SPM

80+ days to go , wish the best for me

Saturday, 20 December 2014

LOST - BAB 15

Nasib mereka baik hari ini kerana mrereka terjumpa anak sungai. Fitri , Iskandar, Izaq dan Marsha meng-
ambil kesempatan mandi di sungai itu untuk membersihkan diri mereka. Sempat juga mereka menyimbah air
antara satu sama lain. Masalah yang menyelebenggu mereka dilupakan seketika.Aisya,Shamilla dan Haslinda
hanya merendamkan kaki mereka. Syafuan, Arin dan Haziq pula sedang sibuk membuat unggun api untuk membakar ikan yang diperoleh hasil tangkapan Iskandar, Izaq dan Fitri. Membuat unggun api tak menjadi masalah buat Haziq kerana dia sudah biasa berkhemah di dalam hutan ketika sekolah menengah.Pengalaman
dan ilmunya banyak membantu mereka semua sepanjang terperangkap di dalam hutan.


" Wei kena mata aku tak guna ! ", jerit Iskandar apabila air yang dipercik oleh Marsha kena matanya."Padan
muka kau ! Haha ", ketawa Marsha. Hubungan antara Marsha dan Iskandar semakin pulih selepas insiden
ini. Aisya hanya memandang dengan sedikit perasaan cemburu. Sebenarnya dia menyukai Iskandar, namun
dia hanya memendamnya. Aisya juga tak akan biarkan cemburu menguasai dirinya. Khayalan Aisya pecah
apabila ditegur oleh Shamilla. " Wei Aisya, jomlah makan ikan bakar . Sedap wei ". Mereka semua makan
dengan gelojoh. Ya lah , dah lama tak makan makanan berat. Sebelum ni mereka cuma makan buah yang
terdapat di hutan ni saja.



Tiba-tiba bunyi serigala kedengaran. Mereka mula cemas. " Oh tidak ! Cepat tinggalkan tempat ni ! ", kata Haziq. Mereka pun meninggalkan tempat itu dengan segera dan pantas. Bunyi serigala itu semakin perlahan. " Dah jauh ni, apa kata kita berhenti dulu. Lagipun bunyi serigala tu pun makin perlahan ", ujar Syafuan. " Kak Linda, kakak okay ke ?", tanya Arin. " Saya okay, jangan risau ", luka di kaki Haslinda belum sembuh sepenuhnya. Namun belum sempat mereka berehat, sekumpulan binatang muncul di depan mereka. Ia bukan serigala tetapi.....

No comments:

Post a Comment