SPM

80+ days to go , wish the best for me

Sunday, 28 December 2014

LOST - BAB 18

Mereka berlari lintang-pukang. Sekumpulan makhluk berwajah kerbau berbadan beruang mengejar mereka. " Sana ! ", Ariel tunjuk ke arah satu gua. Mereka semua pun meluru masuk ke dalam gua tersebut. Namun belum sempat Nazrin hendak pergi ke arah gua tersebut, dia telah ditanduk oleh seekor makhluk itu lalu terjatuh ke dalam gaung. " Arghh!! Tolong !! ", jerit Nazrin sebelum kepalanya terhantuk pada batu besar. " Nazrin ! ", Ariel hendak keluar daripada gua namun sempat dihalang oleh Asyraf. " Jangan Ariel ! Kau dah tak dapat buat apa-apa! ", Shila mula menangis. Namun dia menahan suara tangisannya kerana takut di- dengari oleh makhluk itu. Selepas beberapa minit, makhluk itu pun beredar dari situ.



" Nampaknya mereka sudah pergi " , ujar Megat. Tiba-tiba seekor serangga menggigit lengan Haizam menyebabkan lelaki itu tergaru-garu. " Ouch apa benda ni !", lengannya menjadi merah dan kesan gigitan dapat dilihat. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi berdesing-desing membingitkan telinga. Mereka terkejut melihat serangga-serangga itu meluru ke arah mereka. " Lari cepat ! ", jerit Ariel. Sekali lagi mereka dalam situasi yang mencemaskan. Sudah jatuh ditimpa tangga. Ketika berlari menyelamatkan diri, Ariel , Din dan Shila terjatuh ke dalam satu lubang besar. " Arghh!!", Mereka terus terjatuh ke dalam satu lubang yang amat panjang dan gelap


Asyraf, Megat dan Syahmina pula terus terjun ke dalam sungai menyebabkan kumpulan serangga itu patah balik. " Mana mereka yang lain ?", tanya Megat apabila mereka sudah keluar daripada sungai. " Maybe mereka lari kat tempat lain kot ", jawab Syamina tenang. " Eh Haizam, kau okay tak ni ?", tanya Asyraf bila lihat Haizam seperti mahu pitam. " Aku...rasa tak sihatlah ", ujar Haizam lalu rebah. " Haizam ! " " Badan dia panas, kita mesti cari penawar cepat!", ujar Megat. " Tak...per...lu.. ", kata Haizam sampai terbatuk-batuk. Haizam muntah darah. " Aku dah...tak tahan", kata Haizam lagi dengan lemah. Racun daripada serangga itu tadi nampaknya telah meresap ke seluruh tubuh Haizam hingga membunuh sel-sel di dalam badan Haizam. " Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah ", selepas mengucap , mata Haizam tertutup dan nadinya mula berhenti. Megat mula menangis dan memeluk mayat Haizam. " Dahlah Megat, tak boleh merapati mayat", ujar Asyraf. " Lebih baik uruskan dia cepat", Syahmina yang dari tadi diam mula bersuara. Mujurlah Megat pernah mengikuti kelas uruskan jenazah semasa dia bersekolah di sekolah agama dulu,

No comments:

Post a Comment