lalu bersalaman dengan Ariel. Mereka yang lain mula memberanikan diri mendekati Din. Sepasang mata melihat mereka, Kemudian terbang menghilangkan diri. Syahmina terperanjat. Kita tak bersendirian. Gumam Syahmina dalam hati.
" Sedap juga rasa ikan fresh-fresh ni dibakar ", kata Ifa. " Well, tengoklah siapa yang tangkap ikan ni. Pe-
muda yang segak lagi macho", kata Izzul. " Eleh perasan. Wei Zafri , awat abang hang ni perasan gila. Menyampah aku. Setakat ikan kecik ni. Macho konon, bigfoot adalah. Berbulu ! Hahaha", kata Ifa lalu ketawa. " Abang aku memang macho pun, sama macam adik dia , heheh ", ujar Zafri. " Ceh, dua kali lima je adik beradik ni rupanya. Ingatkan nak bela aku tadi. Huh ! Pakai la baju wei! Dahlah tak cukur..Eww.." luah Ifa sambil menunjukkan reaksi mahu muntah. " Yelaa pakai la ni ", kata Izzul dan Zafri serentak. Mereka berdua baru sahaja selepas mandi di sungai. Mereka agak beruntung kerana terjumpa sungai lebih awal daripada kumpulan yang lain.
Ina pula sedang sibuk melayan Siti, gadis berumur 12 tahun. " Siti bercuti dengan keluarga ke ? ", tanya Ina. " Ya", jawab Siti. Matanya bengkak kerana menangis daripada tadi. Puas sudah dipujuk oleh Ina dan Ifa. " Jangan risau okay? Kak Ina yakin parents Siti selamat. Lagipun kami semua kan ada", Ina cuba memberi semangat kepada gadis kecil itu. Siti cuma tersenyum kecil. " Haa macam tu lah ", ujar Ina lalu mencuit pipi Siti.
" Abang , Hilimi nak cari mereka yang lain . Hilmi takut sangat ", luah Hilimi pada Faizal sambil menangis. " Jangan takut Hilmi, Faizal yakin mereka semua selamat. Mereka kuat. Mereka akan datang selamatkan kita. Percayalah., ", ujar Faizal dalam keadaan sebak. Sebenarnya dia pun tak yakin apa yang dikatanya benar. Dia cuma berharap Allah akan selamatkan mereka semua dan dijumpakan kembali kepada adik-beradiknya yang lain. Mangsa terbaru...bisik satu suara kemudian terus menghilang di sebalik pokok. Suara apa tu ? Bisik Faizal. Kyahalan je kot.
No comments:
Post a Comment