SPM

80+ days to go , wish the best for me

Monday, 29 December 2014

LOST - BAB 21

Ariel memegang pinggangnya. Masih terasa sakit selepas jatuh ke dalam lubang yang dalam. Mujurlah dia jatuh di atas rimbunan-rimbunan daun. Kurang sikit rasa sakitnya. Tapi nasibnya malang kerana Shila dan Din terhempap ke atas badannya. Mereka terjatuh ke dalam sebuah tempat yang besar. " Tak sangka ada tempat yang besar camni dalam tanah ", ujar Shila. " Kan? Siap ada banyak lagi pokok-pokok buah dan mata air, pelik tempat ni ", kata Din. Sejak bersama mereka, Din menjadi semakin baik. Ariel banyak mengajarnya tentang Islam. Din bagaikan hidup semula. Kalau dulu, islamnya sekadar di IC namun kini ia sudah meresap ke dalam hatinya. Walaupun mereka sesat dalam hutan, solat tidak pernah sekalipun mereka tinggalkan.


Tiba-tiba kedengaran bunyi orang memijak ranting-ranting kayu. " Syhh, jangan bising " arah Ariel. Shila menggigil ketakutan, takut kalau-kalau makhluk itu muncul lagi. Din pula berzikir dan berjaga-jaga. Memohon perlindungan daripada Allah yang Maha Berkuasa. Ariel memegang kayu. Bersedia untuk ber- tindak kalau-kalau musuh muncul secara mengejut. Tiba-tiba satu lembaga muncul dan Ariel mengangkat kayunya dan ingin memukul lembaga itu. " Jangan ! ", tegah satu suara. " Ariel ? ", " Dzarif?!, Diyana! Cik Vanida ! ", jerit Ariel. Shila terus meluru dan memeluk Diyana dan Cik Vanida. Kayu yang dipegangnya terlepas. Ariel terus memeluk Dzharif. " Alhamdulillah, jumpa juga kita akhirnya ", luah Shila lalu menangis. " Syukur kita bertemu jugak sahabat", kata Dzharif. " Diyana awak okay?", tanya Shila. " Saya okay, rindunya kat korang ", kata Diyana dengan air matanya yang masih mengalir. Din hanya menyaksikan peristiwa itu dengan perasaan terharu. Tanpa sedar, air matanya turut mengalir. Kawan-kawannya semua sudah terkorban sebelum sempat kembali ke jalan Allah. Dalam hati, Din bersyukur kerana diberi peluang kedua untuk berubah.

LOST - BAB 20

" Kapten, rasanya ada tak pesawat yang datang selamatkan kita ? Dah lama ni ", tanya Izzue. " Saya yakin ada. Kita sabarlah. Pasti ada ! ", tegas Kapten Rahman. Dia amat yakin pasti ada pesawat yang datang mencari mereka. Rosyam hanya duduk di bawah sebatang pokok besar. ' Jarang aku dengar budak ni bercakap' bisik Kapten Rahman. Aman merenung ke arah sungai. Dia begitu risau dan rindu dengan adik-adiknya. " Ke manalah mereka agaknya. Selamat kah diorang ?", Aman bermonolog sendiri. Tiba-tiba bunyi seruling kedengaran. Mereka semua terdiam dan berpandangan sesama sendiri. " Bunyi apa tu ?", tanya Fauzan. Mukanya pucat.


Tiba-tiba beberapa ekor ular berwarna putih bermata merah muncul dari merata tempat. Mereka mula panik. " Bertenang, jangan bergerak ", kata Kapten Rahman. Mata ular itu bergerak-gerak seiring dengan pergerakan mereka. Ular-ular putih itu mula mendekati mereka. " Lari ! ", Fauzan dan Shah membuka langkah seribu dan meninggalkan tempat itu dengan pantas. " Jangan ! Bodoh ! ", jerit Kapten Rahman. Ular-ular itu pun mengejar mereka dengan kelajuan yang luar biasa. Belum sempat mereka hendak menyelamat- kan Fauzan dan Shah, ular-ular itu memancutkan cecair merah ke tubuh badan mereka berdua. " Arghh!!", tubuh mereka melecur. Izzue,Rosyam,Aman dan Kapten Rahman tergamam melihat tragedi itu. Baru sahaja ular-ular itu hendak menelan Fauzan dan Shah, tiba-tiba kedengaran lagi bunyi serunai lalu ular-ular itu pergi ke dalam semak dan menghilangkan diri.


Mereka berempat mendekati Fauzan dan Shah. Sudah terlambat. Fauzan dan Shah sudah kaku menjadi mayat.  ' Apa yang berlaku sebenarnya?", tanya Izzue. " Ular itu hanya dapat mengesan melalui pergerakan. Matanya hanya melihat kepada objek yang bergerak dan tidak yang statik", terang Kapten Rahman. Aman bertambah risau. " Ya Allah, kau selamatkan adik-adik aku ", bisik Aman lalu mengalirkan air mata.

Sunday, 28 December 2014

LOST - BAB 19

Izzul dan Zafri sedang berbual-bual kosong dengan Ifa selepas menikmati ikan-ikan bakar. Ina pula duduk bersebelahan dengan Faizal. Siti dan Hilmi sudah terlena daripada tadi. Ina kasihan melihat wajah sugul Faizal. " Faizal, awak rindu abang awak ke ?", tanya Ina. " Ya, dia abang yang baik, saya tak nak kehilangan dia", jawab Faizal. Ada air jernih mengalir di matanya. " Awak sabarlah , Insha Allah kita akan jumpa abang awak dalam keadaan selamat.", ujar Ina. " Awak cantik ", puji Faizal tiba-tiba. Entah kenapa perkataan tu keluar daripada mulut dia. " Er, thanks Faizal", Ina tersipu malu apabila dipuji begitu. " Ina...saya..", belum sempat Faizal menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi serunai. Bunyinya mengerikan. " Bunyi apa tu ?", tanya Izzul. Mereka mencari-cari dari arah mana bunyi itu datang. Panik. Hilmi terus memegang lengan abagnya dan Siti bersembunyi di belakang Ina. " Alamat tak baik, bagus kita pergi dari sini! ", ujar Zafri.



Namun belum sempat mereka melangkah, sekumpulan makhluk muncul di hadapan mereka. Rupanya amat menakutkan. Seperti mayat hidup. Dengan muka mengerikan dan jalan terbongkok-bongkok. " Ghoul!", jerit Faizal. Bilangan makhluk itu tidak banyak namun cukup mengerikan mereka dengan kuku tajam dan taring yang panjang. Seekor ghaul hendak menyerang Ifa namun disepak oleh Izzul. Ghoul itu terpelanting ke belakang. Makhluk itu semakin mendekati mereka, Izzul dan Zafri pula melawan mereka. Sebagai jaguh silat,   mereka berdua mempunyai ilmu dalam seni mempertahankan diri. Faizal pula mengambil kayu panjang dan menghentak kepala ghoul itu sekuat hatinya. " Arghh! ", Seekor ghoul telah mencakar belakang Izzul namun terus disepaknya hingga terpelanting makhluk ngeri itu. " Tak guna ! ", Darah mengalir dari belakang badan Izzul.


" Aduhh!", Zafri hampir tertewas. Zafri jatuh dan hampir-hampir dicakar oleh makhluk itu namun Zafri sempat menendang perut makhluk itu. Faizal pula bertungkus-lumus melawan makhluk-makhluk itu sehingga tenaganya semakin lemah. Tanpa disedari seekor makhluk tersebut melompat hendak mencakar Faizal dengan kukunya yang tajam. Tanpa berfikir panjang, Hilmi menghalang makhluk itu lalu kuku panjang Ghoul itu menusuk tubuh badannya. " Arghh!!", Hilmi menjerit nyaring. " Hilmi ! ", Faizal berlari ke arah Hilmi dan terus menyepak lalu memukul Ghoul itu sepuas hatinya. Bunyi seruling kedengaran lagi. Makhluk-makhluk itu pun lari ke dalam hutan lalu menghilang. Izzul merasa nadi Hilmi. Dia menggeleng. Memberi isyarat yang Hilmi sudah pergi. Faizal menangis dan memeluk adiknya. Mereka yang lain memandang sayu.

LOST - BAB 18

Mereka berlari lintang-pukang. Sekumpulan makhluk berwajah kerbau berbadan beruang mengejar mereka. " Sana ! ", Ariel tunjuk ke arah satu gua. Mereka semua pun meluru masuk ke dalam gua tersebut. Namun belum sempat Nazrin hendak pergi ke arah gua tersebut, dia telah ditanduk oleh seekor makhluk itu lalu terjatuh ke dalam gaung. " Arghh!! Tolong !! ", jerit Nazrin sebelum kepalanya terhantuk pada batu besar. " Nazrin ! ", Ariel hendak keluar daripada gua namun sempat dihalang oleh Asyraf. " Jangan Ariel ! Kau dah tak dapat buat apa-apa! ", Shila mula menangis. Namun dia menahan suara tangisannya kerana takut di- dengari oleh makhluk itu. Selepas beberapa minit, makhluk itu pun beredar dari situ.



" Nampaknya mereka sudah pergi " , ujar Megat. Tiba-tiba seekor serangga menggigit lengan Haizam menyebabkan lelaki itu tergaru-garu. " Ouch apa benda ni !", lengannya menjadi merah dan kesan gigitan dapat dilihat. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi berdesing-desing membingitkan telinga. Mereka terkejut melihat serangga-serangga itu meluru ke arah mereka. " Lari cepat ! ", jerit Ariel. Sekali lagi mereka dalam situasi yang mencemaskan. Sudah jatuh ditimpa tangga. Ketika berlari menyelamatkan diri, Ariel , Din dan Shila terjatuh ke dalam satu lubang besar. " Arghh!!", Mereka terus terjatuh ke dalam satu lubang yang amat panjang dan gelap


Asyraf, Megat dan Syahmina pula terus terjun ke dalam sungai menyebabkan kumpulan serangga itu patah balik. " Mana mereka yang lain ?", tanya Megat apabila mereka sudah keluar daripada sungai. " Maybe mereka lari kat tempat lain kot ", jawab Syamina tenang. " Eh Haizam, kau okay tak ni ?", tanya Asyraf bila lihat Haizam seperti mahu pitam. " Aku...rasa tak sihatlah ", ujar Haizam lalu rebah. " Haizam ! " " Badan dia panas, kita mesti cari penawar cepat!", ujar Megat. " Tak...per...lu.. ", kata Haizam sampai terbatuk-batuk. Haizam muntah darah. " Aku dah...tak tahan", kata Haizam lagi dengan lemah. Racun daripada serangga itu tadi nampaknya telah meresap ke seluruh tubuh Haizam hingga membunuh sel-sel di dalam badan Haizam. " Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah ", selepas mengucap , mata Haizam tertutup dan nadinya mula berhenti. Megat mula menangis dan memeluk mayat Haizam. " Dahlah Megat, tak boleh merapati mayat", ujar Asyraf. " Lebih baik uruskan dia cepat", Syahmina yang dari tadi diam mula bersuara. Mujurlah Megat pernah mengikuti kelas uruskan jenazah semasa dia bersekolah di sekolah agama dulu,

Tuesday, 23 December 2014

LOST - BAB 17

" Disebabkan aku dia mati", Marsha menangis. Inilah kali pertama mereka melihat Marsha mengangis. Selepas peristiwa tadi, Arin dan Syafuan telah dikebumikan di satu tempat yang agak lapang. Syafuan juga gagal diselamatkan. " Jangan cakap macam tu Marsha. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Ini qada' dan qadar Allah. Kita mesti redha.", pesan Aisya lalu memeluk Masrha untuk memberikan sedikit ketenangan kepada dia. " Tak sangka jadi macam ni. Mulai sekarang kita semua kena sentiasa bersiap sedia. Mungkin binatang pelik tu akan datang lagi ", kata Iskandar. Mereka semua mengangguk mengiyakan apa yang dikata Iskandar. Selepas mengerjakan solat isya' berjemaah, mereka pun berehat. Sungguh hari ni merupakan hari paling pelik dan memenatkan bagi mereka semua. 

Shamilla, Aisya , Haslinda dan Marsha sudah lena dibuai mimpi. Selalunya mereka susah untuk melelapkan mata kerana gangguan nyamuk. Tetapi mungkin kerana terlalu penat, mudah sahaja mereka menidurkan diri kali ini. Fitri pula sudah lena di paha abangnya seperti biasa. Walaupun sudah berumur 15 tahun, namun dia masih manja dengan Iskandar. Haziq pula tidur di bawah sebatang pokok besar tak jauh daripada mereka. Haziq menjadi pendiam selepas kematian Syafuan dan Arin. Iskandar dan Izaq pula tidak dibenarkan tidur kerana mereka ditugaskan untuk mengawasi keselamatan mereka. Sistem bergilir-gilir dilakukan. Selepas mereka, Haziq dan Fitri akan mengambil alih tugas mereka. 


" Izaq, thanks sebab selamatkan aku. Tangan kau dah okay tak ?", tanya Iskandar apabila melihat Izaq kerap memegang tangannya yang luka. " Sorrylah sebab aku, kau yang cedera ", tambah Iskandar. Dia melihat kesan cakaran di tangan Izaq. " Takda apa-apalah. Sikit je ni. Lagipun Kak Linda dah rawat tadi ", ujar Izaq. " Kau ni , cam mana kalau cakaran tu dalam tadi? Kenapa kau sanggup buat macam ni? Bahaya tau tak", bertubi-tubi soalan diajukan Iskandar. Dia memang risau akan keselamatan sahabatnya yang seorang ni . “ Sebab aku sayangkan kau lah. Kau kan sahabat aku “, kata Izaq. Iskandar senyum. “ saying jugak kau kat aku kan. Haha “, Iskandar ketawa. ‘ Iz..”, Izaq terus memegang tangan Iskandar. “ Ni pahal pulak?”, Iskandar hairan. “ Aku ngantok lah goodnight ye”, Izaq terus merebahkan badannya ke bahu Iskandar. “ Woi , takkan kau nak aku jaga sorang-sorang malam ni”, “ Alaa kau kan hero, pandai-pandai kau lah nak jaga seorang diri. Aku ngantuk”, kata Izaq sambil matanya sudah tertutup. “ Woi bangunlah”, Iskandar menggoyang-goyangkan bahunya namun tiada reaksi. “ Ish budak ni, kalau tak kenangkan kau dah selamatkan aku, lama dah aku tumbuk haha”. 
 

LOST - BAB 16

Ia bukan serigala tetapi berwajah seperti kerbau dengan tanduk runcing. Giginya pula sangat tajam dan bermata merah. Badannya seperti beruang yang membolehkan ia berdiri seperti manusia. " Ya Allah apa ni ?" , " Kita dah dikepung ! ", Makhluk itu meluru ke arah Aisya namun Iskandar sempat menolak Aisya lalu kaki
nya dirempuh oleh makhluk itu. " Arghh", nasib Iskandar kerana hanya terkena sedikit. Haziq dan Syafuan pun mengambil kayu dan bersedia untuk melawan makhluk tersebut. Mujurlah makhluk itu tidak banyak, hanya lima tetapi cukup menggerunkan mereka semua. Makhluk berwajah kerbau berbadan beruang itu me-
nyerang Haziq namun sempat dipukul Haziq. Makhluk itu terjatuh dan menyeringai. Bunyinya seperti serigala.
Namun bunyinya sangat halus. " Fitri , Aisya , Shamilla ! Lari cepat ! ", jerit Marsha. " Tapi..", Fitri hendak menigkah. " Aku kata pergi ! ", jerit Marsha lagi. Mereka bertiga pun lari meredah hutan dan mencari tempat selamat.



Marsha menyerang makhluk itu menggunakan kayu sehingga rebah makhluk itu dibuatnya. Haziq dan Syaf-
uan berusaha menumbangkan makhluk itu yang cuba mencakar dan menanduk mereka. Makhluk itu berjaya mencakar Haziq hingga koyak bajunya dan darah mengalir daripada bahu Haziq. " Tak guna ! ", jerit Syafuan lalu menendang makhluk itu sekuat hatinya dan memukul kepala makhluk itu menggunakan kayu sekuat hatinya. Seekor lagi makhluk hendak mencakar Iskandar tetapi sempat dihadang oleh Izaq. Kelihatan darah mengalir daripada tangan Izaq. Marsha semakin lemah. Walau kuat mana pun dia, kudrat nya tetap paling lemah antara mereka semua. Makhluk berwajah kerbau berbadan beruang berlari hendak menanduk Marsha tetapi sempat ditolak oleh Arin. Tanduk makhluk itu tertusuk ke dalam badan Arin.


Darah Arin menyeruak daripada mulutnya. Arin terus rebah dan dalam beberapa saat, dia menghembuskan nafas terakhirnya selepas mengucap dua kalimah syahadah. Marsha menjerit bagai terkena histeria. " Tak guna! ", Marsha terus bangun dan menendang kepala makhluk itu hingga jatuh rebah makhluk tersebut. Marhsa tak sangka Arin sanggup berkorban nyawa demi nya. Haziq dan Syafuan terus bertahan menangkis setiap serangan makhluk itu. Namun tenaga Syafuan semakin lemah. Seekor makhluk itu mengambil kesempatan lalu mencakar muka Syafuan, Syafuan menjerit kesakitan lalu rebah. " Syafuan ! ", jerit Haziq lalu mendekati Syafuan. Nafas Syafuan naik turun perlahan.


Macam mana nak kalahkan mereka ni ? Fikir Iskandar. Tenaga mereka makin kurang. Mustahil mereka dapat mengalahkan makhluk tersebut kalau menggunakan fizikal semata-mata. Tiba-tiba dia ternampak sarang tebuan, Haa.. Iskandar mendapat akal. Iskandar mengambil kayu panjang lalul melemparkannya ke sarang tebuan. Nasibnya baik kerana balingannya mengena. " Kawan-kawan lari ! ", jerit Iskandar lalu menarik tangan Izaq. Mereka semua terus berlari dan terjun ke dalam sungai tempat mereka mandi tadi. Mujurlah tidak berapa jauh. Haziq mengangkat Syafuan dan Izaq pula mengangkat mayat Arin. Makhluk berwajah kerbau berbadan beruang itu pun lari selamatkan diri apabila diserang oleh tebuan. Maksudnya kelemahan makhluk itu adalah tidak pandai berenang. Alhamdulillah.  Desis Iskandar lalu tersenyum dan mengucapkan syukur kepada Yang Maha Esa.

