Bahagianya hatiku,
selepas aku kenal dirimu,
bahagianya hidupku
Cerah,cerahnya hariku,
munculnya dirimu,
memberi aku semangat baru
*Usah, usahlah kau lari,
pergi dari aku,
ku kan mengejar
walau di mana kau berada
kerna kaulah permata
**Janganlah , jangan engkau pergi,
setialah , setia di sisiku,
sengsara hidupku, bila tanpamu,
oh permata hatiku
syukur,ku melafaz syukur,
terhadap ilahi,kerna
mempertemukan kita
ceria ,cerianya diriku,
bila kamu sentiasa di sisiku
*
**
sesungguhnya aku bertuah,
kerana mempunyai permata
seperti kamu .
*
**
oh permata hatiku ~
No comments:
Post a Comment