasal sewa rumah biar daddy aku selesaikan tiap bulan",ujar izaq. "Yela,dah kau bawa beg berat-berat ni. Takkanlah aku nak tolak.",kata Iskandar. "Yeay thanks Is!",Izaq terus masukkan begnya dan mereka menuju ke rumah sewa Iskandar. "Eh Izaq?",Ariel hairan lihat Izaq masuk ke rumah sewa mereka dengan beg-beg pakaiannya. Dah pahal Izaq ni?Takkanlah nak jual pakaian kat rumah ni pulak? Tiba-tiba dia teringatkan Majibur,watak lelaki Paskitan yang dibawa oleh Syahrol Shiro,dia tersenyum sorang diri. "Ariel,ni kita punya roomate baru.Dia nak pindah sini.Apa yang bagusnya,Dato'Harun yang akan bayar sewa rumah.Hehe",kata Iskandar. "Betul ke? Wah itu sudah bagus,alhamdulillah.Thanks Izaq." "Sama-sama,yang penting aku dapat sama ngan korang",ujar Izaq pula. Selepas bersalaman dengan Izaq,Ariel terus masuk ke biliknya,rehat. "Sorrylah Izaq,rumah ni biasa je,taklah besar sangat.Nama pun sementara kan",kata Iskandar. "Eh takpa, kalau Izzue muat,maksudnya besar la tu. Haha", "Haha jahat jugak mulut kau ni" "Eh diorang mana ek?",tanya Izaq. "Keluar kot.Ish,jalan bukan nak ajak aku.",gumam Iskandar. Tiba-tiba Izaq terpandang sekotak rokok. Rokok?,bisik Izaq. "Jangan risau,aku ngan Ariel merokok kat luar rumah je,bukan dalam",Iskandar dapat melihat Izaq seperti kurang senang bila tengok rokok,maybe dia tak suka dengan asap rokok. Yalah,bahayakan. Entah bila aku nak stop merokok.Gumam hati Iskandar. "Rumah ni ada 3 bilik je,satu Arin dan Ariel,Izzue dan Asyraf. Kau boleh sebilik ngan aku.Tak kisah kan?Takut kau tak selesa pulak.",tanya Iskandar. "Eh,aku suka adalah!Haha",ujar Izaq lalu ketawa. Iskandar mengambil beg Izaq lalu masuk kebililknya. Izaq tergamam melihat bilik Iskandar. Cantik,bersih,kemas,macam tuan dia jugak. Izaq terus membaringkan badannya di katil Iskandar. "Cantik gila!Simple but nice!",puji Izaq. "Bah,aku nak solat dulu",ujar Iskandar lalu bergerak ke bilik air untuk mengambil wuduk.

No comments:

Post a Comment