Saturday, 20 December 2014

LOST - BAB 15

Nasib mereka baik hari ini kerana mrereka terjumpa anak sungai. Fitri , Iskandar, Izaq dan Marsha meng-
ambil kesempatan mandi di sungai itu untuk membersihkan diri mereka. Sempat juga mereka menyimbah air
antara satu sama lain. Masalah yang menyelebenggu mereka dilupakan seketika.Aisya,Shamilla dan Haslinda
hanya merendamkan kaki mereka. Syafuan, Arin dan Haziq pula sedang sibuk membuat unggun api untuk membakar ikan yang diperoleh hasil tangkapan Iskandar, Izaq dan Fitri. Membuat unggun api tak menjadi masalah buat Haziq kerana dia sudah biasa berkhemah di dalam hutan ketika sekolah menengah.Pengalaman
dan ilmunya banyak membantu mereka semua sepanjang terperangkap di dalam hutan.


" Wei kena mata aku tak guna ! ", jerit Iskandar apabila air yang dipercik oleh Marsha kena matanya."Padan
muka kau ! Haha ", ketawa Marsha. Hubungan antara Marsha dan Iskandar semakin pulih selepas insiden
ini. Aisya hanya memandang dengan sedikit perasaan cemburu. Sebenarnya dia menyukai Iskandar, namun
dia hanya memendamnya. Aisya juga tak akan biarkan cemburu menguasai dirinya. Khayalan Aisya pecah
apabila ditegur oleh Shamilla. " Wei Aisya, jomlah makan ikan bakar . Sedap wei ". Mereka semua makan
dengan gelojoh. Ya lah , dah lama tak makan makanan berat. Sebelum ni mereka cuma makan buah yang
terdapat di hutan ni saja.



Tiba-tiba bunyi serigala kedengaran. Mereka mula cemas. " Oh tidak ! Cepat tinggalkan tempat ni ! ", kata Haziq. Mereka pun meninggalkan tempat itu dengan segera dan pantas. Bunyi serigala itu semakin perlahan. " Dah jauh ni, apa kata kita berhenti dulu. Lagipun bunyi serigala tu pun makin perlahan ", ujar Syafuan. " Kak Linda, kakak okay ke ?", tanya Arin. " Saya okay, jangan risau ", luka di kaki Haslinda belum sembuh sepenuhnya. Namun belum sempat mereka berehat, sekumpulan binatang muncul di depan mereka. Ia bukan serigala tetapi.....

LOST - BAB 14

" Kita berehatlah sini dulu", ujar Kapten Rahman. Izzue , Fauzan , Rosyam, Shah dan Aman hanya menurut
saja perintah Kapten Rahman. Sudah sehari suntuk mereka berjalan mencari perkampungan atau pantai ,
namun belum membuahkan hasil. "Tempat ni takda perkampungan ke apa ?", keluh Izzue lalu terduduk. Badannya yang gempal melambatkan pergerakannya. " Aku yakin ada, kan kita terjumpa jerat tadi. Mean
that ada perkampungan sekitar sini. ", kata Shah. " Hei Aman, kau ni aku tengok dari tadi diam. Kenapa?",
tanya Fauzan. Fauzan dan Aman sebenarnya merupakan kenalan lama. Mereka berdua pernah sekolah sama
dulu. " Aku risaukan adik-adik aku. Aku harap diorang selamat", luah Aman. Air matanya mengalir.



Aman begitu risau dengan keselamatan adiknya. Fauzan menepuk-nepuk belakang rakannya. " Don't worry
okay. Aku yakin diorang selamat, hempasan tu taklah teruk sangat sebab kita sempat landing. Kau doalah semoga Allah mempertemukan korang", ujar Fauzan. Aman terus memeluk Fauzan dan menangis semahu-mahunya. Rosyam pula hanya memandang mereka . Sukar sekali hendak mendengar suara lelaki ni. Sungguh ! ."  Rindu adik ye? Hahah ".. bisik satu suara ." Pergi sekarang ! " , perintah suara misteri itu . " Baik. "







Friday, 19 December 2014

LOST - BAB 13

Suasana mula sepi. Masing-masing lena dibuai khayalan sendiri. Tiba-tiba mereka terdengar sayup-sayup suara orang meminta tolong. " Hei dengar tak ? ", tanya Ariel. " Arah sana !", jerit Shila. Mereka semua pun berlari ke arah tersebut. " Tolong!", " Pengganas ! ", Mereka terkejut apabila melihat pengganas yang bernama Din tadi meminta tolong. Din  sudah terkena jerat. Mukanya ke bawah dan kakinya terangkat ke atas. " Tolong aku , rayu Din. Mereka teragak-agak untuk membantu Din. " Aku janji takkan apa-apa kan kalian. Tolong kasihanilah aku ", rayu Din lagi. Ariel menapak ke depan. Nazrin cuba menghalang tetapi ditepis Ariel. " Kau gila ke ? Dia tu pengganas ! Biarkan dia ! ", bisik Haizam. Takut juga dia kalau-kalau Din dengar apa yang dicakapnya. " Takpa, mungkin ini peluang untuk dia berhijrah. Kita tujuh, dia satu. apa nak takut ?", bisik Ariel pada mereka semua. Ariel pun merungkaikan tali yang bersimpul di  pokok . Bukk! Din jatuh ke tanah dan terus dihampiri Ariel. " Terima kasih. Aku janji tak kan cederakan kalian", ujar Din 
lalu bersalaman dengan Ariel. Mereka yang lain mula memberanikan diri mendekati Din. Sepasang mata melihat mereka, Kemudian terbang menghilangkan diri. Syahmina terperanjat. Kita tak bersendirian. Gumam Syahmina dalam hati. 




" Sedap juga rasa ikan fresh-fresh ni dibakar ", kata Ifa. " Well, tengoklah siapa yang tangkap ikan ni. Pe-
muda yang segak lagi macho", kata Izzul. " Eleh perasan. Wei Zafri , awat abang hang ni perasan gila. Menyampah aku. Setakat ikan kecik ni. Macho konon, bigfoot adalah. Berbulu ! Hahaha", kata Ifa lalu ketawa. " Abang aku memang macho pun, sama macam adik dia , heheh ", ujar Zafri. " Ceh, dua kali lima je adik beradik ni rupanya. Ingatkan nak bela aku tadi. Huh ! Pakai la baju wei! Dahlah tak cukur..Eww.." luah Ifa sambil menunjukkan reaksi mahu muntah. " Yelaa pakai la ni ", kata Izzul dan Zafri serentak. Mereka berdua baru sahaja selepas mandi di sungai. Mereka agak beruntung kerana terjumpa sungai lebih awal daripada kumpulan yang lain. 


Ina pula sedang sibuk melayan Siti, gadis berumur 12 tahun. " Siti bercuti dengan keluarga ke ? ", tanya Ina. " Ya", jawab Siti. Matanya bengkak kerana menangis daripada tadi. Puas sudah dipujuk oleh Ina dan Ifa. " Jangan risau okay? Kak Ina yakin parents Siti selamat. Lagipun kami semua kan ada", Ina cuba memberi semangat kepada gadis kecil itu. Siti cuma tersenyum kecil. " Haa macam tu lah ", ujar Ina lalu mencuit pipi Siti. 

" Abang , Hilimi nak cari mereka yang lain . Hilmi takut sangat ", luah Hilimi pada Faizal sambil menangis. " Jangan takut Hilmi, Faizal yakin mereka semua selamat. Mereka kuat. Mereka akan datang selamatkan kita. Percayalah., ", ujar Faizal dalam keadaan sebak. Sebenarnya dia pun tak yakin apa yang dikatanya benar. Dia cuma berharap Allah akan selamatkan mereka semua dan dijumpakan kembali kepada adik-beradiknya yang lain. Mangsa terbaru...bisik satu suara kemudian terus menghilang di sebalik pokok. Suara apa tu ? Bisik Faizal. Kyahalan je kot. 

