Ia bukan serigala tetapi berwajah seperti kerbau dengan tanduk runcing. Giginya pula sangat tajam dan bermata merah. Badannya seperti beruang yang membolehkan ia berdiri seperti manusia. " Ya Allah apa ni ?" , " Kita dah dikepung ! ", Makhluk itu meluru ke arah Aisya namun Iskandar sempat menolak Aisya lalu kaki
nya dirempuh oleh makhluk itu. " Arghh", nasib Iskandar kerana hanya terkena sedikit. Haziq dan Syafuan pun mengambil kayu dan bersedia untuk melawan makhluk tersebut. Mujurlah makhluk itu tidak banyak, hanya lima tetapi cukup menggerunkan mereka semua. Makhluk berwajah kerbau berbadan beruang itu me-
nyerang Haziq namun sempat dipukul Haziq. Makhluk itu terjatuh dan menyeringai. Bunyinya seperti serigala.
Namun bunyinya sangat halus. " Fitri , Aisya , Shamilla ! Lari cepat ! ", jerit Marsha. " Tapi..", Fitri hendak menigkah. " Aku kata pergi ! ", jerit Marsha lagi. Mereka bertiga pun lari meredah hutan dan mencari tempat selamat.
Marsha menyerang makhluk itu menggunakan kayu sehingga rebah makhluk itu dibuatnya. Haziq dan Syaf-
uan berusaha menumbangkan makhluk itu yang cuba mencakar dan menanduk mereka. Makhluk itu berjaya mencakar Haziq hingga koyak bajunya dan darah mengalir daripada bahu Haziq. " Tak guna ! ", jerit Syafuan lalu menendang makhluk itu sekuat hatinya dan memukul kepala makhluk itu menggunakan kayu sekuat hatinya. Seekor lagi makhluk hendak mencakar Iskandar tetapi sempat dihadang oleh Izaq. Kelihatan darah mengalir daripada tangan Izaq. Marsha semakin lemah. Walau kuat mana pun dia, kudrat nya tetap paling lemah antara mereka semua. Makhluk berwajah kerbau berbadan beruang berlari hendak menanduk Marsha tetapi sempat ditolak oleh Arin. Tanduk makhluk itu tertusuk ke dalam badan Arin.
Darah Arin menyeruak daripada mulutnya. Arin terus rebah dan dalam beberapa saat, dia menghembuskan nafas terakhirnya selepas mengucap dua kalimah syahadah. Marsha menjerit bagai terkena histeria. " Tak guna! ", Marsha terus bangun dan menendang kepala makhluk itu hingga jatuh rebah makhluk tersebut. Marhsa tak sangka Arin sanggup berkorban nyawa demi nya. Haziq dan Syafuan terus bertahan menangkis setiap serangan makhluk itu. Namun tenaga Syafuan semakin lemah. Seekor makhluk itu mengambil kesempatan lalu mencakar muka Syafuan, Syafuan menjerit kesakitan lalu rebah. " Syafuan ! ", jerit Haziq lalu mendekati Syafuan. Nafas Syafuan naik turun perlahan.
Macam mana nak kalahkan mereka ni ? Fikir Iskandar. Tenaga mereka makin kurang. Mustahil mereka dapat mengalahkan makhluk tersebut kalau menggunakan fizikal semata-mata. Tiba-tiba dia ternampak sarang tebuan, Haa.. Iskandar mendapat akal. Iskandar mengambil kayu panjang lalul melemparkannya ke sarang tebuan. Nasibnya baik kerana balingannya mengena. " Kawan-kawan lari ! ", jerit Iskandar lalu menarik tangan Izaq. Mereka semua terus berlari dan terjun ke dalam sungai tempat mereka mandi tadi. Mujurlah tidak berapa jauh. Haziq mengangkat Syafuan dan Izaq pula mengangkat mayat Arin. Makhluk berwajah kerbau berbadan beruang itu pun lari selamatkan diri apabila diserang oleh tebuan. Maksudnya kelemahan makhluk itu adalah tidak pandai berenang. Alhamdulillah. Desis Iskandar lalu tersenyum dan mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment