SPM

80+ days to go , wish the best for me

Saturday, 13 December 2014

LOST - BAB 9

" Baju dah , seluar dah, haa apa lagi belum ek?", tanya Fitri pada Faizal dan Hilmi. " Em dah semua kot", jawab Faizal. Hilmi cuma mengangguk. " Oi korang tiga dah ke belum? Awat lama sangat ? ", tanya Iskandar dari bawah. " Okay dah", jawab mereka bertiga serentak. Pap pap pap . " Mak ai, lajunya turun tangga", kata Aman. " Ya Allah , jangan berlari turun tangga! Nanti jatuh! ", tegur Datin Lisa pada anak-anaknya.
" Aman , Iskandar , jaga diri-diri baik, jaga adik-adik kamu tu . Ingat jangan lupa baca doa, jangan lupa solat ", pesan Datin Lisa.  " Anak-anak abah jaga diri okay? Abah minta maaf tak dapat ikut. Ingat pesan-pesan kami", kata Dato'Azmi pula ketika bersalaman dengan mereka. Ketika Datin Lisa berlsalaman dengan mereka, timbul perasaan tidak senang hati dalam dirinya. " Ish kenapa ni. Ya Allah Lisa janganlah pikir yang bukan-bukan. Kemudian Pak Abu pun menghantar mereka ke airport.


Ketika di lapangan terbang, Iskandar mencari-cari kelibat teman-temannya. Ha...itu pun diaorang. Ada yang datang sendiri, ada yang dengan kawan dan ada yang dengan keluarga. " Iz ! ", Asyraf , Izzue , Arin dan Ariel melambainya dari jauh. "Jom! ", arah Iskandar kepada adik beradiknya. " Wah bawa geng nampak ! ", kata Izzue. " Haha ni adik beradik aku", Iskandar pun perkenalkan mereka kepada adik beradiknya. Kemudian mereka terserempak dengan Izzul, Zafri dan Izaq. " Yang ni abang aman, kerja kat syarikat pa..err syarikat eriza.", Iskandar sedikit lagi hampir tersasul sebut ' papa ' . Ariel dan Izaq cuma tersenyum. " Yang hidung macam aku ni Faizal , yang dua ni lagi Fitri dan Hilmi ", " Yo bro ! ", tegur Ifa dan Ina . " Yeah bro ! ", sahut Iskandar sambil menunjukkan simbol ' rock' . Memang jadi kebiasaan mereka untuk buat
macam tu kalau mereka jumpa. Ina terpukau melihat Faizal. Hensemnya mamat ni. Macam muka Iz tapi lebih hensem. Tiba-tiba Faizal melilhat ke arahnya. Mata mereka bertembung. Cantiknya kawan abang Iz ni. Ina jadi malu sendiri bila terkantoi. Cepat-cepat dia melarikan pandangan. Namun dia tak dapat menghilangkan senyumannya.




No comments:

Post a Comment