LOST - BAB 12

" Pengsan jugak ? ", Iskandar terkejut apabila tahu yang rakan-rakannya juga pengsan sebelum kapal terbang terhempas. " Apa yang berlaku sebenarnya? Macam mana kita boleh selamat ? ", tanya Haziq pula. Semua orang terdiam. Tidak ada jawapan untuk soalan Haziq. " Biarlah, yang penting kita selamat sekarang/ Syukurlah kepada Allah ", jawab Aisya. Yang lain cuma mengangguk dan mengiakannya. Suasana hening seketika. . Pramugari tadi, Haslinda sedang dijaga dan dirawat oleh Marsha , Aisya dan Shamilla. Arin, Syafuan dan Haziq pula sedang leka berbual di satu sudut. Fitri pula terlena di paha abangnya. " Iz, aku takutlah. Camna kalau kita kat sini selamanya? ", luah Izaq pada Iskandar. " Ya Allah , kau ni Izaq, janganlah fikir macam tu. Allah sentiasa ada untuk kita. Lagipun, kau tak keseorangan, kami kan ada", Iskandar memberi semangat pada kawannya sambil mengusap ubun kepala adiknya. Selamatkanlah adik beradik ku yang lain ya Allah, doa Iskandar dalam hati. Izaq tersenyum melihat bagaimana Iskandar menjaga adiknya. Penuh kasih sayang jugak kawan aku ni. Haha.. Tidak semena-mena Izaq mengenggam tangan Iskandar, " Iz, tolong jangan pernah tinggalkan aku. Aku takut kat sini ", " Ya, aku janji , kawan ", Iskandar pun merebahkan dirinya ke bahu Izaq. " Kau ni kan Iz, buat aku rindu kat adik aku lah", Ada sendu di sebalik kata-katanya. Dia masih kurang yakin adakah  dia akan selamat kembali ke pangkuan keluarga. Izaq terus mencium dahi Iskandar. Semoga persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.



" Wei, kau rasa ada tak penyelamat yang jumpa kita kat sini ? ", tanya Asyraf. " Aku yakin. Malaysia akan
hantar banyak pesawat untuk cari kita ", jawab Ariel. " Kita berserah je lah pada Allah. In sha Allah semuanya akan selamat", kata Nazrin, cuba memberi semangat kepada mereka semua. Asyraf, Ariel , Haizam, Nazrin , Megat , Shila dan Syahmina sekarang membentuk satu kumpulan kecil antara penumpang yang terselamat. " Aku rasa pesawat tu tak akan jumpa kitalah. Mungkin kita sekarang di sebalik hijab. ", ujar Haizam. " Ish ! Kau ni pahal ! Cubalah bagi semangat sikit, bukannya lemahkan semangat ", kata Megat,   rendah suaranya namun tegas dan keras. " Dah dah, relax, jangan risau, InsyaAllah pasukan penyelamat akan datang ", Ariel cuba memberi semangat apabila melihat Shila mula menangis kesan daripada mulut laser Haizam. " Aku rasakan, mesti ada banyak lagi yang terselamat ", luah Asyraf. Mereka yang lain hanya mengangguk.

Wednesday, 17 December 2014

LOST - BAB 11

Tiba-tiba kapal terbang bergegar. Semua penumpang pesawat terkejut dan ada yang sampai terjatuh kerana impak gegaran itu. Gegaran semakin kuat. Banyak beg-beg yang jatuh ke atas kepala penumpang-penumpang sehingga banyak yang rebah. Darah bertaburan di sana sini. Iskandar pula terhantuk dan terjatuh  daripada kerusi. Keadaan semakin kacau bilau, penumpang berteriakan dan meminta tolong. Cuma Allah yang dapat bantu mereka saat ini. " Allahuakbar ! Allahuakbar ! ", kedengaran kapten kapal melaungkan takbir. Gegaran semakin kuat. Semakin ramai penumpang yang gugur dan berlanggar sesama sendiri. Keadaan menjadi semakin huru hara selepas salah seorang pengganas tadi tertembak salah seorang penum-
pang gara-gara gegaran pesawat. Darah penumpang itu memercik. Penumpang-penumpang semakin ketaku-
tan. " Iskandar, tolong ! ", jerit Diyana dengan menangis teresak-esak.  Iskandar cuba untuk menghampiri
Diyana tetapi satu beg besar telah menghempap dirinya. Suasana menjadi gelap.


Iskandar tersedar. Aku kat mana ni ? Hutan ? Dia cuba untuk bangun namun kepalanya terasa berdenyut-
denyut. Baru dia sedar akan peristiwa yang terjadi sebentar tadi. Alhamdulillah aku selamat. Tapi macam mana aku boleh selamat ? Seingatnya gegaran itu sangat kuat. Dia melihat bangkai pesawat. Mungkin masih banyak yang hidup, nampaknya pesawat itu tak terbakar. Tapi rasanya pesawat ni terbelah dua. Cuma sebahagian ada di sini. Fikir Iskandar. Dia cuba bangkit dengan perlahan-lahan. Arghh...sakitnya. Namun
Iskandar tetap bangkit. Dia yakin masih banyak yang bernasib baik sepertinya.


"Tolong ! Tolong ! ", Suara tu...Shamilla ! Dia pun mencari kelibat Shamilla. Kemudian dari jauh dia terlihat Fitri, Izaq , Haziq , Aisya dan Marsha cuba mengeluarkan Shamilla . Kaki Shamilla tersepit di bawah kerusi
pesawat. Selepas beberapa minat, akhirnya Shamilla berjaya dikeluarkan. " Alhamdulillah, thanks semua ", ujar Shamilla, muka putih nya kini dipenuhi dengan habuk-habuk hitam. Tiba-tiba Fitri terpandang Iskandar dari jauh. " Abang ! ", Fitri terus melulu ke arah abangnya. Namun langkahnya perlahan kerana badannya masih terasa sakit dan sengal-sengal. Iskandar terus memeluk adiknya yang telah menangis teresak-esak. Peristiwa itu membuatkan mereka yang lain berasa rawan hati. " Dah-dah, sabarlah . Ini semua ujian Allah ", Iskandar cuba memujuk adiknya. " Mana mereka yang lain ? " , tanya Iskandar, walaupun dia tahu tiada jawapan yang sesuai untuk soalannya. " Saya yakin mereka yang lain masih hidup. Mungkin mereka di tempat lain. Kan pesawat tu terbelah dua ", ujar Haziq. " Apa yang jadi sebenarnya, macam mana kita boleh selamat? " , tanya Iskandar. " Entah, aku pengsan . Bangun-bangun je terus kat sini ", jawab Haziq. " Ya aku pun ", ujar Iskandar. Mereka yang lain cuma mengangguk. Maksudnya mereka juga tidak sedar apa yang terjadi sebelum pesawat yang mereka naiki terhempas. Semua tak ingat ? Pelik. Fikir Iskandar. " Takpalah, baik ita rehat dulu. Nanti baru cari mereka yang lain ", ujar Izaq.

Monday, 15 December 2014

LOST - BAB 10

Dalam kapal terbang, Fitri dan Hilmi berebut-rebut hendak duduk di sebelah tingkap.Gelagat mereka menjadi perhatian penumpang pesawat. Adohai budak dua orang ni, macam tak pernah naik kapal terbang, Iskandar menutup mukanya menahan malu. Macam macam tol budak kecik dua orang ni. Iskandar pula duduk tengah-tengah antara Izaq dan Ariel. Sebenarnya dia pun nak duduk di sebelah tingkap tapi sempat dirampas oleh Izaq. Tak jauh beza dengan perangai adik-adiknya. " Wei Iz, apa nama adik kau yang tu ek? ", Ariel tunjuk ke arah Fitri. "Fitri, kenapa ? ", "Comel siot. Haha", " Eleh, abang dia lagi comel, siap ada pakej hidung orang putih lagi. Haha", Izaq menyampuk. " Hidung orang putih ek? Kau nak aku tanduk muka kau dengan hidung ni ke? Haha" , ujar Iskandar lalu mereka bertiga ketawa. Kedengaran juga suara tawa Ifa dan Ina di belakang, entah apa yang disembangkan mereka berdua lantak lah. Tiba-tiba seorang pramugari berkulit putih melintasi mereka. " Fuyoo hot sia..", ujar Megat. " Kau ni tak puas lagi ke dengan Mila? Jangan curang bro", ujar Haizam. " Aku main-main je kau pahal?", " Eleh aku gurau je relax la bro"


Sepanjang perjalanan semuanya normal setakat ni. Banyak yang sudah lena dibuai mimpi masing-masing. Izaq pula sudah tertidur di bahu Iskandar. Eee budak ni kalau air liur kau kena aku siap. Bisik Iskandar.
Namun tiba-tiba " Jangan bergerak ! Kapal terbang ni dirampas ! ", jerit seorang lelaki yang memegang revolver. Kemudian dua lagi lelaki bertopeng berdiri dan mengacukan pistolnya. Macam mana senjata tu boleh lepas daripada terkesan? Bisik Iskandar dalam hati . " Siapa melawan aku tembak !" . Semua penumpang berasa takut dan cemas. Suasana menjadi bising dengan tangisan dan teriakan penumpang. Iskandar mula cemas dan berdoa agar mereka semua selamat daripada segala malapetaka. Kedengaran Aisya di hadapan berzikir sambil menangis. Mengharapkan pertolongan Yang Maha Esa. Suasana di dalam pesawat semakin bising. " Diam ! ", teriak salah seorang pengganas bertopeng itu. " Tolonglah lepaskan kami", rayu seorang tua bangsa cina. " Aku kata diam ! ", baru sahaja pengganas itu mahu menembak penumpang tersebut, pantas rakannya menghalang. " Jangan Din ! Kita bukan nak membunuh ! "

Saturday, 13 December 2014

LOST - BAB 9

" Baju dah , seluar dah, haa apa lagi belum ek?", tanya Fitri pada Faizal dan Hilmi. " Em dah semua kot", jawab Faizal. Hilmi cuma mengangguk. " Oi korang tiga dah ke belum? Awat lama sangat ? ", tanya Iskandar dari bawah. " Okay dah", jawab mereka bertiga serentak. Pap pap pap . " Mak ai, lajunya turun tangga", kata Aman. " Ya Allah , jangan berlari turun tangga! Nanti jatuh! ", tegur Datin Lisa pada anak-anaknya.
" Aman , Iskandar , jaga diri-diri baik, jaga adik-adik kamu tu . Ingat jangan lupa baca doa, jangan lupa solat ", pesan Datin Lisa.  " Anak-anak abah jaga diri okay? Abah minta maaf tak dapat ikut. Ingat pesan-pesan kami", kata Dato'Azmi pula ketika bersalaman dengan mereka. Ketika Datin Lisa berlsalaman dengan mereka, timbul perasaan tidak senang hati dalam dirinya. " Ish kenapa ni. Ya Allah Lisa janganlah pikir yang bukan-bukan. Kemudian Pak Abu pun menghantar mereka ke airport.


