SPM

80+ days to go , wish the best for me

Saturday, 13 December 2014

LOST - BAB 8

Iskandar merenung ke arah swimming pool di hadapannya. Malas mahu berenang, sejuk. Keluarga Iskandar taklah sekaya keluarga Izaq kerana syarikat Encik Azmi atau sebenarnya Dato'Azmi tidak sebesar syarikat ayah Izaq. Namun, kedua-dua syarikat ini menjalankan hubungan perdagangan. Cuma Izaq dan Ariel saja yang tahu status sebenar keluarga Iskandar. Kawannya yang lain tidak tahu. Lagipun mereka sekeluarga memang mengamalkan keserdehanaan.


Derasnya jatuh rebah patah sayapku ~ . Tiba-tiba lagu Patah daripada Stacy kedengaran. Iskandar terus melihat siapa yang mendailnya. Diyana ! Alangkah gembiranya dia hingga melompat-lompat macam anak kera. " Hai awak ! ", ujar Iskandar gembira. " Assalamualaikum Is, ", " Err...waalaikumsalam hehe..", alamak kena lagi aku ! Nampak beno gelojoh. " Awak tak tidur lagi?", tanya Diyana. "Eh tengah tidur la ni , krohh krohh ", " Ish awak ni main-main lah ", Diyana tertawa.

Siapalah yang adik aku call malam-malam buta ni. Ceria betul mukanya. Ni mesti ada something ni.. Urmm..baik aku tengok hehe.. gumam Aman. Ketika Iskandar meletakkan telefonnya, Aman terus memegang bahu adiknya. " Call gf ker?" " Oh cina ! ", Iskandar terlompat sedikit kerana terkejut. Aman hanya ketawa. Melatah jugak adik aku ni rupanya. " Hish abang ni kejut je tau. Takda la kawan je la.", Iskandar menafikannya. " Ye la tu kawan, abang dah dengar tau setiap perbualan Iskandar tadi. Haha ", ujar Aman. What??? Abang Aman dengar?? Malunya! Rasa nak je aku selam kan diri dalam swimming pool sekarang ! bisik Iskandar. " Besar dah adik abang ni, dah pandai bercinta dah. Apa nama dia tadi?" , tanya Aman. " Err..Diyana ", nak tak nak, terpaksa juga Iskandar mengaku. " Okay lah bang, Iz dah ngantuk lah..warghh..tengok dah menguap ni selamat malam assalamualaikum", ujar Iskandar. Taktik selamatkan diri..hehe.. " Ye la waalaikumsalam " .

No comments:

Post a Comment