SPM

80+ days to go , wish the best for me

Monday, 29 December 2014

LOST - BAB 20

" Kapten, rasanya ada tak pesawat yang datang selamatkan kita ? Dah lama ni ", tanya Izzue. " Saya yakin ada. Kita sabarlah. Pasti ada ! ", tegas Kapten Rahman. Dia amat yakin pasti ada pesawat yang datang mencari mereka. Rosyam hanya duduk di bawah sebatang pokok besar. ' Jarang aku dengar budak ni bercakap' bisik Kapten Rahman. Aman merenung ke arah sungai. Dia begitu risau dan rindu dengan adik-adiknya. " Ke manalah mereka agaknya. Selamat kah diorang ?", Aman bermonolog sendiri. Tiba-tiba bunyi seruling kedengaran. Mereka semua terdiam dan berpandangan sesama sendiri. " Bunyi apa tu ?", tanya Fauzan. Mukanya pucat.


Tiba-tiba beberapa ekor ular berwarna putih bermata merah muncul dari merata tempat. Mereka mula panik. " Bertenang, jangan bergerak ", kata Kapten Rahman. Mata ular itu bergerak-gerak seiring dengan pergerakan mereka. Ular-ular putih itu mula mendekati mereka. " Lari ! ", Fauzan dan Shah membuka langkah seribu dan meninggalkan tempat itu dengan pantas. " Jangan ! Bodoh ! ", jerit Kapten Rahman. Ular-ular itu pun mengejar mereka dengan kelajuan yang luar biasa. Belum sempat mereka hendak menyelamat- kan Fauzan dan Shah, ular-ular itu memancutkan cecair merah ke tubuh badan mereka berdua. " Arghh!!", tubuh mereka melecur. Izzue,Rosyam,Aman dan Kapten Rahman tergamam melihat tragedi itu. Baru sahaja ular-ular itu hendak menelan Fauzan dan Shah, tiba-tiba kedengaran lagi bunyi serunai lalu ular-ular itu pergi ke dalam semak dan menghilangkan diri.


Mereka berempat mendekati Fauzan dan Shah. Sudah terlambat. Fauzan dan Shah sudah kaku menjadi mayat.  ' Apa yang berlaku sebenarnya?", tanya Izzue. " Ular itu hanya dapat mengesan melalui pergerakan. Matanya hanya melihat kepada objek yang bergerak dan tidak yang statik", terang Kapten Rahman. Aman bertambah risau. " Ya Allah, kau selamatkan adik-adik aku ", bisik Aman lalu mengalirkan air mata.

No comments:

Post a Comment