Ketika di lapangan terbang, Iskandar mencari-cari kelibat teman-temannya. Ha...itu pun diaorang. Ada yang datang sendiri, ada yang dengan kawan dan ada yang dengan keluarga. " Iz ! ", Asyraf , Izzue , Arin dan Ariel melambainya dari jauh. "Jom! ", arah Iskandar kepada adik beradiknya. " Wah bawa geng nampak ! ", kata Izzue. " Haha ni adik beradik aku", Iskandar pun perkenalkan mereka kepada adik beradiknya. Kemudian mereka terserempak dengan Izzul, Zafri dan Izaq. " Yang ni abang aman, kerja kat syarikat pa..err syarikat eriza.", Iskandar sedikit lagi hampir tersasul sebut ' papa ' . Ariel dan Izaq cuma tersenyum. " Yang hidung macam aku ni Faizal , yang dua ni lagi Fitri dan Hilmi ", " Yo bro ! ", tegur Ifa dan Ina . " Yeah bro ! ", sahut Iskandar sambil menunjukkan simbol ' rock' . Memang jadi kebiasaan mereka untuk buat
macam tu kalau mereka jumpa. Ina terpukau melihat Faizal. Hensemnya mamat ni. Macam muka Iz tapi lebih hensem. Tiba-tiba Faizal melilhat ke arahnya. Mata mereka bertembung. Cantiknya kawan abang Iz ni. Ina jadi malu sendiri bila terkantoi. Cepat-cepat dia melarikan pandangan. Namun dia tak dapat menghilangkan senyumannya.




LOST - BAB 8

Iskandar merenung ke arah swimming pool di hadapannya. Malas mahu berenang, sejuk. Keluarga Iskandar taklah sekaya keluarga Izaq kerana syarikat Encik Azmi atau sebenarnya Dato'Azmi tidak sebesar syarikat ayah Izaq. Namun, kedua-dua syarikat ini menjalankan hubungan perdagangan. Cuma Izaq dan Ariel saja yang tahu status sebenar keluarga Iskandar. Kawannya yang lain tidak tahu. Lagipun mereka sekeluarga memang mengamalkan keserdehanaan.


Derasnya jatuh rebah patah sayapku ~ . Tiba-tiba lagu Patah daripada Stacy kedengaran. Iskandar terus melihat siapa yang mendailnya. Diyana ! Alangkah gembiranya dia hingga melompat-lompat macam anak kera. " Hai awak ! ", ujar Iskandar gembira. " Assalamualaikum Is, ", " Err...waalaikumsalam hehe..", alamak kena lagi aku ! Nampak beno gelojoh. " Awak tak tidur lagi?", tanya Diyana. "Eh tengah tidur la ni , krohh krohh ", " Ish awak ni main-main lah ", Diyana tertawa.

Siapalah yang adik aku call malam-malam buta ni. Ceria betul mukanya. Ni mesti ada something ni.. Urmm..baik aku tengok hehe.. gumam Aman. Ketika Iskandar meletakkan telefonnya, Aman terus memegang bahu adiknya. " Call gf ker?" " Oh cina ! ", Iskandar terlompat sedikit kerana terkejut. Aman hanya ketawa. Melatah jugak adik aku ni rupanya. " Hish abang ni kejut je tau. Takda la kawan je la.", Iskandar menafikannya. " Ye la tu kawan, abang dah dengar tau setiap perbualan Iskandar tadi. Haha ", ujar Aman. What??? Abang Aman dengar?? Malunya! Rasa nak je aku selam kan diri dalam swimming pool sekarang ! bisik Iskandar. " Besar dah adik abang ni, dah pandai bercinta dah. Apa nama dia tadi?" , tanya Aman. " Err..Diyana ", nak tak nak, terpaksa juga Iskandar mengaku. " Okay lah bang, Iz dah ngantuk lah..warghh..tengok dah menguap ni selamat malam assalamualaikum", ujar Iskandar. Taktik selamatkan diri..hehe.. " Ye la waalaikumsalam " .

LOST - BAB 7

Ketika ini , Encik Azmi sekeluarga sedang menikmati makan malam mereka. Semuanya dimasak oleh Puan Lisa dan Mak Su , orang gaji di rumah mereka. Ada kari ayam, bubur pedas ( makanan tradisional Sarawak), ia adalah campuran rempah-rempah, seafood , ikan siakap 3 rasa , fuyoo...sedap gila menu malam ni, lama dah tak pekenan masakan mak. Iskandar tersenyum sendiri. " Eh Iskandar ni dah kenapa senyum sorang-sorang?", tanya Puan Lisa kehairanan. " Biasalah mak, orang dah jatuh cinta. Hehe ", jawab Aman. "Oi, mana da. Iz rindu sangat dengan masakan mak dengan mak su.", jawab Iskandar tersengih-sengih. "Haih, pandai anak ayah ni cover, hahaha ", usik Encik Azman. Dinner mereka malam ni penuh dengan gelak ketawa. " Alhamdulillah, aku gembira tengok keluarga ni happy, walaupun aku bukan keluarga mereka, tapi mereka tak pernah menganggap aku orang asing", bisik Mak Su.


" Ma, Pa , awa eda ish wak cakap ", tanya Iskandar sambil mulutnya penuh dengan makanan. " Ha? Cubalah telan dulu,baru cakap. Ni tak, satu apa kami tak paham", tegur Puan Lisa. Adohai, macam-macam betul la anak aku ni. " Iz nak cakap, tak lama lagi Iz ada ikut trip dengan Cik Vanida dan beberapa pelajar lain kat UM. Cik Vanida cakap,boleh bawa familiy, tapi kos tanggung sendiri lah. Iz kira nak ajak kita semua, boleh tak?", tanya Iskandar. Encik Azmi senyum kemudian menggeleng. " Maaf Iz, Papa tak dapat ikut. Papa sibuk sangat dengan urusan syarikat sekarang. Papa harap Iz faham", Encik Azmi hati-hati ketika berkata demikian, takut anaknya berkecil hati. Al maklum anak kedua dia ni walaupun dah berbulu kata orang, masih kuat merajuk. " Kalau papa tak dapat ikut, mama pun tak dapat lah", ujar Puan Lisa. Iskandar sedikit kecewa tetapi dia sembunyikan perasaannya kerana dia faham . Lagipun dia bersyukur sebab walaupun ayahnya pemilik syarikat Eriza sdn.bhd , ayahnya tetap berusaha meluangkan masa bersama mereka walau sesibuk mana pun dia. " Takpalah, abang ikut Iz ek? Abang cuti. Yang lain pun ikut, jangan dok terperap dalam rumah cuti ni. Buat outdoor activities sikit", tegur Aman kepada adik-adiknya. Mereka yang lain hanya mengangguk.

Permata

Diinspirasikan daripada lagu Amanaf2014- Without You. Aman(aku) cuma tahu tulis lirik , melodi korang pikir sendiri lah hehe ! Okay Enjoy!


Bahagianya hatiku,
selepas aku kenal dirimu,
bahagianya hidupku

Cerah,cerahnya hariku,
munculnya dirimu,
memberi aku semangat baru

*Usah, usahlah kau lari,
pergi dari aku,
ku kan mengejar
walau di mana kau berada
kerna kaulah permata

**Janganlah , jangan engkau pergi,
setialah , setia di sisiku,
sengsara hidupku, bila tanpamu,
oh permata hatiku

syukur,ku melafaz syukur,
terhadap ilahi,kerna
mempertemukan kita

ceria ,cerianya diriku,
bila kamu sentiasa di sisiku

*
**

sesungguhnya aku bertuah,
kerana mempunyai permata 
seperti kamu . 

*
**
oh permata hatiku ~

Friday, 12 December 2014

LOST - BAB 6

" Encik Azmi dan Puan Lisa menunggu ketibaan Iskandar ditemani oleh 3 orang lagi anaknya. " Mana abang Is ni?", keluh Fitri, tak sabar mahu berjumpa dengan abang kesayangannya. Sudah lama dia tunggu sampai naik lenguh kakinya. " Sabar lah , nanti kalau dia sampai aku dulu peluk dia ! ", ujar Faizal lalu menjelir lidah pada adiknya. Adik beradik Iskandar semuanya tak pandai berbahasa Sarawak kerana mereka membesar di Johor. Encik Azmi dan Puan Lisa cuma tersenyum melihat telatah anak mereka.


