SPM

80+ days to go , wish the best for me

Monday, 15 December 2014

LOST - BAB 10

Dalam kapal terbang, Fitri dan Hilmi berebut-rebut hendak duduk di sebelah tingkap.Gelagat mereka menjadi perhatian penumpang pesawat. Adohai budak dua orang ni, macam tak pernah naik kapal terbang, Iskandar menutup mukanya menahan malu. Macam macam tol budak kecik dua orang ni. Iskandar pula duduk tengah-tengah antara Izaq dan Ariel. Sebenarnya dia pun nak duduk di sebelah tingkap tapi sempat dirampas oleh Izaq. Tak jauh beza dengan perangai adik-adiknya. " Wei Iz, apa nama adik kau yang tu ek? ", Ariel tunjuk ke arah Fitri. "Fitri, kenapa ? ", "Comel siot. Haha", " Eleh, abang dia lagi comel, siap ada pakej hidung orang putih lagi. Haha", Izaq menyampuk. " Hidung orang putih ek? Kau nak aku tanduk muka kau dengan hidung ni ke? Haha" , ujar Iskandar lalu mereka bertiga ketawa. Kedengaran juga suara tawa Ifa dan Ina di belakang, entah apa yang disembangkan mereka berdua lantak lah. Tiba-tiba seorang pramugari berkulit putih melintasi mereka. " Fuyoo hot sia..", ujar Megat. " Kau ni tak puas lagi ke dengan Mila? Jangan curang bro", ujar Haizam. " Aku main-main je kau pahal?", " Eleh aku gurau je relax la bro"


Sepanjang perjalanan semuanya normal setakat ni. Banyak yang sudah lena dibuai mimpi masing-masing. Izaq pula sudah tertidur di bahu Iskandar. Eee budak ni kalau air liur kau kena aku siap. Bisik Iskandar.
Namun tiba-tiba " Jangan bergerak ! Kapal terbang ni dirampas ! ", jerit seorang lelaki yang memegang revolver. Kemudian dua lagi lelaki bertopeng berdiri dan mengacukan pistolnya. Macam mana senjata tu boleh lepas daripada terkesan? Bisik Iskandar dalam hati . " Siapa melawan aku tembak !" . Semua penumpang berasa takut dan cemas. Suasana menjadi bising dengan tangisan dan teriakan penumpang. Iskandar mula cemas dan berdoa agar mereka semua selamat daripada segala malapetaka. Kedengaran Aisya di hadapan berzikir sambil menangis. Mengharapkan pertolongan Yang Maha Esa. Suasana di dalam pesawat semakin bising. " Diam ! ", teriak salah seorang pengganas bertopeng itu. " Tolonglah lepaskan kami", rayu seorang tua bangsa cina. " Aku kata diam ! ", baru sahaja pengganas itu mahu menembak penumpang tersebut, pantas rakannya menghalang. " Jangan Din ! Kita bukan nak membunuh ! "

No comments:

Post a Comment