SPM

80+ days to go , wish the best for me

Tuesday, 9 December 2014

LOST - BAB 1

" Baiklah. Selamat bercuti semua. Ingat , petang ni ada meeting untuk trip kita ke Pulau Andaman, Sabah.
Jangan lupa datang tepat pada masa okay? ", pesan Cik Vanida. Cik Vanida merupakan pensyarah muda di
 Universiti Malaysia. Badannya yang kecil dan wajahnya yang anggun sering menjadi perhatian kepada
pensyarah-pensyarah bujang di UM. Namun Cik Vanida belum bersedia untuk berumah tangga sehinggakan
banyak lamaran lelaki yang ditolaknya.



" Alamak ! Traffic jam lah pulak. Aduhai masak aku! ", keluh Iskandar. Iskandar merupakan seorang mahasiswa berumur 22 tahun dari Sarawak. Tidak tinggi tidak rendah , so so kata orang. Iskandar kadang-kadang kebudak-budakan dan kadang-kadang matang. Namun dia disukai ramai kerana sifatnya yang rendah diri . Iskandar melihat jam di tangganya, " Aduh, lambat dah ni " . Ketika sampai, Iskandar terus memarkirkan Proton Suprima nya lalu terkejar-kejar ke kelas.




" Baiklah , semua dah sampai belum ? ", tanya Cik Vanida. " Belum, Iskandar belum datang lagi", jawab Asyraf. Asyraf - rakan baik Iskandar. Kulitnya hitam manis. Izzue dan Arin di sebelahnya cuma mengganguk
. Izzue berbadan gempal manakala Arin pulak kurus tinggi dan agak bendul sikit namun sangat genius . Selalu dapat pointer 3.7 atau 3.8 dalam ujian. Tiba-tiba pintu dibuka dan Iskandar meluru masuk selepas meminta maaf kepada Cik Vanida. Iskandar mengambil tempat duduk di tengah-tengah Izaq dan Ariel. "Wei kenapa kau lambat? Daring ek tadi? haha ", usik Ariel. Ariel - jejaka campuran melayu cina. Mukanya yang iras-iras artis Korea sering menjadi rebutan gadis-gadis. " Ish kau ni . Ingat aku hotsetap macam kau ke? Haha" , usik Iskandar lalu menampar muka Ariel menggunakan bukunya . Sudah menjadi tabiat mereka untuk bergurau-gurau macam tu. " Kau pun hensem apa. Muka melayu tapi hidung mat salleh. ", ujar Ariel. Memang betul. Walaupun Iskandar muka melayu dan kulit sawo matang, namun hidungnya mancung. " Ni aset aku paling berharga. Haha ". Iskandar dan Ariel tinggal serumah bersama dengan Asyraf,Izzue dan Arin. Disebabkan penuntut yang terlalu banyak, mereka tidak dapat menikmati kemudahan asrama kolej yang disediakan oleh Universiti Malaysia.



" Baiklah. Semua sudah maklum kan meeting kita petang ni adalah untuk bincang pasal trip kita yang akan diadakan semasa cuti ", ujar Cik Vanida. Mesyuarat kemudian tamat pada pukul 6:00 petang. Sebelum balik , Iskandar mengambil angin dulu di bangku yang disediakan. Tangannya menyalakan rokok dan menghembuskan kepulan asap. Dia melihat teman-temannya yang berpusu-pusu keluar daripada kelas.

No comments:

Post a Comment