SPM

80+ days to go , wish the best for me

Wednesday, 10 December 2014

LOST - BAB 3

" Eh Is , tak balik lagi ke ? ", tanya Izzul dan Zafri. " Belum, nak rehat kejap. Penat." , jawab Iskandar. Izzul dan Zafri merupakan pasangan adik beradik. Izzul merupakan abang yang agak nakal dan baran tapi lebih matang. Dia merupakan jaguh dalam silat manakala Zafri adalah adik yang manja. Kadang-kadang perangai-   nya mengalahkan budak-budak. 2 kali 5 dengan Dzarif. Mereka berdua tak pernah berenggang. Ke sana sini berkepit. " Ingat tunggu girlfriend tadi, haha ", ujar Izzul lalu mengundang tawa Zafri . " Ow..Abang Is dah pandai couple-couple ek? Haha ", sambung Zafri. " Ish, mana da. Betul lah tengah rehat . ", jawab Iskandar. Ish ada jugak patah gigi diorang berdua ni nanti , tersengih-sengih nanti masuk hospital oleh aku baru tau. Eh tapi nanti masuk paper aku jugak yang susah. Gumam Iskandar. " Gurau je haha. Okay kami balik dulu ek, assalamualikum ", Izzul dan Zafri memberi salam serentak. " Yelaa..Waalaikumsalam, bawa kereta elok-elok", pesan Iskandar. Zafri memberikan tanda thumbs up pada Iskandar.


Ketika Iskandar hendak memusingkan badannya, dia terlanggar dengan Marsha lalu air yang dibawa Marsha tumpah ke bajunya " Hoi budak ! Buta ke apa?! Sepak kang! ", tengking Marsha. Marsha - gadis tomboi yang memang terkenal dengan kebengisannya. Perangai mengalahkan jantan. Tapi Marsha merupakan antara pelajar yang terpandai dalam kampus. Cuma keterampilannya tidak menunjukkan bahawa dia merupakan seorang gadis yang genius. " Sorrylah ! Aku tak perasan k ! Yang kau tengking - tengking pahal ?! ", tengking Iskandar pula, tak mahu kalah. Besar kecik besar kecik je aku tengok mamat ni. Bisik Marsha. " Cis ! Kau sengajakan ? Dah aku nak blah ! Malas aku tengok muka pinnochio kau ! Syahmina jom balik ! ", Marsha terus menarik lengan cousin nya itu lalu menuju ke kereta. Syahmina - sepupu kepada Marsha. Wajahnya cantik tapi sangat misteri. Dia selalu dilihat bercakap seorang diri.


" Huh ! Perempuan tak guna ! " , getus Iskandar . Ketika hendak masuk ke keretanya, Iskandar mendengar seseorang menjerit namanya. " Is ! Iskandar ! ", jerit Izaq dari jauh. " Hah, kenapa ni Izaq ? " , tanya Iskandar. " Err,,bole aku tumpang kau tak ? Heheh..please..", Izaq merayu dengan memberi muka 10 sen nya. " Comel, Haha ", puji Iskandar. " Well, i know i'm cute ", Izaq memuji dirinya tanpa malu. " Dah-dah, kau nak perasan kat sini atau nak ikut aku ? Jom gerak ! " " Okay thanks Iskandar ", ujar Izaq lalu mencubit pipi Iskandar. " Oi ni pahal pulak. Ingat aku baby ke apa ? ", Iskandar memegang pipinya yang dicubit Izaq. Sakit jugak mamat ni cubit .Tak guna betul. " Memang baby pun. Baby pinocchio ! ", jawab Izaq selamba lalu ketawa. " Cis, punya hensem muka aku pinocchio dikatanya! Tak boleh jadi ni ! " Iskandar terus mengejar Izaq macam budak-budak kecil main tangkap hantu. Seperti anak-anak kecil. Pelajar-pelajar yang berada di situ memandang mereka dengan penuh hairan. Ada yang menggeleng-geleng dan ada yang tertawa dengan ulah mereka.

No comments:

Post a Comment