SPM

80+ days to go , wish the best for me

Tuesday, 9 December 2014

LOST - Prolog I

" Cepat keluar ! ", jerit Medan. Dia menggigil ketakutan. Salmiah di sebelahnya bagaikan terkena histeria.
 
Dia menggengam rambutnya dan matanya tajam melilau di setiap penjuru banglo besar itu. " Aku tak tahan

lagi! Cepat jari jalan keluar ! ", jerit Salmiah. " Tak dapat, aku tak nampak mana-mana tingkap mahupun 

pintu! Sebelum ni ada! It's gone ! Kita terkurung! ", tempik Medan pula. " Tak mungkin!", jerit Salmiah lagi. 

Tiba-tiba bunyi tapak kaki seseorang menghampiri mereka. " Mereka dah datang,", ujar Medan lemah. 

Medan dan Salmiah ketakutan. Salmiah memegang lengan Medan. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang 

memakai topeng dan berjubah. " Kau yang datang ke sini, kenapa mahu lari?", lelaki itu ketawa. Suaranya 

garau. Seperti watak jahat dalam mana-mana cerita. " Lepaskan kami. Kami janji tak ganggu kau lagi,Tolong

 kami" , Medan merayu pada lelaki misteri itu. Salmiah hanya menangis, lidahnya kelu untuk berkata apa-

apa.  Tiba-tiba kepulan asap keluar daripada sebuah bilik dan memenuhi ruang dalam banglo besar itu. 

Salmiah dan Medan terbatuk-batuk lalu mengalami kesakitan yang amat sangat. Dunia menjadi gelap.


No comments:

Post a Comment