Lihat saja keluarga daripada jauh, Iskandar terus memeluk ayah dan ibunya. Rindu ya amat ! Lama dah tak balik. Puan Lisa mencium dahi anaknya. Kemudian Faizal, Fitri dan Helmi berebut-rebut hendak memeluk abangya, Iskandar tertawa melihat ulah mereka. " Haha rindunya kat adik-adik abang ni ", ujar Iskandar lalu memeluk ketiga-tiganya sekali. " Abang Iz! Mana hadiah? Hehe..", tanya Faizal. " Lah..tak ikhlas rupanya peluk abang ni. Haha.". " Eh ma , abang aman mana? ", tanya Iskandar apabila sedar yang abang sulungnya tidak ada bersama dengan mereka. " Abang kamu ada kerja, dia tak dapat datang", jawab Puan Lisa. " Bah, jom balik rumah. Muka Iskandar macam tak sabar-sabar je abah tengok nak baring kat katil. Haha"


" Ah rindunya bilik ni ! ", Iskandar terus mencium-cium dinding biliknya. Lagaknya macam Mr bean. " Amboi ni kenapa adik abang cium-cium bilik macam orang kena sampuk ni ?", Aman ketawa dengan gelagat adiknya. Haih macam budak-budak perangai. Aku fire jugak dia ni karang. " Abang Aman ! ", Iskandar terus meluru ke arah abangnya hingga terlanggar." Ya Allah budak ni, nasib tak jatuh abang. Perangai dari dulu sampai sekarang tak ubah-ubah", " Hehe sorry abang", Iskandar terus bersalaman dengan abangnya. " Ni dah solat ke belum?", tanya Aman. " Err belum lagi, nak solat la ni", " Dah pergi solat cepat, waktu zohor nak habis dah ni", Iskandar terus pergi ke bilik air dan mengambil wuduk untuk mengerjakan solat.

LOST - BAB 5

Iskandar duduk di sofa. Penglihatannya fokus pada skrin televisyen. Siaran 104 rancangan Pureen Chak-Chak Schawal. Kelihatan Awal dan Scha sama-sama mencium anak mereka. Sweetnnya...bisik Iskandar. Lalu Iskandar terkenangkan Diyana. Gadis ayu itu sentiasa berada di ingatannya. "Ba! ", "Oh mak kau!", Iskandar terkejut lalu keropok Twisties yang berada di tangannya terlepas. "Hahaha..sejak bila kau melatah ni", Ariel ketawa melihat ulah Iskandar. "Eh,sejak bila kawan aku ni berjiwang?", tanya Ariel sambil ketawa bila lihat saja skrin televisyen. "Mana da,aku tengok cerita lain tadi. Ni secara tak sengaja tertengok",jawab Iskandar sambil tersengih-sengih. "Waaffghh...ngantukla,aku tidur dulu ye",Iskandar menguap lalu masuk ke biliknya. Dari jauh, Ariel memandang dengan senyuman yang penuh makna. "Iskandar!", bisik Ariel lalu masuk ke biliknya.


" Ish nya tok eh, camne aku mok tido dak tok. Satu katil diambiknya ( Ish dia ni, macam mana aku nak tido, satu katil diambilnya) ", terkeluar dialek Sarawak Iskandar sambil tersengih-sengih melihat Izaq yang tidur terlentang di katil queen size nya.  " Iz, Iz, eh macam panggil nama sendiri pulak. Huhu..Oi Izaq, betulkan posisi tidur kau oi,aku pun nak tidur!", Iskandar menggerak-gerak tubuh Izaq. "Comelnya muka dia tidur,haha ada jugak kena siram air paip oleh aku nanti",gumam Iskandar. Tiba-tiba, dalam keadaan tidur, Izaq terus menarik tubuh Iskandar dan mencium pipinya. Lagaknya macam scene dalam cerita bujang lapok. Ish dia ni dah pahal. Iskandar geram lalu menggigit leher Izaq. "Arghh! Sakit! ", Izaq terbangun lalu menolak Iskandar sehingga menyebabkan dia terjatuh dari atas katil. "Aduh!",jerit Iskandar. " Is, tau lah ni malam pertama kita,tapi tak payah lah ganas sangat", Izaq sempat bergurau walaupun dalam keadaan mamai. Ish dia yang tarik aku, aku pulak yang kena, gumam Iskandar. " Dahla,tepi! Aku nak tido, esok pagi kena pergi airport. Balik Johor", Tiba-tiba Izaq memeluknya dari belakang. Gelagat manja Izaq mengingatkan dia pada adik-adiknya di rumah. Hei...rindunya! Tak sabar nak balik!

Thursday, 11 December 2014

LOST - BAB 4

" Kau tunggu sini ek",ujar Izaq. Izaq menyuruh Iskandar tunggu di depan rumah sewanya.Selepas beberapa minit,Iskandar terkejut melihat Izaq keluar dengan beberapa beg pakaian. "Eh kenapa ni?",tanya Iskandar,hairan. "Aku tak nak tinggal sini. Roomate aku selalu bawa masuk awek diorang,kadang-kadang minum-minum lagi.Aku tak tahan.Boleh tak aku tinggal dengan korang?Pasal sewa rumah biar daddy aku selesaikan tiap bulan",ujar izaq. "Yela,dah kau bawa beg berat-berat ni. Takkanlah aku nak tolak.",kata Iskandar. "Yeay thanks Is!",Izaq terus masukkan begnya dan mereka menuju ke rumah sewa Iskandar. "Eh Izaq?",Ariel hairan lihat Izaq masuk ke rumah sewa mereka dengan beg-beg pakaiannya. Dah pahal Izaq ni?Takkanlah nak jual pakaian kat rumah ni pulak? Tiba-tiba dia teringatkan Majibur,watak lelaki Paskitan yang dibawa oleh Syahrol Shiro,dia tersenyum sorang diri. "Ariel,ni kita punya roomate baru.Dia nak pindah sini.Apa yang bagusnya,Dato'Harun yang akan bayar sewa rumah.Hehe",kata Iskandar. "Betul ke? Wah itu sudah bagus,alhamdulillah.Thanks Izaq." "Sama-sama,yang penting aku dapat sama ngan korang",ujar Izaq pula. Selepas bersalaman dengan Izaq,Ariel terus masuk ke biliknya,rehat. "Sorrylah Izaq,rumah ni biasa je,taklah besar sangat.Nama pun sementara kan",kata Iskandar. "Eh takpa, kalau Izzue muat,maksudnya besar la tu. Haha", "Haha jahat jugak mulut kau ni" "Eh diorang mana ek?",tanya Izaq. "Keluar kot.Ish,jalan bukan nak ajak aku.",gumam Iskandar. Tiba-tiba Izaq terpandang sekotak rokok. Rokok?,bisik Izaq. "Jangan risau,aku ngan Ariel merokok kat luar rumah je,bukan dalam",Iskandar dapat melihat Izaq seperti kurang senang bila tengok rokok,maybe dia tak suka dengan asap rokok. Yalah,bahayakan. Entah bila aku nak stop merokok.Gumam hati Iskandar. "Rumah ni ada 3 bilik je,satu Arin dan Ariel,Izzue dan Asyraf. Kau boleh sebilik ngan aku.Tak kisah kan?Takut kau tak selesa pulak.",tanya Iskandar. "Eh,aku suka adalah!Haha",ujar Izaq lalu ketawa. Iskandar mengambil beg Izaq lalu masuk kebililknya. Izaq tergamam melihat bilik Iskandar. Cantik,bersih,kemas,macam tuan dia jugak. Izaq terus membaringkan badannya di katil Iskandar. "Cantik gila!Simple but nice!",puji Izaq. "Bah,aku nak solat dulu",ujar Iskandar lalu bergerak ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Wednesday, 10 December 2014

LOST - BAB 3

" Eh Is , tak balik lagi ke ? ", tanya Izzul dan Zafri. " Belum, nak rehat kejap. Penat." , jawab Iskandar. Izzul dan Zafri merupakan pasangan adik beradik. Izzul merupakan abang yang agak nakal dan baran tapi lebih matang. Dia merupakan jaguh dalam silat manakala Zafri adalah adik yang manja. Kadang-kadang perangai-   nya mengalahkan budak-budak. 2 kali 5 dengan Dzarif. Mereka berdua tak pernah berenggang. Ke sana sini berkepit. " Ingat tunggu girlfriend tadi, haha ", ujar Izzul lalu mengundang tawa Zafri . " Ow..Abang Is dah pandai couple-couple ek? Haha ", sambung Zafri. " Ish, mana da. Betul lah tengah rehat . ", jawab Iskandar. Ish ada jugak patah gigi diorang berdua ni nanti , tersengih-sengih nanti masuk hospital oleh aku baru tau. Eh tapi nanti masuk paper aku jugak yang susah. Gumam Iskandar. " Gurau je haha. Okay kami balik dulu ek, assalamualikum ", Izzul dan Zafri memberi salam serentak. " Yelaa..Waalaikumsalam, bawa kereta elok-elok", pesan Iskandar. Zafri memberikan tanda thumbs up pada Iskandar.


