Ariel memegang pinggangnya. Masih terasa sakit selepas jatuh ke dalam lubang yang dalam. Mujurlah dia jatuh di atas rimbunan-rimbunan daun. Kurang sikit rasa sakitnya. Tapi nasibnya malang kerana Shila dan Din terhempap ke atas badannya. Mereka terjatuh ke dalam sebuah tempat yang besar. " Tak sangka ada tempat yang besar camni dalam tanah ", ujar Shila. " Kan? Siap ada banyak lagi pokok-pokok buah dan mata air, pelik tempat ni ", kata Din. Sejak bersama mereka, Din menjadi semakin baik. Ariel banyak mengajarnya tentang Islam. Din bagaikan hidup semula. Kalau dulu, islamnya sekadar di IC namun kini ia sudah meresap ke dalam hatinya. Walaupun mereka sesat dalam hutan, solat tidak pernah sekalipun mereka tinggalkan.
Tiba-tiba kedengaran bunyi orang memijak ranting-ranting kayu. " Syhh, jangan bising " arah Ariel. Shila menggigil ketakutan, takut kalau-kalau makhluk itu muncul lagi. Din pula berzikir dan berjaga-jaga. Memohon perlindungan daripada Allah yang Maha Berkuasa. Ariel memegang kayu. Bersedia untuk ber- tindak kalau-kalau musuh muncul secara mengejut. Tiba-tiba satu lembaga muncul dan Ariel mengangkat kayunya dan ingin memukul lembaga itu. " Jangan ! ", tegah satu suara. " Ariel ? ", " Dzarif?!, Diyana! Cik Vanida ! ", jerit Ariel. Shila terus meluru dan memeluk Diyana dan Cik Vanida. Kayu yang dipegangnya terlepas. Ariel terus memeluk Dzharif. " Alhamdulillah, jumpa juga kita akhirnya ", luah Shila lalu menangis. " Syukur kita bertemu jugak sahabat", kata Dzharif. " Diyana awak okay?", tanya Shila. " Saya okay, rindunya kat korang ", kata Diyana dengan air matanya yang masih mengalir. Din hanya menyaksikan peristiwa itu dengan perasaan terharu. Tanpa sedar, air matanya turut mengalir. Kawan-kawannya semua sudah terkorban sebelum sempat kembali ke jalan Allah. Dalam hati, Din bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk berubah.
No comments:
Post a Comment