Shamilla, Aisya , Haslinda dan Marsha sudah lena dibuai mimpi. Selalunya mereka susah untuk melelapkan mata kerana gangguan nyamuk. Tetapi mungkin kerana terlalu penat, mudah sahaja mereka menidurkan diri kali ini. Fitri pula sudah lena di paha abangnya seperti biasa. Walaupun sudah berumur 15 tahun, namun dia masih manja dengan Iskandar. Haziq pula tidur di bawah sebatang pokok besar tak jauh daripada mereka. Haziq menjadi pendiam selepas kematian Syafuan dan Arin. Iskandar dan Izaq pula tidak dibenarkan tidur kerana mereka ditugaskan untuk mengawasi keselamatan mereka. Sistem bergilir-gilir dilakukan. Selepas mereka, Haziq dan Fitri akan mengambil alih tugas mereka.
" Izaq, thanks sebab selamatkan aku. Tangan kau dah okay tak ?", tanya Iskandar apabila melihat Izaq kerap memegang tangannya yang luka. " Sorrylah sebab aku, kau yang cedera ", tambah Iskandar. Dia melihat kesan cakaran di tangan Izaq. " Takda apa-apalah. Sikit je ni. Lagipun Kak Linda dah rawat tadi ", ujar Izaq. " Kau ni , cam mana kalau cakaran tu dalam tadi? Kenapa kau sanggup buat macam ni? Bahaya tau tak", bertubi-tubi soalan diajukan Iskandar. Dia memang risau akan keselamatan sahabatnya yang seorang ni . “ Sebab aku sayangkan kau lah. Kau kan sahabat aku “, kata
Izaq. Iskandar senyum. “ saying jugak kau kat aku kan. Haha “, Iskandar ketawa.
‘ Iz..”, Izaq terus memegang tangan Iskandar. “ Ni pahal pulak?”, Iskandar
hairan. “ Aku ngantok lah goodnight ye”, Izaq terus merebahkan badannya ke bahu
Iskandar. “ Woi , takkan kau nak aku jaga sorang-sorang malam ni”, “ Alaa kau
kan hero, pandai-pandai kau lah nak jaga seorang diri. Aku ngantuk”, kata Izaq
sambil matanya sudah tertutup. “ Woi bangunlah”, Iskandar menggoyang-goyangkan
bahunya namun tiada reaksi. “ Ish budak ni, kalau tak kenangkan kau dah
selamatkan aku, lama dah aku tumbuk haha”.
No comments:
Post a Comment