Ketika Iskandar hendak memusingkan badannya, dia terlanggar dengan Marsha lalu air yang dibawa Marsha tumpah ke bajunya " Hoi budak ! Buta ke apa?! Sepak kang! ", tengking Marsha. Marsha - gadis tomboi yang memang terkenal dengan kebengisannya. Perangai mengalahkan jantan. Tapi Marsha merupakan antara pelajar yang terpandai dalam kampus. Cuma keterampilannya tidak menunjukkan bahawa dia merupakan seorang gadis yang genius. " Sorrylah ! Aku tak perasan k ! Yang kau tengking - tengking pahal ?! ", tengking Iskandar pula, tak mahu kalah. Besar kecik besar kecik je aku tengok mamat ni. Bisik Marsha. " Cis ! Kau sengajakan ? Dah aku nak blah ! Malas aku tengok muka pinnochio kau ! Syahmina jom balik ! ", Marsha terus menarik lengan cousin nya itu lalu menuju ke kereta. Syahmina - sepupu kepada Marsha. Wajahnya cantik tapi sangat misteri. Dia selalu dilihat bercakap seorang diri.


" Huh ! Perempuan tak guna ! " , getus Iskandar . Ketika hendak masuk ke keretanya, Iskandar mendengar seseorang menjerit namanya. " Is ! Iskandar ! ", jerit Izaq dari jauh. " Hah, kenapa ni Izaq ? " , tanya Iskandar. " Err,,bole aku tumpang kau tak ? Heheh..please..", Izaq merayu dengan memberi muka 10 sen nya. " Comel, Haha ", puji Iskandar. " Well, i know i'm cute ", Izaq memuji dirinya tanpa malu. " Dah-dah, kau nak perasan kat sini atau nak ikut aku ? Jom gerak ! " " Okay thanks Iskandar ", ujar Izaq lalu mencubit pipi Iskandar. " Oi ni pahal pulak. Ingat aku baby ke apa ? ", Iskandar memegang pipinya yang dicubit Izaq. Sakit jugak mamat ni cubit .Tak guna betul. " Memang baby pun. Baby pinocchio ! ", jawab Izaq selamba lalu ketawa. " Cis, punya hensem muka aku pinocchio dikatanya! Tak boleh jadi ni ! " Iskandar terus mengejar Izaq macam budak-budak kecil main tangkap hantu. Seperti anak-anak kecil. Pelajar-pelajar yang berada di situ memandang mereka dengan penuh hairan. Ada yang menggeleng-geleng dan ada yang tertawa dengan ulah mereka.

Tuesday, 9 December 2014

LOST - BAB 2

Iskandar 

Okay. Biar aku perkenalkan kat korang kawan-kawan aku. Haziq - seorang yang tinggi lampai, putih . Haizam - bercermin mata dan mulut laser. Syafuan - paling senior dan paling matang antara kami semua. Fauzan - suka buat lawak yang memang selalunya menjadi. Maybe cita-cita dia nak jadi pelawak kot. Dzharif - macam kanak-kanak riang dan memang rapat dengan perempuan berbanding dengan lelaki. Rosyam - pendiam dan misteri. Aku pun tak banyak tahu pasal dia. Nazrin - mahir IT dan panas baran. Megat - sama macam Nazrin. Memang panas baran. Kalau mereka berdua gaduh, adui memang seram gila. Shah - abang sado UM. Berotot gila badan dah namanya hobby dia main gym. Mahu tak ketar ? Kamal - selamba tahap gila tapi selalu blur.

Ha..Yang tu lelaki. Ni perempuan pulak. Perempuan tak banyak sangat ikut trip ni . Aku kenalkan kat korang okay? Yalah, kalau aku tak kenalkan, korang blur pulak. Aisya - bertudung labuh. Penampilannya macam ustazah pilihan gitu. Tapi dia memang baik dan pandai masak. Hebatkan? Shila - tinggi , putih . Kadang-kadang Shila digelar Shila Amzah, bukan setakat namanya yang hampir sama, tapi mukanya pun ada iras-iras penyanyi terkenal di China tu. Kami selau gosipkan Shila dengan Syafuan. Haha. Sharmilla - bercermin mata dan yang paling putih antara semua. Snowwhite gelarannya. Periang dan tak pernah marah. Ifa dan Ina - gabungan pasangan kawan baik yang sangat mantap. Macam-macam perangai diorang. Perangai gila-gila tapi pandai. Aku memang suka borak ngan diorang. Open gila. Memang tak kering gusi bila dengan diorang Ifa dan Ina.


Sedang Iskandar sibuk melihat kawannya yang lain keluar daripada bilik mesyuarat, dia disapa oleh seseorang. " Hai Iskandar ", Iskandar memang kenal benar dengan pemilik suara tersebut. Gadis yang berjaya mencuri hatinya. " Eh, hai Diyana ", Diyana - gadis ayu dan lemah lembut. Dia digilai oleh ramai jejaka di UM . " Awak belum balik lagi ? ", tanya Diyana lembut. " Belum.sa..saya ambil angin dulu,rehat ", jawab Iskandar sedikit gagap. Sebenarnya dia tidak menyangka Diyana akan menegurnya. " Awak free tak esok? ", tanya Diyana . " Err..maaf Diyana. Esok saya dah balik Johor dah", ujar Iskandar. " Eh, bukan awak orang Sarawak ke?", tanya Diyana,keliru. " Ya tapi saya tinggal kat Johor. Lama dah. Dari kecil", jawab Iskandar. "Oh..emm tak pe la, Saya balik dulu. Assalamualaikum", Diyana terus bergerak ke keretanya. Selepas menjawab salam suci itu, Iskandar terus mengeluh. Cis! Kalau aku tahu dia ajak aku jalan esok, lusa aku balik Johor! bisik Iskandar dalam hati. " Melepas melepas", keluh Iskandar.

LOST - BAB 1

" Baiklah. Selamat bercuti semua. Ingat , petang ni ada meeting untuk trip kita ke Pulau Andaman, Sabah.
Jangan lupa datang tepat pada masa okay? ", pesan Cik Vanida. Cik Vanida merupakan pensyarah muda di
 Universiti Malaysia. Badannya yang kecil dan wajahnya yang anggun sering menjadi perhatian kepada
pensyarah-pensyarah bujang di UM. Namun Cik Vanida belum bersedia untuk berumah tangga sehinggakan
banyak lamaran lelaki yang ditolaknya.



" Alamak ! Traffic jam lah pulak. Aduhai masak aku! ", keluh Iskandar. Iskandar merupakan seorang mahasiswa berumur 22 tahun dari Sarawak. Tidak tinggi tidak rendah , so so kata orang. Iskandar kadang-kadang kebudak-budakan dan kadang-kadang matang. Namun dia disukai ramai kerana sifatnya yang rendah diri . Iskandar melihat jam di tangganya, " Aduh, lambat dah ni " . Ketika sampai, Iskandar terus memarkirkan Proton Suprima nya lalu terkejar-kejar ke kelas.




" Baiklah , semua dah sampai belum ? ", tanya Cik Vanida. " Belum, Iskandar belum datang lagi", jawab Asyraf. Asyraf - rakan baik Iskandar. Kulitnya hitam manis. Izzue dan Arin di sebelahnya cuma mengganguk
. Izzue berbadan gempal manakala Arin pulak kurus tinggi dan agak bendul sikit namun sangat genius . Selalu dapat pointer 3.7 atau 3.8 dalam ujian. Tiba-tiba pintu dibuka dan Iskandar meluru masuk selepas meminta maaf kepada Cik Vanida. Iskandar mengambil tempat duduk di tengah-tengah Izaq dan Ariel. "Wei kenapa kau lambat? Daring ek tadi? haha ", usik Ariel. Ariel - jejaka campuran melayu cina. Mukanya yang iras-iras artis Korea sering menjadi rebutan gadis-gadis. " Ish kau ni . Ingat aku hotsetap macam kau ke? Haha" , usik Iskandar lalu menampar muka Ariel menggunakan bukunya . Sudah menjadi tabiat mereka untuk bergurau-gurau macam tu. " Kau pun hensem apa. Muka melayu tapi hidung mat salleh. ", ujar Ariel. Memang betul. Walaupun Iskandar muka melayu dan kulit sawo matang, namun hidungnya mancung. " Ni aset aku paling berharga. Haha ". Iskandar dan Ariel tinggal serumah bersama dengan Asyraf,Izzue dan Arin. Disebabkan penuntut yang terlalu banyak, mereka tidak dapat menikmati kemudahan asrama kolej yang disediakan oleh Universiti Malaysia.



" Baiklah. Semua sudah maklum kan meeting kita petang ni adalah untuk bincang pasal trip kita yang akan diadakan semasa cuti ", ujar Cik Vanida. Mesyuarat kemudian tamat pada pukul 6:00 petang. Sebelum balik , Iskandar mengambil angin dulu di bangku yang disediakan. Tangannya menyalakan rokok dan menghembuskan kepulan asap. Dia melihat teman-temannya yang berpusu-pusu keluar daripada kelas.

