SPM

80+ days to go , wish the best for me

Sunday, 28 December 2014

LOST - BAB 19

Izzul dan Zafri sedang berbual-bual kosong dengan Ifa selepas menikmati ikan-ikan bakar. Ina pula duduk bersebelahan dengan Faizal. Siti dan Hilmi sudah terlena daripada tadi. Ina kasihan melihat wajah sugul Faizal. " Faizal, awak rindu abang awak ke ?", tanya Ina. " Ya, dia abang yang baik, saya tak nak kehilangan dia", jawab Faizal. Ada air jernih mengalir di matanya. " Awak sabarlah , Insha Allah kita akan jumpa abang awak dalam keadaan selamat.", ujar Ina. " Awak cantik ", puji Faizal tiba-tiba. Entah kenapa perkataan tu keluar daripada mulut dia. " Er, thanks Faizal", Ina tersipu malu apabila dipuji begitu. " Ina...saya..", belum sempat Faizal menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi serunai. Bunyinya mengerikan. " Bunyi apa tu ?", tanya Izzul. Mereka mencari-cari dari arah mana bunyi itu datang. Panik. Hilmi terus memegang lengan abagnya dan Siti bersembunyi di belakang Ina. " Alamat tak baik, bagus kita pergi dari sini! ", ujar Zafri.



Namun belum sempat mereka melangkah, sekumpulan makhluk muncul di hadapan mereka. Rupanya amat menakutkan. Seperti mayat hidup. Dengan muka mengerikan dan jalan terbongkok-bongkok. " Ghoul!", jerit Faizal. Bilangan makhluk itu tidak banyak namun cukup mengerikan mereka dengan kuku tajam dan taring yang panjang. Seekor ghaul hendak menyerang Ifa namun disepak oleh Izzul. Ghoul itu terpelanting ke belakang. Makhluk itu semakin mendekati mereka, Izzul dan Zafri pula melawan mereka. Sebagai jaguh silat,   mereka berdua mempunyai ilmu dalam seni mempertahankan diri. Faizal pula mengambil kayu panjang dan menghentak kepala ghoul itu sekuat hatinya. " Arghh! ", Seekor ghoul telah mencakar belakang Izzul namun terus disepaknya hingga terpelanting makhluk ngeri itu. " Tak guna ! ", Darah mengalir dari belakang badan Izzul.


" Aduhh!", Zafri hampir tertewas. Zafri jatuh dan hampir-hampir dicakar oleh makhluk itu namun Zafri sempat menendang perut makhluk itu. Faizal pula bertungkus-lumus melawan makhluk-makhluk itu sehingga tenaganya semakin lemah. Tanpa disedari seekor makhluk tersebut melompat hendak mencakar Faizal dengan kukunya yang tajam. Tanpa berfikir panjang, Hilmi menghalang makhluk itu lalu kuku panjang Ghoul itu menusuk tubuh badannya. " Arghh!!", Hilmi menjerit nyaring. " Hilmi ! ", Faizal berlari ke arah Hilmi dan terus menyepak lalu memukul Ghoul itu sepuas hatinya. Bunyi seruling kedengaran lagi. Makhluk-makhluk itu pun lari ke dalam hutan lalu menghilang. Izzul merasa nadi Hilmi. Dia menggeleng. Memberi isyarat yang Hilmi sudah pergi. Faizal menangis dan memeluk adiknya. Mereka yang lain memandang sayu.

No comments:

Post a Comment