Iskandar
Okay. Biar aku perkenalkan kat korang kawan-kawan aku. Haziq - seorang yang tinggi lampai, putih . Haizam - bercermin mata dan mulut laser. Syafuan - paling senior dan paling matang antara kami semua. Fauzan - suka buat lawak yang memang selalunya menjadi. Maybe cita-cita dia nak jadi pelawak kot. Dzharif - macam kanak-kanak riang dan memang rapat dengan perempuan berbanding dengan lelaki. Rosyam - pendiam dan misteri. Aku pun tak banyak tahu pasal dia. Nazrin - mahir IT dan panas baran. Megat - sama macam Nazrin. Memang panas baran. Kalau mereka berdua gaduh, adui memang seram gila. Shah - abang sado UM. Berotot gila badan dah namanya hobby dia main gym. Mahu tak ketar ? Kamal - selamba tahap gila tapi selalu blur.
Ha..Yang tu lelaki. Ni perempuan pulak. Perempuan tak banyak sangat ikut trip ni . Aku kenalkan kat korang okay? Yalah, kalau aku tak kenalkan, korang blur pulak. Aisya - bertudung labuh. Penampilannya macam ustazah pilihan gitu. Tapi dia memang baik dan pandai masak. Hebatkan? Shila - tinggi , putih . Kadang-kadang Shila digelar Shila Amzah, bukan setakat namanya yang hampir sama, tapi mukanya pun ada iras-iras penyanyi terkenal di China tu. Kami selau gosipkan Shila dengan Syafuan. Haha. Sharmilla - bercermin mata dan yang paling putih antara semua. Snowwhite gelarannya. Periang dan tak pernah marah. Ifa dan Ina - gabungan pasangan kawan baik yang sangat mantap. Macam-macam perangai diorang. Perangai gila-gila tapi pandai. Aku memang suka borak ngan diorang. Open gila. Memang tak kering gusi bila dengan diorang Ifa dan Ina.
Sedang Iskandar sibuk melihat kawannya yang lain keluar daripada bilik mesyuarat, dia disapa oleh seseorang. " Hai Iskandar ", Iskandar memang kenal benar dengan pemilik suara tersebut. Gadis yang berjaya mencuri hatinya. " Eh, hai Diyana ", Diyana - gadis ayu dan lemah lembut. Dia digilai oleh ramai jejaka di UM . " Awak belum balik lagi ? ", tanya Diyana lembut. " Belum.sa..saya ambil angin dulu,rehat ", jawab Iskandar sedikit gagap. Sebenarnya dia tidak menyangka Diyana akan menegurnya. " Awak free tak esok? ", tanya Diyana . " Err..maaf Diyana. Esok saya dah balik Johor dah", ujar Iskandar. " Eh, bukan awak orang Sarawak ke?", tanya Diyana,keliru. " Ya tapi saya tinggal kat Johor. Lama dah. Dari kecil", jawab Iskandar. "Oh..emm tak pe la, Saya balik dulu. Assalamualaikum", Diyana terus bergerak ke keretanya. Selepas menjawab salam suci itu, Iskandar terus mengeluh. Cis! Kalau aku tahu dia ajak aku jalan esok, lusa aku balik Johor! bisik Iskandar dalam hati. " Melepas melepas", keluh Iskandar.
No comments:
Post a Comment