LOST - Prolog I

" Cepat keluar ! ", jerit Medan. Dia menggigil ketakutan. Salmiah di sebelahnya bagaikan terkena histeria.
 
Dia menggengam rambutnya dan matanya tajam melilau di setiap penjuru banglo besar itu. " Aku tak tahan

lagi! Cepat jari jalan keluar ! ", jerit Salmiah. " Tak dapat, aku tak nampak mana-mana tingkap mahupun 

pintu! Sebelum ni ada! It's gone ! Kita terkurung! ", tempik Medan pula. " Tak mungkin!", jerit Salmiah lagi. 

Tiba-tiba bunyi tapak kaki seseorang menghampiri mereka. " Mereka dah datang,", ujar Medan lemah. 

Medan dan Salmiah ketakutan. Salmiah memegang lengan Medan. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang 

memakai topeng dan berjubah. " Kau yang datang ke sini, kenapa mahu lari?", lelaki itu ketawa. Suaranya 

garau. Seperti watak jahat dalam mana-mana cerita. " Lepaskan kami. Kami janji tak ganggu kau lagi,Tolong

 kami" , Medan merayu pada lelaki misteri itu. Salmiah hanya menangis, lidahnya kelu untuk berkata apa-

apa.  Tiba-tiba kepulan asap keluar daripada sebuah bilik dan memenuhi ruang dalam banglo besar itu. 

Salmiah dan Medan terbatuk-batuk lalu mengalami kesakitan yang amat sangat. Dunia menjadi gelap.


Thursday, 27 March 2014

Ciri-Ciri Wanita yang Tidak Disukai Lelaki

Assalamualaikum .

Selalunya orang share pasal ciri2 yang disukai kan ? Tapi kali ni aman nak kongsikan ciri2 wanita yang tidak disukai oleh para jejaka. Jom kita baca ! :)



1) Cemburu Buta

Memang orang cakap cemburu tu maknanya cinta . Tapi kalau dah cemburu buta sampai nak bergurau senda dengan kawan wanita yang lain pun tak boleh, tu agak melampau. Jadi kepada wanita diluar sana, biarlah cemburu tu berpada-pada okay ?

2) Terlalu Manja

Lelaki memang suka wanita yang manja2. Tapi kalau dah terlalu manja sampai  kat tempat awam pun nak lebih-lebih manja tu, mestilah kaum lelaki ni malu. Dan agak annoying kalau terlalu manja ni.

3) Terlampau mengongkong

Ni lebih kurang macam cemburu tapi lain sedikit. Wanita yang suka memberi peraturan-peraturan kepada lelaki bukanlah satu perbuatan yang elok. Sebagai manusia normal, kita mestilah memberi sedikit kebebasan kepada orang lain kan ? Tak kan lah keluar makan dengan kawan lain pun tak boleh kot.

4) Gila Harta

Haa..ni boleh dikatakan seperti pisau cukur lah. Asyik2 keja dia nak habiskan wang si lelaki ni saja. Macam mana lelaki ni tak menyampah. Boleh minta belanja2 ni, tapi biarlah berpada2. Tak kan lah dalam sehari nak habiskan duit je keja kan ?

5) Ego Tinggi

Selalunya ego ni dikaitkan dengan lelaki tetapi sebenarnya sebahagian kaum hawa juga mempunyai ego yang sangat tinggi. Ego ni perkara biasa untuk sesetengah orang. Tapi macam biasa, biarlah berpada-pada. Tak kan lah boyfriend dan minta maaf banyak-banyak kali dengan setulus ikhlas masih nak menafikan perasaan dekat dia kan.

Gambar Hiasan




Baiklah, itu saja yang boleh dikongsikan. Memang dalam dunia ni tidak ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW . Tetapi, kita boleh cuba untuk berubah menjadi lebih baik. Jangan menjadi hipokrit, jangan menjadi diri orang lain. Just be yourself. Semoga lepas baca ni, kaum wanita diluar sana terbuka hati untuk berubah menjadi lebih baik. assalamualaikum :)

Friday, 14 March 2014

Ciri-ciri lelaki metroseksual

Tahukah anda maksud lelaki metroseksual ? Ia bermaksud lelaki urban yang mementingkan rupa dan fesyen. Istilah ini diperkenalkan oleh Mark Simpson. Adakah korang lelaki metroseksual? Jom kita tengok tanda2 lelaki metroseksual .

1 ) Sentiasa menjaga Penampilan
     
Kebiasaannya, hanya perempuan yg suka menjaga penampilan utk kelihatan menarik. Tetapi lelaki metroseksual juga sama . Mereka akan memilih pakaian yg trendy supaya kelihatan ranggi dan menarik di mataa gadis.

2) Gemarkan seni berbanding sukan

Lelaki lebih gemar dengan aktiviti sukan seperti futsal tetapi lelaki metroseksual lebih gemarkan seni seperti teater,muzik dan lain2. Macam saya , satu2 nya sukan yg diminati  adalah bola baling n badminton. yg lain mmg x minat sbb saya mmg lbih minat dekat seni macam muzik. terutamanya lagu stacy ! :)

3) Buat rawatan muka dan terapi

Senang kata, kulit yg licin dan x berminyak amat bermakna bagi lelaki metroseksual. Selain itu, mereka juga suka mencuci muka di kedai2 yg tertentu utk membersihkan wajah. Rambut yg trendy juga antara ciri2 lelaki metroseksual.

4) Suka shopping

Jika ada waktu kelapangan, mereka x akan jenuh mencari pakaian mengikut fesyen terkini untuk menggayakan di hadapan kekasih hati.

5) Banyak wang

Tidak dinafikan lelaki metroseksual kebanyakkannya adalah golongan yg kaya. Jika banyak wang,senanglah untuk mengikuti fesyen terkini.

6) Boleh harap 

Ketika dating, lelaki metroseksual lebih bersikap gentleman. Mereka juga tidak bosan menunggu wanita membeli belah dan disuruh memegang beg tangan milik wanita pilihan mereka.



.Gambar Hiasan.


Jadi macam mana? Adakah korang tergolong dalam lelaki metroseksual ? Lelaki yang biasa2 korang nampak atau umumnya dipanggil heteroseksual . Untuk aman , 50% metroseksual n 50% heteroseksual. Jangan risau, lelaki metroseksual x smestinya lembut @ gay,so korang jgn lh slh fhm. cuma minat lelaki metroseksual ni lbih kpd perempuan sedikit.


Sumber : Harian Metro 10 Mac 2014

Saturday, 8 March 2014

Cara-cara kuruskan badan

assalamualaikum n morning ! baru2 ni aman ada tengok 1 iklan kt dinding pasal masalah berat badan kat Shah Alam . Apa yang aman baca., Malaysia merupakan negara nombor 1 di Asia yang mempunyai masalah berat badan di kalangan penduduk. So now aman nak kongsikan kat korang cara untuk kuruskan badan dengan sihat .


 1.Kawal pemakanan
korang mestilah pandai kawal makan. kalau sebelum ni makan 3 pinggan, kurangkan jadi 1. mestilah pandai kawal nafsu makan. masa taun 6 aman pun boleh dikatakan hampir gemuk tapi aman kawal pemakanan n now alhamdulillah ia berkesan.Ingat., berhenti makan sebelum kenyang

.
 2. Kecilkan saiz hidangan
 jangan guna pinggan besar! sebaliknya gunalah pinggan yang lebih kecil dan penuhkan pinggan dengan makanan. Secara x langsung,minda anda akan menyatakan yang anda sudah makan dengan kuantiti yang banyak walaupun sebenarnya sedikit.


 3. Rajin Bersenam
ha! ini yang paling penting. jangan biarkan anda kurus tetapi tidak bersenam. bersenam ni x semestinya berjogging. naik turun tangga juga merupakan exercise. kalau pergi pejabat or keluar dari LRT tu , janganlah guna lif or escalator. guna lah tangga lagi baik. melipat kain juga merupakan exercise kalau korang nak tau.


 4. Jaga waktu makan
 hendak kurus tak semestinya mesti berlapar. korang kena disiplinkan waktu makan korang. jangan sesekali tinggalkan sarapan kerana ia meningkatkan kadar metabolisma anda. Jadi kadar pembakaran lemak anda juga bertambah cepat! Lunch dan dinner pun jangan lupa. tapi jangan sesekali makan makanan berat sebelum tidur.


 5. Rajin mencari maklumat di Internet dan majalah
kalau nak sesuatu,mestilah berusaha. so kalau nak kurangkan berat badan, rajin2 lah cari maklumat di internet dan majalah. salah satu majalah yang bagus ialah majalah I-sihat . kalau tak caya coba korang beli majalah tu.


 6. Semangat tinggi
the last one is semangat, korang mestilah betul2 nak kuruskan badan. korang aim kan berat badan anda secara berperingkat. misalnya,kalau berat anda 100kg., mungkin minggu depan korang sasarkan 95kg. dan minggu seterusnya korang sasarkan 85kg.,ha..itulah caranya.jangan lah terus aim menjadi 45kg.
 Semoga berjaya ! :)

 

Friday, 7 March 2014

Hai

Assalamualaikum n hai. saya mulakan blog saya dengan lafaz bismillahirahmanirrahim