Tiba-tiba kapal terbang bergegar. Semua penumpang pesawat terkejut dan ada yang sampai terjatuh kerana impak gegaran itu. Gegaran semakin kuat. Banyak beg-beg yang jatuh ke atas kepala penumpang-penumpang sehingga banyak yang rebah. Darah bertaburan di sana sini. Iskandar pula terhantuk dan terjatuh daripada kerusi. Keadaan semakin kacau bilau, penumpang berteriakan dan meminta tolong. Cuma Allah yang dapat bantu mereka saat ini. " Allahuakbar ! Allahuakbar ! ", kedengaran kapten kapal melaungkan takbir. Gegaran semakin kuat. Semakin ramai penumpang yang gugur dan berlanggar sesama sendiri. Keadaan menjadi semakin huru hara selepas salah seorang pengganas tadi tertembak salah seorang penum-
pang gara-gara gegaran pesawat. Darah penumpang itu memercik. Penumpang-penumpang semakin ketaku-
tan. " Iskandar, tolong ! ", jerit Diyana dengan menangis teresak-esak. Iskandar cuba untuk menghampiri
Diyana tetapi satu beg besar telah menghempap dirinya. Suasana menjadi gelap.
Iskandar tersedar. Aku kat mana ni ? Hutan ? Dia cuba untuk bangun namun kepalanya terasa berdenyut-
denyut. Baru dia sedar akan peristiwa yang terjadi sebentar tadi. Alhamdulillah aku selamat. Tapi macam mana aku boleh selamat ? Seingatnya gegaran itu sangat kuat. Dia melihat bangkai pesawat. Mungkin masih banyak yang hidup, nampaknya pesawat itu tak terbakar. Tapi rasanya pesawat ni terbelah dua. Cuma sebahagian ada di sini. Fikir Iskandar. Dia cuba bangkit dengan perlahan-lahan. Arghh...sakitnya. Namun
Iskandar tetap bangkit. Dia yakin masih banyak yang bernasib baik sepertinya.
"Tolong ! Tolong ! ", Suara tu...Shamilla ! Dia pun mencari kelibat Shamilla. Kemudian dari jauh dia terlihat Fitri, Izaq , Haziq , Aisya dan Marsha cuba mengeluarkan Shamilla . Kaki Shamilla tersepit di bawah kerusi
pesawat. Selepas beberapa minat, akhirnya Shamilla berjaya dikeluarkan. " Alhamdulillah, thanks semua ", ujar Shamilla, muka putih nya kini dipenuhi dengan habuk-habuk hitam. Tiba-tiba Fitri terpandang Iskandar dari jauh. " Abang ! ", Fitri terus melulu ke arah abangnya. Namun langkahnya perlahan kerana badannya masih terasa sakit dan sengal-sengal. Iskandar terus memeluk adiknya yang telah menangis teresak-esak. Peristiwa itu membuatkan mereka yang lain berasa rawan hati. " Dah-dah, sabarlah . Ini semua ujian Allah ", Iskandar cuba memujuk adiknya. " Mana mereka yang lain ? " , tanya Iskandar, walaupun dia tahu tiada jawapan yang sesuai untuk soalannya. " Saya yakin mereka yang lain masih hidup. Mungkin mereka di tempat lain. Kan pesawat tu terbelah dua ", ujar Haziq. " Apa yang jadi sebenarnya, macam mana kita boleh selamat? " , tanya Iskandar. " Entah, aku pengsan . Bangun-bangun je terus kat sini ", jawab Haziq. " Ya aku pun ", ujar Iskandar. Mereka yang lain cuma mengangguk. Maksudnya mereka juga tidak sedar apa yang terjadi sebelum pesawat yang mereka naiki terhempas. Semua tak ingat ? Pelik. Fikir Iskandar. " Takpalah, baik ita rehat dulu. Nanti baru cari mereka yang lain ", ujar Izaq.
No comments:
Post a Comment